Monday, December 17, 2012

Solat di "Pagoda" atau "Temple"

Waktu subuh di sini sekitar jam 4.40 pagi. Anda harus bersiap seawal 4pagi!.Jarak dari hotel tempat saya menginap ke Masjid 'India' jalan Dong Du sekitar hampir 10 minit berjalan kaki. Setelah 4 kali datang ke Ho Chi Minh, baru saya berani naik " xe om " atau teksi motosikal (membonceng). Motosikal di sebut  xe máy atau xe Honda dalam bahasa Vietnam... banyak sangat motor Honda di sini. Jika saya terlewat sedikit bangun utk solat subuh, saya beranikan diri panggil teksi motor disimpang yang setia menunggu 24 jam... Sebut masjid atau Mosque, dia tidak berapa faham... saya suruh hantar hotel Sheraton (dekat masjid) pun dia hantar  hotel lain... Alhamdulillah dua subuh ni dia dah cam ke mana saya mahu pergi, kebetulan pula saya memakai baju melayu dan kopiah. "Pagoda ? " ujar empunya motor bila sampai depan masjid.. saya senyum saja sambil membayar 20 ribu Dong (Rm3 shja)... Begitulah 'ketidak fahaman dan  ketidak fasihan' mereka terhadap agama Islam dan Bahasa Inggeris. Tadi saya terkeliru antara tambang motosikal 'thirteen' dan 'thirty'.. ingatkan 13 ribu..murah..rupanya 30 ribu! ..bila dia sebut " ba mươi " (30 atau tiga sepuluh).. saya faham sikit, begitu juga  mươi ba (13 atau  sepuluh tiga).. Saya kena cepat-cepat belajar Bahasa Vietnam.. boleh dapat 5-10 perkataan sehari pun OK...

Bukan saja pemandu teksi tidak pandai bahasa inggeris, dikalangan engineer/jurutera profesional pun lemah bahasa inggeris. Berbalik pada masjid tadi... jika yang pandai sikit Inggeris, dia akan sebut "Muslim Temple" Tak apalah..apa pun perkataan yang mereka sebut, asalkan saya dapat solat tanpa gangguan. Dulu saya sangkakan ada sekatan solat di negara Komunis ini. Tidak,... tiada sekatan.. ada kebebasan beragama di sini, asalkan jangan bergaduh dan membuat huru-hara. Ada orang Islam Vietnam memberitahu saya, masalah umat Islam Vietnam bukan dengan bukan Islam atau Pemerintah, tetapi masalah sesama umat Islam. Ada yang tidak amanah terutama dalam urusan kewangan. Saya masih mencari "kebenaran" akan tuduhan atau kenyataan ini. Tidak adil utk saya membuat rumusan dalam tinjauan yang sangat singkat.

OK, cukup dulu.. lusa saya kan balik sekitar 10 hari di Malaysia, sebelum datang semula untuk tinggal lebih lama. Saya akan naik máy bay ('mesin terbang' atau kapal terbang) Vietnam Airline.

Sunday, December 16, 2012

Vietnam: Masjid 4 tingkat vs masjid tingkat 4

 (Gambar saudara Arifin sedang menikmati bihun sup. Arifin bisa bahasa Indonesia pak)

(Suasana gerai tepi jalan, masjid di tingkat 4)
Kriiinnnggg...Kriiinnnggg...Kriiinnnggg.
Pukul 5.20 petang waktu tempatan, sedang kami menikmati bihun sup di tepi lorong celahan bangunan, kedengaran loceng berbunyi dari tingkat 4. Kring..kring..kring.. loceng panjang seperti zaman persekolahan menandakan waktu sekolah bermula atau berakhir.  Bukan, itu bukan loceng sekolah, tetapi loceng dari masjid atau surau di tingkat 4 sebuah rumah pangsa tua. Loceng berbunyi 20 minit sebelum waktu maghrib. Jika di masjid Anwar, Daerah 8 mereka masih ada 'beduk' atau tabuh...(ingat lagu Raihan..tabuh berbunyi memecah alam sunyi...waktu subuh). Azan dan Quran lantang tidak dibenarkan, jadi mereka gantikan dengan loceng berdering. Masjid Nurul Islam, Daerah 2, di flat usang tingkat 4 saya kira masjid paling kecil dan paling dhaif yang saya temui di Ho Chi Minh City. Masjid terletak di tingkat 4, naik tangga tanpa lif. Aduh .. 2 kali turun naik sudah 'macet'/letih...meminjam kata-kata rakan Vietnam saya, Ariffin yang pernah 2 tahun belajar sekolah pesantren indonesia.. Ada 3-4 orang menumpang di masjid kecil ini. Ada kesan rekahan di dinding kerana pernah berlaku gempa bumi di daerah ini.
Saya datang ke sini bersama seorang pemuda Vietnam (yg baru masuk Islam kurang dari setahun) yang selalu saya temui di Masjid Muslimin (masjid terbesar di Ho Chi Minh) di Jalan Dong Du. Kami menaiki bas kurang 10 minit dengan tambang 4000 dong (60 sen) seorang. Jika naik Teksi mungkin 60 000 dong (RM9)...pun OK.. Dari jalan besar kami melalui lorong kecil yang boleh muat sebuah kereta sahaja, dan menyeberang sungai yang penuh sampah.
Dari masjid di tkt 4 ini kelihatan beberapa apartment dan bangunan mewah. Semoga Allah murahkan rezeki utk kami memiliki atau mendiami apartment mewah ini. Bolehlah keluarga  teman-teman selalu datang melawat.
(susana dalam masjid.. not bad..ada aircond!)

