Friday, December 7, 2012

VIETNAM: Makan dan kena makan, Mak Wa pun mahal..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera, Ini (Dis 2012) sudah lawatan ke empat saya ke Ho Chi Minh City. 
Penduduk muslim di Vietnam tidak sampai 1%. Soal makan dan Ibadat adalah persoalan biasa yang selalu diajukan kepada saya dan rakan-rakan Muslim yang mahu datang ke Vietnam (atau negara bukan Islam lain).
Semasa hari pemeriksaan kesihatan, kami di suruh 'berpuasa'. Selepas selesai pemeriksaan, mereka ajak pergi jamuan tengah hari di tempat kerja. Saya jangkakan ada set makanan istimewa atau buffet seperti tempat kerja di Malaysia. Sangkaan kami meleset. Cuma ada set 'vegitarian' untuk muslim seperti saya dan seorang rakan yang memang vegitarian. Walau tak lalu makan, kami cuba telan juga. Untuk menambah selera, ada kicap dan cili api... sebenarnya bukan tambah selera, cuma cili api itu terlalu pedas... jadi saya terpaksa makan banyak nasi untuk menghilangkan pedas! Syukur, malam itu boss belanja kami makan di Restoran Malaysia "De Nyonya".

Alhamdulillah, semakin lama saya di sini, semakin Allah permudahkan. Di tempat kerja ada makanan percuma, tapi tiada tanda halal. Selalunya mereka carikan sea food atau vegetarian untuk saya. Kadang-kadang saya bawa mee segera atau rendang segera, makan dengan nasi putih yang masih panas. Alah bisa tegal biasa. Saya tanya surau, memang tiada, tapi mereka carikan juga bilik yg tiada gangguan. Memang banyak pilihan makanan disini dengan citarasa pelbagai negara. Jika ada bajet, atau syarikat benarkan anda buat tuntutan... cuba sajalah asalkan halalan toyyiban. 

Saya rasa makanan di sini agak mahal terutama di Pusat Bandar seperti District 1, tempat ramai pelancong datang, termasuk orang Malaysia. Nasi goreng cendawan pun dah 100 ribu Dong (RM 15), Buffet di kedai India Muslim Taj Mahal, Ali Baba atau Bombay pun sekitar 120-150 ribu dong (RM 18-22).... Saya selalu sebut, anda bayangkan makan dgn standard Dol Tom Yam atau Kedai Mamak Azhar Maju, tapi bayar dengan standard kedai Nasi Arab Damsyik atau Secret Recipe. Di Emporium Parkson tingkat 4 ada satu kedai Indian Halal. Agak murah. Banyak menu yang kurang dari 100 ribu Dong. Nasi goreng Vegi baru 50 ribu (RM7.50), teh tarik (popular di sini)dalam Rm 4-5 (di Malaysia anda boleh dapat 3-4 cawan!) 

Biasanya di mana ada masjid, di situ atau banyak gerai muslim. Jika di Masjid Muslimun jalan Dong Du... very high standard...Expensive...oh ya ..baru dapat vocab baru..'Mak wa' dalam bahasa vietnam bermaksud 'mahal'...memang mahal 'mak wa' kat sini!...dont play-play! Antara kedai Halal yg paling mahal ialah restoran Turki "Pashah". Makan 2 orang dah dekat 1 juta Dong!(RM150). Pelik sikit kedai 'halal' Turki ni... daging halal ada, arak pun dijual juga... macam hotel di Malaysia..oh macam Malaysian Airline juga. 

Saya teringin nak makan murah, di gerai tepi jalan, meja kecil, kerusi kecil, tapi susah mahu jumpa yang Muslim atau yakin halal-haram. Sesekali saya berjalan jauh sedikit utk mencari tempat sebegini. Tadi saya ke Masjid Rahim (www.angelfire.com/vt/vietnamesemuslims/masjidList.html Ho Chi Minh city / District 1. Masjid. Ar-Rahim. 45 Nam Ky Khoi Nghia. Built in 1885 by Malaysian-Indonesian muslims )dekat Ben Thant Market dan Saigon Squre. Disini ada gerai Muslim tepi jalan. Nasi goreng udang baru 25ribu Dong (dlm RM3.50)...banyak tak larat makan sorang, kecuali anda memang lapar atau berpuasa. Satu lagi(lebih jauh) ialah Masjid Anwar di District 8, ramai keluarga Islam-Melayu-Champa berkampung di sini. Banyak kedai makan dan kuih muih halal dijual.

Tadipun kami jalan-jalan cari rumah untuk tinggal lebih lama. Jika ada rumah, bolehlah masak sendiri...

