Tuesday, August 13, 2013

Ramadhan di Vietnam





Ramadhan di Vietnam amatlah meriah...Sebulan dapur saya tidak berasap! bukan tidak mampu, tetapi setiap hari ada jamuan buka puasa di setiap masjid. Malah di sebuah masjid (Masjid Dong Du dekat Sheraton Saigon), ada sahur percuma setiap awal pagi. Jadi anda boleh iktikaf dan tidur serta makan percuma di masjid sepanjang bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Terimakasih orang kaya, terimakasih para dermawan Malaysia dan serata dunia yang tidak henti-henti meberi bantuan kepada komuniti Islam Vietnam.

Vietnam: Syoknya naik motosikal

Di mana jua kita berada, kenderaan merupakan satu keperluan. Di vietnam motosikal adalah kenderaan utama. Kenderaan awam yang paling murah ialah bas, namun bukan semua tempat dan waktu disediakan bas. Selepas jam 8malam, hampir semua bas awam berhenti beroperasi...jumpa esok jam 8 pagi! Teksi memang banyak (supply is more than demand), seminggu sekali boleh lah... tapi jika 10 kali sehari (eg 5 X2 utk pergi-balik solat lima waktu) dan 100 ribu dong setiap perjalanan, ia sudah menjadi 1 juta dong se hari! Kereta?.... Tiada 'kereta nasional' buatan Vietnam...eerr maaf kereta lembu adalah. Mungkin kereta paling murah ialah KIA Picanto atau mini Daewo sekitar RM 60K sebuah.... Kenapa mahal sangat?...cukai yang tinggi. Harga petrol pula 1.5 kali ganda lebih mahal dari Malaysia (sekarang sekitar 25 ribu dong atau RM3 se liter). Kesesakan jalanraya juga menjadi rutin harian 24 jam. Had laju di Lebuhraya Saigon-Hanoi amatlah rendah pada 50km/hr, berbanding 110km/hr di Malaysia, namun anda sudah dikira beruntung jika dapat memandu dengan kelajuan konsisten 40km/hr! Keretapi atau MRT atau Komuter?..ha..ha..ha. hampir tidak kelihatan atau masih dalam perancangan. Oleh itu..motorsikal menjadi pilihan; panas atau hujan, senang atau susah, suka atau tidak, sesak atau lapang, selamat atau bahaya...motorsikal jadi pilihan. Operator kilang maupun pengurus jabatan...rata-rata hanya mampu naik motorsikal. Selamat ke naik motorsikal? Selamat... banyak polis, hadlaju rendah 40km/hr dan ada lorong khas untuk motorsikal. 20 tahun saya naik motor di Malaysia...tidak pernah kena saman atau ditahan polis maupun JPJ, namun 2 bulan saya naik motor di sini sudah 2 kali kena saman!... Bukan mudah mahu bayar saman; mungkin kena berulang alik ke balai polis dan lesen kena gantung. Polis mengambil kesempatan ini untuk minta "lucky money" untuk "unlucky cyclist"! Tidak bahaya naik motor?... tidak takut jatuh atau eksiden?.."Tawakkal 'alalLah".... Bagi yang punya aqidah tinggi...yang paling bahaya dalam hidup ialah "tidak beriman kepada Allah"...selebihnya adalah bahaya-bahaya kecil! Jadi.. apakah penganut Komunis vietnam ini (yang banyak naik motor) lebih 'bertawakkal' atau lebih yakin dengan 'ketentuan takdir Allah' berbanding kita yang 'benar-benar beriman'? Saya beli motor Honda Wave 110 cc dengan harga usd 250 atau 5 juta dong.... dalam masa kurang 1 bulan saya sudah kira pulang modal. Lesen?... ada juga 'terlabih berani'.. tak perlu lesen...bawak slow and steady je... Jika terdesak (polis tahan), siap sedialah dengan pelbagai trick ;... buat-buat tak boleh berahasa Vietnam atau Inggeris, atau kata motor pinjam dll...worst case...bayar 'lucky money' 200 ribu dong...tepuk dada tanya iman.... oops tok imam pun ada ini macam! Alhamdulillah saya dapat salinan (convert) lesen memandu Malaysia ke Vietnam.... susah juga. Pergi embassy utk terjemah ke bahasa Inggeris, kemudian sahkan di kementrian luar, kemudian terjemah semula Inggeris-Vietnam dan kemudian ke "transport department" aka JPJ...untuk ditolak permohonan saya!...terpaksalah saya bayar agen USD80! Cobaan...