Selepas maghrib kami bertemu seorang American bangsa Champa yang baru sehari melangsungkan perkahwinan dengan gadis Champa tempatan(Vietnam). Berumur lepih 40 tahun dan khabarnya bertemu gadis Champa-Vietnam ini melalui 'internet'. (Timbul juga rasa 'syak' nakal di hati ...betul ke dia bujang!.Jangan bersangka buruk pada saudara seislam.. anda pun "bujang" /tanpa keluarga di sini!..) Dia lari turun ke tingkat 1 di bawah untuk ambil 'bussiness card'..Sr Engineer di California dan menjadi Presiden persatuan Champa Muslim di California, USA. Dia mengingatkan kembali zaman saya belajar di California dengan masjid dan surau di Pasadena, Orange County, Los Angeles, San Diago dan seumpamanya. Suatu hari nanti mungkin saya kembali ke sana..

Saya selalu 'lepak' di Masjid Muslimin/atau masjid India jalan Dong Du. Ramai pelawat  terutama dari Malaysia, Indonesia dan Singapura datang ke Masjid ini. Tidak ketinggalan non Muslim. Masjid ini terletak berhampiran hotel Sheraton, District 1, antara kawasan paling mahal di sini. Malah dimaklumkan bahawa tanah Hotel Sheraton itu juga asalnya milik masjid. Terfikir juga untuk membantu masjid ini menjadi 'penyambut tetamu' dan pemberi maklumat kepada para pengunjung ini.. 

Biasanya pelancong datang waktu siang atau paling lewat waktu Isyak. Subuh tadi saya terkejut kerana terlalu ramai pelancong datang solat subuh. Mereka adalah pelawat dari beberapa masjid di Singapura, dengan seoarang ustaz bersama mereka. Antara tazkirah ustaz; mengingatkan niat amal..jika datang Vietnam utk sopping...dapatlah barang murah, jika datang Vietnam utk melawat saudara seIslam...masyaAllah alangkah besar ganjarannya...

Saya juga dikejutkan dengan pertemuan dengan guru-guru sebuah sekolah di Sri Menanti, Kuala Pilah. saya bertemu rakan lama, sdra Azrai yang menyertai rombongan tersebut...kecil dunia ini.

Saya bandingkan masjid Nurul Iman Daerah 2 dengan masjid Anwar, Daerah 8 kerana ada sedikit persamaan dari segi lorong-lorong kecil yang dilalui sekitar masjid-masjid ini. Begitu juga, berdekatan masjid-masjid ini ada makcik Muslim yang menjual bihun sup dengan harga sekitar 20 ribu dong (RM 3 sahaja) semangkuk.
Beza antara dua masjid ini ialah Masjid terpencil Nurul Islam di tingkat 4 tetapi Masjid Anwar (yg meriah) itu 3 atau 4 tingkat !
Begitu juga masjid Rahim dekat Ben Tanth market, pun 4 tingkat dan sering dikunjungi pelancong.