OK... tepuk perut, seluk poket, tepuk dada, tanya selera, tanya iman... anda mahu makan atau mahu kena makan...
Esok, ada cikgu-cekgi dari Senawang datang jalan-jalan..look and see..jumpa lagi

Sunday, November 18, 2012

SEREMBAN-BANGALORE-HO CHI MINH

Hari ini 18 Nov 2012 saya kembali ke Ho Chi Minh.
Terasa macam "culture shock"., walau pun ini kali ke 3 saya ke sini.
Minggu lalu, 9-14 Nov saya melawat anak di Bangalore, India.
Di Bangalore, rakyat hidup sederhana, malah ramai miskin tinggal di setinggan dan ada yg tidur di kaki lima.
Jalan berlopak dan berdebu, traffic jam...pin..pin..poon.. bunyi hon siang malam, ditambah dengan bunyi  keretapi yang melintas setiap jam...
Tapi yang menyeronokkan (selain cuaca yg agak sejuk dan nyaman) ialah masyarakat yang beragama. Lebih 50%hindu, 40% Islam, selebihnya kristian dan lain-lain. Agak banyak rumah ibadat. terutama Kuil dan Masjid.
Saya suka dengar suara azan masjid El Taha, sekitar 5 minit berjalan kaki dari Apartment tempat kami menumpang ,menyeberang landasan keretapi. Azan seperti di Masjidil Haram. Begitu juga imam Al Hafiz, dengan kelunakan suara, pun macam suasana di Makkah ... seronok utk hadir (kalau boleh) saban waktu berjemaah di masjid ini. Ada juga surau untuk pelajar Malaysia, ramai datang ke surau ini pada hari Jumaat.

Wanita berpakaian sopan, bertudung dan berjubah malah ada yang berpurdah, atau paling kurang bersari atau seluar panjang. Susah untuk mencari lelaki dan wanita berpakaian seluar pendek atau T Shirt ketat... jika ada, mungkin itu orang luar, pelancong ... atau Allah menghijabkan kami dari melihat semua itu.
Kecurian dan jenayah pun kurang (menurut pelajar2 Malaysia di sini). Jika berlaku juga selalunya atas kecuaian seperti tidak mengunci pintu rumah atau tidak mengunci 'handle' motor. Tak perlu kunci yang canggih.
Ada pelajar kemalangan.. H/phone, wallet, i-pad, Laptop mereka kutip dan pulangkan semula pada mangsa kemalangan (jika ambilpun satu je... tak semua). Mereka hidup susah tapi punya harga diri.
Ada juga beberapa sikap orang Bangalore,India yang perlu mereka baiki... antaranya tak ikut perturan jalanraya, 'short cut' dll, tapi mereka tak boleh bawa laju pun.... seperti juga Vietnam...80 km/jam dah terlalu laju (jika Teksi, akan ada auto reminder...'exceed speed limit').
"Dont urinate in the elevator"... itu joke 'key chain' yang banyak terjual... anda saksikan sendiri .... lelaki je kot....
Anak kecil saya suka naik 'Auto' beca bermotor atau Tut-tut di Indonesia... jauh lebih murah dari teksi.. 30-40 rupee (2-3 ringgit) utk jalan-jalan. (1RM +-17 rupee).
Makan pun alhamdulillah.. Tandori, roti dll... Nasi briyani, beras basmati yg murah...

Kembali dari Bangalore, rehat kejap... terus kembali ke Ho Chi Minh, Vietnam... .....Ooops.. gadis Vietnam, bergaya, dah banyak pakai seluar pendek + pelancong pelabagai negara.... aduhhh... Cobaan, menguji keimanan.
..Tiada lagi kedengaran Suara Azan dari masjid... tapi Alhamdulillah Allah masih beri kekuatan.. 8 minit dari Hotel tempat menginap, ada masjid di jalan Dong Du... masjid lama, besar tapi jamaah dalam 10-20 orang saja  waktu Isyak... jika subuh, kurang dari 10 orang (berbanding masjid El Taha di Bangalore yang kecil tapi sentiasa penuh!). Alhamdulillah.. tok imam dan jamaah yang peramah menyambut kedatangan saya.. 'Baru sampai ke?' tegur imam , dalam pelat Melayu Vietnam...
Lepas solat, singgah makan malam di kedai "Halal Bombay" di depan masjid. Jumpa 1 keluarga Cina ygn dah 10 tahun buat bisness perabot di sini. Anak dia kahwin orang Vietnam. "Senang kerja sini" kata beliau...Saya order briyani dan teh tarik. Harga: 130 000 Vietnam Dong, mahal juga ye.. hampir RM20... apa rasa?... maaf, sedap lagi Restoran mamak Azhar Maju! ... pastinya tak boleh lawan Briyani Bangalore, India!...ok... rehat dulu, esok 430pagi dah subuh! jumpa lagi.. "Tam biet".. "Cam un".. T. kasih.



Sunday, October 28, 2012

Vietnam: Murah tak murah, OK tak OK

Salam, Apa khabar semua… Saya semakin selalu ke Ho Chi Minh. terkini 10-18 Okt lalu.

1)Tentang saman ekor, AES dll…. yang masih hangat dibincang di Malaysia. Rasanya di Vietnam tak ada yang akan kena…. Sebab banyak sangat traffic jam… Bukan saja jem kreta, bas lori….kapcai pun jem, tak do maso nak merempit…
Sya tengah survey-survey online, dan tanya orang sini tentang tempat tinggal dan kenderaan.
Utk elak traffic jam, saya mungkin nak tinggal dekat kilang je dan cari motor utk pergi balik kerja…
Tapi jika tengok Vietnam Laws nombor 6: “ONLY VIETNAMESE CAN HAVE A VN DRIVERS LICENSE” ..emmm …pelik juga ye… agaknya naik kapcai tak perlu lesen?... Kawan Vietnam saya kata begitulah...naik je; bila polis tahan cakaplah bahasa inggeris atau melayu....polis akan lepaskan bila dia tak faham apa yang anda cakap!...betul ke? Susah nak cari orang yg boleh berbahasa Inggeris atau Melayu... kecuali di Ben Tanth market, yg menjadi tumpuan Pelawat Malaysia, Peniaga boleh berbahasa Melayu.

2)12 Okt 2012, ramai dah nak balik kami ramai-rmai 9 orang pusing keliling HCM… pagi ni (pergi juga kerja sekejap) share stories… Antaranya … peniaga perempuan muda, ada yang bepakaian seksi yang menarik kami masuk membeli barang souvenir mereka.. “Abang –abang, akak…mari sini, murah-murah..10 ringgit”…ini biasa…. Yang pandai lagi ..’ABANG SAYANG mari sini!’…. In general…. Tak ramai wanita Vietnam berpakaian seksi, mereka banyak berpakaian tradisi, cantik bergaya… Cuma ada yang terlebih belah tepi sampai Nampak perut, termasuk yg pakai tudung di Restoran Halal Kampung Melayu dekat Ben Tanth Market(khabarnya pemilik dan tukang masaknya bukan Islam...maaf jika saya salah) Ada 1,2 orang lelaki mendekati …”you want girl, massage, Tiger show”…..awas… you may end up kena rompak, even if you show ‘slight 5% interest’. Tentang ‘massage/urut service’… menurut beberapa rakan yg pergi… there are very professional… In fact you wont see sapa yg urut….sebab muka anda di tutup atau pandang bawah…. Mungkin perempuan tua atau sesiapa saja…. (nanti saya Tanya ‘tok imam masjid’ tolong urut!) Ada satu gerai peniaga berpakain menjolok mata… tiba-tiba polis baju hijau dan kuning kejar mereka… baru kami faham… VIETNAM menggalakkan FAMILY TOURISM bukan SEX TOURISM macam Thailand… rujuk Law 2,3,5 di bawah

Akhir sekali, tentang taxi driver… refer to Law 8… jangan marah jika pemandu texi bawa keliling Bandar utk caj lebih (utk tempat yg hanya beberapa minit perjalanan)… Begitu juga beca dan motor... Malaysia-malaysia...very cheap ride..50 000 dong ( dalam 8 ringgit).... bila naik jadi 500 000.00 (setengah juta =80 ringgit)... pandai-pandailah bawa diri, tawakkal pada Allah... Kadar jenayah di sini tak seteruk di Malayisa. Jika ragut pun, mereka 'akan ragut dengan sopan' ... mereka pastikan mangsa tidak jatuh tersungkur!.. ATM mesin pun ada di merata tempat tanpa security guard... alasan Lawak: mereka susah nak bawa/curi lari sebab Traffic jam....jam lagi...