Friday, December 7, 2012

VIETNAM: Makan dan kena makan, Mak Wa pun mahal..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera, Ini (Dis 2012) sudah lawatan ke empat saya ke Ho Chi Minh City. 
Penduduk muslim di Vietnam tidak sampai 1%. Soal makan dan Ibadat adalah persoalan biasa yang selalu diajukan kepada saya dan rakan-rakan Muslim yang mahu datang ke Vietnam (atau negara bukan Islam lain).
Semasa hari pemeriksaan kesihatan, kami di suruh 'berpuasa'. Selepas selesai pemeriksaan, mereka ajak pergi jamuan tengah hari di tempat kerja. Saya jangkakan ada set makanan istimewa atau buffet seperti tempat kerja di Malaysia. Sangkaan kami meleset. Cuma ada set 'vegitarian' untuk muslim seperti saya dan seorang rakan yang memang vegitarian. Walau tak lalu makan, kami cuba telan juga. Untuk menambah selera, ada kicap dan cili api... sebenarnya bukan tambah selera, cuma cili api itu terlalu pedas... jadi saya terpaksa makan banyak nasi untuk menghilangkan pedas! Syukur, malam itu boss belanja kami makan di Restoran Malaysia "De Nyonya".

Alhamdulillah, semakin lama saya di sini, semakin Allah permudahkan. Di tempat kerja ada makanan percuma, tapi tiada tanda halal. Selalunya mereka carikan sea food atau vegetarian untuk saya. Kadang-kadang saya bawa mee segera atau rendang segera, makan dengan nasi putih yang masih panas. Alah bisa tegal biasa. Saya tanya surau, memang tiada, tapi mereka carikan juga bilik yg tiada gangguan. Memang banyak pilihan makanan disini dengan citarasa pelbagai negara. Jika ada bajet, atau syarikat benarkan anda buat tuntutan... cuba sajalah asalkan halalan toyyiban. 

Saya rasa makanan di sini agak mahal terutama di Pusat Bandar seperti District 1, tempat ramai pelancong datang, termasuk orang Malaysia. Nasi goreng cendawan pun dah 100 ribu Dong (RM 15), Buffet di kedai India Muslim Taj Mahal, Ali Baba atau Bombay pun sekitar 120-150 ribu dong (RM 18-22).... Saya selalu sebut, anda bayangkan makan dgn standard Dol Tom Yam atau Kedai Mamak Azhar Maju, tapi bayar dengan standard kedai Nasi Arab Damsyik atau Secret Recipe. Di Emporium Parkson tingkat 4 ada satu kedai Indian Halal. Agak murah. Banyak menu yang kurang dari 100 ribu Dong. Nasi goreng Vegi baru 50 ribu (RM7.50), teh tarik (popular di sini)dalam Rm 4-5 (di Malaysia anda boleh dapat 3-4 cawan!) 

Biasanya di mana ada masjid, di situ atau banyak gerai muslim. Jika di Masjid Muslimun jalan Dong Du... very high standard...Expensive...oh ya ..baru dapat vocab baru..'Mak wa' dalam bahasa vietnam bermaksud 'mahal'...memang mahal 'mak wa' kat sini!...dont play-play! Antara kedai Halal yg paling mahal ialah restoran Turki "Pashah". Makan 2 orang dah dekat 1 juta Dong!(RM150). Pelik sikit kedai 'halal' Turki ni... daging halal ada, arak pun dijual juga... macam hotel di Malaysia..oh macam Malaysian Airline juga. 

Saya teringin nak makan murah, di gerai tepi jalan, meja kecil, kerusi kecil, tapi susah mahu jumpa yang Muslim atau yakin halal-haram. Sesekali saya berjalan jauh sedikit utk mencari tempat sebegini. Tadi saya ke Masjid Rahim (www.angelfire.com/vt/vietnamesemuslims/masjidList.html Ho Chi Minh city / District 1. Masjid. Ar-Rahim. 45 Nam Ky Khoi Nghia. Built in 1885 by Malaysian-Indonesian muslims )dekat Ben Thant Market dan Saigon Squre. Disini ada gerai Muslim tepi jalan. Nasi goreng udang baru 25ribu Dong (dlm RM3.50)...banyak tak larat makan sorang, kecuali anda memang lapar atau berpuasa. Satu lagi(lebih jauh) ialah Masjid Anwar di District 8, ramai keluarga Islam-Melayu-Champa berkampung di sini. Banyak kedai makan dan kuih muih halal dijual.

Tadipun kami jalan-jalan cari rumah untuk tinggal lebih lama. Jika ada rumah, bolehlah masak sendiri...

OK... tepuk perut, seluk poket, tepuk dada, tanya selera, tanya iman... anda mahu makan atau mahu kena makan...
Esok, ada cikgu-cekgi dari Senawang datang jalan-jalan..look and see..jumpa lagi