Pagi/subuh (di sini masuk Subuh 4.30 pagi!) tadi sembang lama sikit dgn Imam Azim, masjid di jalan Dong Du (sebut Dong Zu atau Dong Yu)… dia pernah ikut Tabligh datang ke Sri Petaling. (Sorang lagi imam ialah Imam muda Amin, yg juga wakil Vietnam ke Tilawah Quran Antarabangsa di KL)..Imam Azim juga beri contacts 2 orang Melayu/Malaysia yang bekerja ‘mengeram telur’ dan menternak ayam tak jauh (40 min perjalanan) dari kilang tempat kami lawati… begitu juga jumpa staff Petronas/MISC yg melawat sebentar… …he..he boleh gak belajar ternak ayam atau ikan di sini! …oranamental fish antara eksport utama Vietnam…

Satu lagi.. LENGAN PENDEK LENGAN PANJANG... lebih sopan pakai baju lengan panjang.. jaga 'air sembahyang' dan elak sentuhan. Perempuan di sini sangat peramah, seperti di pasar Ben Tanth tadi. Sentuh-sentuh, tarik-tarik biasa je, kecuali mereka orang luar atau Islam (spt org Champa dll) yg faham. Naik van, bas juga kekadang berhimpit....jika ada rezki (atau bala!) anak dara sebelah pun pakai baju lengan pendek juga!
Ini tidak jauh beza jika naik kapalterbang kelas ekonomi atau naik bas/kommuter di lembah kelang...
Ini pengalaman peribadi...lain kali jika ke pasar atau naik van/bas..pakai lengan panjang atau jaket...

1 Nov saya ke sana lagi...1 bulan..Xien Chao... Cam Urn.. (Jumpa lagi, terima kasih)

 ---------------------------- VIETNAM LAWS

As a communist country, many laws in Vietnam are seen by western countries as overly strict or just plane weird. Here is a brief overview of some of the laws and penalties that differ from western countries. --------------------------------------------------------------------------------http://visitingvietnam.weebly.com/laws.html

 1.DRUGS - Transporting illegal drugs in or out of Vietnam carries a maximum penalty of death. Don't be deceived.... in spite of the significant number of foreigners you will see smoking cannabis in the streets, it is NOT legal to do so. Many incorrectly believe it is. The penalty if arrested by police can result in a very long time in jail.

2.PROSTITUTION and PORNOGRAPHY - Highly illegal.

3.PUBLIC DECENCY LAWS - There are no nude beaches. Topless women can and have been arrested, but not often. Even western women wearing sexy or revealing clothes in the conservative city of Hanoi will be called a slut and/or a prostitute and treated with contempt.

4.SPEAKING AGAINST THE GOVERNMENT - No freedom of speech in Vietnam. If you voice your opinion of the Vietnam War, Uncle Ho, corrupt police or government officials or the evils of communism, you risk arrest, time in jail and deportation. ... ( di sini pun ada ISA ya..di Bien Hoa ada satu kilang bernama ISA... tak pasti apa makna..mungkin "Ikut Suka Aku"...)

5.CO-HABITATING WITH THE VIETNAMESE - The attitude to the law is relaxing over recent years, but the laws are still on the books. It is illegal for a foreigner to share a room with a Vietnamese of the opposite sex without a certificate of engagement or marriage.

6.ONLY VIETNAMESE CAN HAVE A VN DRIVERS LICENSE - By law, only Vietnamese people can obtain a VN drivers license. Some foreigners through a little bribery or kind favours have been able to get one. Your foreign drivers license has no validity in Vietnam. This includes the "International Drivers License". Vietnam does not recognise them at all.

7.PAYING THE POLICE - If you want a police report for your travel insurance to make a claim for that stolen camera or missing cell phone, expect to pay a service fee for them to do so. This is not a form of bribery or corruption, but it is their legitimate service fee and will issue a receipt.

8.CRIMINAL DECEPTION, NOT A POLICE MATTER. - If you get ripped off by a taxi driver, overcharged or tricked into paying higher fees at your hotel, the Police are not interested. Those are regarded as civil matters of dispute and not a crime.

Wednesday, September 28, 2011

Emas tulen 99.999 tidak laku di Ar Rahnu?

Saya pernah tulis tentang 'Tanam Emas' sebelum ini
( http://chemistryagro.blogspot.com/2011_02_01_archive.html )

Sekadar berkongsi pengalaman 'emas' sehari dua ini. Oleh kerana harga emas agak tinggi dan saya perlukan sedikit RM, dengan berat hati saya ambil sekeping syiling "Australian Nugget" yang ada gambar Kangaroo dari simpanan. Tahun lepas Saya beli dari UOB (United Overeas Bank) KL. Nilainy dah naik 25%. Bila telefon UOB, mereka terus jawab "Sorry we dont have physical gold stock!". Saya jawab.. "No, I dont want to buy, I want to sell"....dia jawab ".oh..pls come, ... we're close at 4pm " (ketika itu sudah pukul 2petang, dan saya kurang pasti sama ada sempat sampi KL atau tidak dengan beberapa urusan yg belum selesai).... Jam pun sudah hampir 3 petang,masih di Seremban mungkin tidak sempat ke UOB KL..Dalam kereta, saya buka radio IKIM, kebetulan ada ruangan 'Ar Rahnu bank Rakyat'..hmmm bagus juga ... kadar upah simpan yg lebih murah dan jika tidak mampu tebus, akan dilelong dan harga lelongan boleh dikembalikan semula kepada pemilik barang setelah ditolak nilai gadaian...lebih kurang begitu..

Tengah hari tadi saya bawa syiling "Australian Nugget" ke Ar rahnu Bank rakyat ... Alhamdulillah, saya lihat di dinding ada notis "Boleh terima emas UOB"... Tapi berulang alik juga pegawai dan boss dia mahu conformkan saya punya syiling "Australian Nugget" boleh digadaikan. Kata mereka 'emas tulen 99.999 memang susah sikit, Bank negara banyak kawalan..Alhamdulillah saya pun masih simpan sijil ketulenan...akhirnya OK... Saya tanya lagi.. Emas tulen yang mana boleh/tak boleh gadai?... Menurut mereka HANYA EMAS TULEN (Bar atau Syiling) UOB dan Maybank/Kijang yang BOLEH.. Yg lain? PUBLIC GOLD, UMMAH GOLD tidak diterima!...
OOps... ramai gak antara kita yg simpan emas tulen selain dari UOB dan Maybank/Kijang . Antara sebabnya; kita boleh jadi ejen kecil-kecilan Public Gold, Ummah gold etc... tapi tak boleh jadi agen jualan UOB dan Maybank/Kijang!
..ooh..begitu... We'll check again for next gold purchase, unless...you never think of going to Ar Rahnu or kedai pajak gadai....

Sunday, September 4, 2011

Siapa pejuang kemerdekaan sebenar.







31 Ogos, Rabu lalu Malaysia menyambut kemerdekaan ke 54. Tahniah, sekurang-kurangnya kita dapat berdikari bebas tanpa penjajah British. Namun dalam kegembiraan menyahut MERDEKA, ditambah dengan keceriaan Aidil fitri (2 syawal), masyarakat mula mengkaji semula sejarah; Apa itu Merdeka dan siapa pejuang kemerdekaan sebenar.

Mat Indera: Adakah beliau pejuang kemerdekaan atau tali barut Komunis yang menyerang balai Polis Bukit Kepong dan mengorbankan nyawa orang Melayu sendiri.

Siapa pejuang Kemerdekaan? Tuanku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Mahathir bersama UMNO? atau , Pak Sako, Dr Burhanudin al Helmi, Abu Bakar al Baqir atau Chin Peng bersama Ustazah Shamsiah Fakeh, Abdullah CD, Rashid Maidin bersama PUTERA-AMCJA?


Tulisan dalam blog IbnuHasyim(IH) dan M S Ibrahim Al-Malbar di bawah boleh dijadikan rujukan dan menjadi sedikit panduan.


..Panjang ulasan dua penulis dan blogger di bawah...
Adakah British-Kapitalis lebih baik dari Cina-Komunis?
Penjajah British (dan sebelum itu Portugis dan Belanda) telah menjajah tanah Melayu, membunuh ribuan rakyat termasuk para Ulama.
Ketika tentera British melarikan diri dari penjajah Jepun, Para pejuang tanah air bangun menentang penjajah Jepun, . Setelah Jepun menyerah kalah dan British kembali ke Tanah Melayu, British bergabung dengan Elit Melayu UMNO untuk menentang 'pejuang kemerdekaan sebenar'.
Sebagai tanda terimakasih British, golongan elit ini dihadiahkan jawatan PM dan menteri lain selepas "kemerdekaan" palsu atau separuh masak yang British kurniakan pada 31 Ogos 1957....Begitu ke?

Tapi MERDEKA tetap merdeka... Tiada lagi SC, Home Guard; Henry Gurney,JW Birch atau Penasihat Inggeris lain di Malaysia. Kita boleh buat Pilihan Raya sendiri. kalau tak setuju kita boleh berarak BERSIH di jalan raya. Paling terukpun kena cota FRU juga gas atau cecair pemedih mata...

Jadi 31 Ogos MERDEKA...kita terima, saya pun suka. Kita cuti MERDEKA Raya balik kampung...(PM Najib pun pergi bercuti!) Kita cuma berbalah... siapa pejuang kemerdekaan sebenar. ..rileks la brader...

Persoalan seterusnya... sejauh mana kita merdeka?.. Kita merdeka dari Komunis atau dari British?.. Komunis kejam..British tak kejam?.. kita sanjung, kita tiru undang-undang dan cara hidup mereka, malah, masih ada lagi orang Melayu yang minum arak lebih kuat dari orang Inggeris, buat lagi kilang arak..naudzubillah (semoga Allah lindungi kita)..

Ingat Syed Qutb dan Ikwanul Muslimun-IM (Muslim Brotherhood-MB)? IM adalah antara pelopor awal gerakan Kemerdekaan dari penjajah..


Syed Qutb ditahan bersama seluruh anggota keluarganya.




Sebelum hukuman gantung dilaksanakan, Presiden Naser menghantar utusan menemui Syed Qutb. Melalui utusan itu Presiden Naser meminta agar Syed Qutb menulis pernyataan meminta ampun agar beliau dibebaskan. Tetapi Syed Qutb dengan tegas menjawab;

"Telunjuk yang bersyahadah setiap kali dalam solat menegaskan bahawa Tiada Ilah yang disembah dengan sesungguhnya melainkan Allah dan Muhamad adalah Rasulullah, dan aku takkan menulis satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara kerana kebenaran aku redha. Jika aku dipenjara secara batil, aku tidak akan menuntut rahmat daripada kebatilan. "

Pagi hari Isnin, 29 Ogos 1966, Syed Qutb syahid di tali gantung.

Kini selepas era Hosni Mubarak di Mesir, gerakan Ikhwan kembali menjadi antara penentu utama masa depan Mesir dan negara lain di Timur Tengah.. Perjuangan kemerdekaan tidak dapat lari dari mencontohi kegigihan mereka yang istiqamah dengan Islam.

" Kebebasan yang hakiki adalah apabila kita bebas dari segala belenggu perhambaan kepada selain Allah, atau dengan kata lain mengikhlaskan ubudiah (pengabdian) dengan tulus ikhlas hanya kepada-Nya semata-mata. "
"Saat ini masih banyak perkara yang membelenggu dan membelit diri kita sehingga merencatkan pengabdian kita kepada-Nya. .. ada yang masih dibelenggu cinta dunia, dikongkong budaya leka, jahil, malas dan berbagai-bagai sifat negatif sehingga membenarkan diri diperguna dan dieksploitasi oleh pelbagai pihak.
Maka sewajarnya kita, ... untuk mempertingkatkan kesedaran serta komitmen mempertahankan;.... Erti kebebasan atau kemerdekaan sebenar yang merupakan fitrah semula jadi setiap insan
."...Ustazah Maznah Daud,Ketua Wanita IKRAM Pusat.
http://www.ikram.org.my/v2/



Kata-kata Rubai’ bin Amir di hadapan Rustum, panglima tentera Parsi. Kata-kata keramat ini menjadi mercu tanda KEMERDEKAAN yang sejati; “Sesungguhnya kami datang untuk membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan hanya kepada Allah yang Esa, membebaskan manusia daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat, membebaskan manusia daripada kezaliman pelbagai anutan, kepada keadilan Islam.

Jom .. kita realisasikan KEMERDEKAAN sebenar..

.........................................................................

Rujukan:


Tulisan dalam blog IbnuHasyim(IH
"Perjuangan awal menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan secara moden bermula pada tahun 1906 oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha)." boleh baca seterusnya di http://www.ibnuhasyim.com/2009/09/umno-bukan-pejuang-merdeka.html

Berikut pula ialah penjelasan M S Ibrahim Al-Malbar mengenai sejarah tanahair yang digelapkan, di bawah berita Malaysiakini 31/8/11 bertajuk "Dr M bimbang ada pihak cuba pesong fakta sejarah":

"Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan tidak lama selepas itu yang berusaha untuk membangkitkan kesedaran kemerdekaan dikalangan orang melayu dan anti British, antara pimpinannya ialah Dr Burhanuddin Al-Helmi, Ibrahim Hj Yaakub, Ishak Hj Mohamad dan Ahmad Boestamam.

Pada 17.10.1945 ditubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk meneruskan perjuangan kemerdekaan tanah melayu dengan slogannya MERDEKA, hanya pada 1946 Datuk Onn dan pengikutnya yang terdiri dari golongan atasan dan pertengahan melayu menubuhkan UMNO, slogan umno ialah HIDUP MELAYU dan merupakan pro-penjajah, umno memperkecilkan perjuangan PKMM dengan ungkapan "....membuat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka...."

Pada 1947 Dr Burhanuddin, Ghanapathi, Abdullah CD dan Miau Siu telah menghadiri persidangan Asia di New Delhi yang membincangkan gerakan kemerdekaan di berbagai negara asia.

PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) terdiri dari parti2 kiri melayu dan AMCJA (Majlis Bergerak Serentak Malaya) terdiri dari parti2 kiri bukan melayu telah bergabung (macam Pakatan Rakyat pada hari ini) dan merupakan kemuncak perjuangan menuntut kemerdekaan secara berlembagaan dan merupakan persatuan berbagai kaum yang terbesar di Tanah Melayu.

PUTERA + AMCJA telah mengemukakan sepuluh prinsip Perlembagaan Rakyat kepada British untuk menubuhkan sebuah negara yang merdeka, ianya merupakan julung kali di Tanah Melayu, tetapi British menolak cadangan tersebut dan British berpakat dengan umno untuk mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu, British hanya akan memberikan kemerdekaan kepada golongan yang bersedia untuk meneruskan dasar dan sistemnya, maka yang paling setia dengan British ketika itu ialah umno.

18.6.1948 British isytiharkan darurat dan semua parti2 dan persatuan berhaluan kiri diharamkan, pada 20.6.1948 British lancarkan Ops-tangkap secara besar-besaran terhadap pimpinan PUTERA DAN AMCJA, ingat ketika itu tiada seorang pun pimpinan umno dan ahli umno yang ditangkap, apa maknanya itu?.

Tunku dapat kemerdekaan atas angin sahaja dan ada perjanjian yang mesti ditunaikan oleh Tunku, antara isi perjanjian itu

1. Tunku hendaklah mempertahankan perang kolonial yang dicetuskan oleh British

2. Menjamin Malaya tidak terpisah dengan blok Sterling

3. Menjamin keselamatan pelabur British dan negara2 barat yang lain serta membenarkan mereka membawa pulang keuntungan ke negara mereka.

Gagalnya rundingan Baling adalah kerana Tunku tidak memberikan ruang kepada PKM, Tunku hanya beri dua pilihan kepada PKM serah diri atau dimusnahkan, pada hal PKM sudah bersetuju untuk letak senjata dan menyertai politik demokrasi, Tunku lakukan ini adalah atas desakan British, sebab itu dalam perjanjian tercatat meneruskan perang kolonial, British sangat2 berdendam dengan PKM, jika Tunku terima cadangan PKM kemungkinan besar askar melayu tidak perlu masuk hutan dan tiadalah askar yang mati meninggalkan janda dan anak yatim, perlu diingat British gunakan orang melayu untuk mempertahankan kekuasaannya di Tanah Melayu dengan melantik mereka jadi SC, Home Guard dan juga askar melayu (arwah ayah teman pun jadi SC). Tulisan ini bukan menyokong PKM, tetapi hanya mencatat apa yang ada dalam lipatan sejarah yang tidak terdapat dalam buku sejarah di sekolah....

Setiap kali datangnya 31 Ogos maka slogan merdeka akan kedengaran dan Jalur Gemilang pun akan dikibarkan walau pun pada hakikatnya kemerdekaan yang dicapai hanyalah kemerdekaan palsu dan temberang dan Dato’ Onn Jaafar kata "kemerdekaan setengah masak", apa ertinya merdeka jika negara masih kekalkan perlembagaan yang digubal oleh penjajah British dan menolak Islam .
Pejuang kemerdekaan yang sebenar ialah PUTERA (yang dilabel oleh British sebagai berhaluan kiri melayu) dan AMCJA (berhaluan kiri bukan melayu) termasuklah Parti Komunis Malaya (PKM) mereka inilah yang berjuang menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan.

Percantuman PUTERA dengan AMCJA telah mengemukakan 10 prinsip perlembagaan rakyat kepada British dan ianya merupakan julung kali di Tanah Melayu, ianya telah meletakkan British dalam keadaan serba salah dan terpaksa berpakat dengan anak didiknya umno yang ketika itu umno telah bersedia untuk ..meneruskan sistem British di Tanah Melayu.

Memang British hendak tinggalkan tanah jajahan mereka dengan syarat yang akan ambil alih mestilah setia dengan British ...
...
Orang Melayu di negara ini sewajarnya berterima kasih kepada PKM terutama Chin Peng yang berjaya membunuh Henry Gurney, kerana Henry Gurney adalah setan yang bertanggungjawab membunuh ratusan umat Islam di Palestin, tetapi Umno menjulang Henry Gurney sebagai wira mereka dan mengabadikan nama setan Henry Gurney di beberapa tempat di negara ini. "

Tentang Mat Indra pula, IH menulis
"Mat Indera Seorang Mujahidin, Wanted: $75,000.00
http://www.ibnuhasyim.com/2011/09/mat-indera-seorang-mujahidin-wanted.html

Menurut Mohamed Hadi al-Majwi melalui Harakahdaiy net. 3 Sept 11,

"Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO

"Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. "


"Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. ".
"Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin "

Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988!).


"Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. I

"Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah."

"Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong.


"Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera.


"Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.

"Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953." .

.. tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beajuri merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Dia pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian. Pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961."

Kalau Mat Indera pengkhianat, apakah Sarjan Bajuri itu pejuang bangsa, atau talibarut penjajah macam pemimpin-pemimpin UMNO lain? Ataupun juga golongan cari makan atau pemberkas upahan?

Profesor Datuk Abu Bakar lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'". Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah.

Secara jelas Ismail Adnan dalam biografi Mat Indera dari dalam buku ini menukilkan, "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu, bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan".

Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut..

"Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang".

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau Mat Sabu pencetus idea Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan itu pengkhianat, adakah Yayasan Warisan Johor juga pengkhianat seperti Mat Sabu? Yang jelas, kebenaran sejarah biasanya ditentukan oeh pemerintah yang berkuasa pada masa itu. Itulah yang terjadi kepada sejarah Islam dan sejarah golongan-golongan tertindas. ...(IH) "

Friday, April 22, 2011

Khutbah jumaat: Qazaf Dan fasiq.

Hukum menduh zina
Had qazaf (tuduhan) disediakan bagi sesiapa yg menuduh tanpa didatangkan 4 orang saksi di mahkamah.. tanpa pengakuan yg dituduh (penzina) atau penuduh mendatangkan 4 orang saksi, maka yang dituduh tak boleh dituduh dengan kesalahan berzina. Itu dah jelas dinyatakan dalam surah An-Nur ayat 4 :

“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka adalah orang-orang yang fasiq“

Jangan kita mudah mengiakan berita zina dari media massa hatta dari kawan dan sedara Mara kita. orang mukmin bersaudara. jangan mudah menuduh DS Anwar, Najib atau sesiapa sahaja.

Thursday, April 21, 2011

Bila Kek Lapis Sarawak berubah warna

Kek lapis Sarawak memang cantik berwarna-warni. Tapi sejak 30 tahun dulu warna-warni hijau, merah, kuning itu semakin tidak menarik, semakin gelap menjadi biru tua


Pelbagai resipi baru dicuba termasuk tambahan lakaran keris dan bulan..


Membuat Kak lapis Sarawak tidak semudah membuat kek lapis ‘Malaya’.

Kek lapis Malaya Cuma dua warna ; merah jambu dan putih bagai kan pakaian sang Puteri yang ada Ummp..

Atau kuih seri muka atau kuih pelita dua lapis hijau dan putih.. Orang Kedah dan utara suka warna tok guru ini.

Kek lapis Sarawak lebih unik dan rumit…pelbagai corak, seunik adunan budaya Sarawak..

16 April lalu… kek lapis Sarawak sedikit berubah wajah… Warna kemerahan saja yang laku di jual di bandar Kuching, Sibu dan Miri..

Lebih menarik lagi apabila ada juga Kek lapis biru muda di Krian dan Ba kelalan… namun ada orang Melayu dan Melanau tidak suka membeli kek corak biru muda dan merah kerana belum kelihatan logo halal Jakim.

Di kawasan pedalaman yang ramai orang Islam seperti Beting Maro, mereka tiada masalah sama ada kek lapis berwarna biru tua atau hijau.. penjual dan pembuat dari orang Islam. Walaupun jualan kek lapis terlaris masih biru tua, namun ia menjadi lebih cantik dengan tompok-tompok hijau yang hampir sampai kepermukaan….


Kek lapis biru muda dan hijau dari ‘Malaya’ mempunyai potensi besar, lalu membuka warung di segenap pelosok Sarawak, namun hanya 3 paket yang mampu dijual. .. Tidak apa.. pasaran sudah mula ditembusi….


Ramai yang masih tertanya-tanya kenapa kek corak biru tua yang dijual orang tua penuh uban itu masih mampu mengatasi jualan kek-kek lain. Mungkin pembeli terpedaya dengan kecantikan model muda dari Syria, atau kek itu sudah di borong atau dipos lebih awal, atau dibeli oleh pembeli misteri.


Kek lapis Sarawak mendapat kritikan kerana banyak menggunakan pewarna dan gula. Ia boleh memudaratkan jika dimakan terlalu banyak. Menjadi tanggungjawab semua agar dapa memperbaiki kek lapis ini dari segi pengurangan pewarna dan gula. Tidak lupa juga, pastikan ia halal, tidak kira siapa yang menjualnya..