Sunday, January 27, 2013

Lone walk and bus

Yesterday , 27 Jan (Saturday) and today, I tried to walk or travel a lone.
Before lunch time I went to masjid Anwar again in District 8 to buy some 'telekung' (ladies prayer clothing) for  (refer my previous posting:
http://chemistryagro.blogspot.com/2013/01/vietnam-anwar-tahfiz-jim-dan-ikram.html ). At first I wanted to try take a bus from Ben Than Market, but when I called Ust Rahman, he offered to pick me up (using his new motorbike!). He even invited me for lunch and asked his student to send me back...masyaAllah..Alhamdulillah.

I was informed, that there is good Indian Resturant, serving real Briyani with basmati rice, located not very far from Ben Than market. After fajr prayer, I just walked to the said location, about 10 minutes walk from Ben Than market. At 7 am the restaurant is still closed. Never mind, as I just want to conform the location (before inviting all of you to join!).



 I realised that this Indian restaurant is located not very far from Nancy mosque. Thus, I walked further east toward Nancy area, or toward the end of District 1. This is second time I visited this area... but during both visit the Masjid is closed (not the prayer time).




My first visit was after isyak prayer around 8pm. I try to locate the 'Pho/Noodle sup Muslim' stall, now is 7am....alhamdulillah I found it.. a street behind the Masjid Nancy. Alhamdulillah the husband/male in the shop can speak Malay..'Assalamu'alaikum..jemput duduk'....40 thousand Dong (about RM 6) for the beef noodle and cofee with milk...not bad..
(Early morning at Ben Than market Bus Station)

Should I walk back to the hotel?..It would take 30 minutes... Let's try to take a bus a lone.. any bus to Ben Than  Market..yup..got it. I load in 6K Dong (about 90sen Malaysia).. the driver and other passenger said ..'nam ngien'..5K only...what ever just few 'sen'.. The driver gave me small coin return.. I never seen 1K Vietnam syiling before.... let me see carefully...oops, it got picture of Abraham Lincoln ....it is 1cent US!..
On the way back to Hotel, there is life ochestra performing in front of the Opera House.

Sunday, January 20, 2013

Vietnam: Anwar, Tahfiz, JIM dan IKRAM

Saya baru dapat maklumat, ada sekitar 70 orang pelajar tahfiz  muslim vietnam yang belajar di Malaysia iaitu di Terengganu dan Kedah. Alhamdulillah, zuhur tadi saya sempat menemui ustaz Abdul Rahman dan timbalannya Hj Musa di Masjid Anwar, District 8, Ho Chi Minh. Sebenarnya ini kunjungan saya yang ke dua ke Masjid Anwar. Dulu naik motor, kali ini naik bas dari Pasar Ben Thanh.. 6000 Dong saja (90sen)..murah sangat berbanding teksi. 10 minit sudah sampai.
Kunjungan pertama pada 26 Nov 2012 bersama saudara Arifin (Orang Champa Vietnam yang bisa Bahasa Indonesia).. di bawah/hujung tulisan  ini sidikit coretan yang saya emailkan pada teman-teman tentang masjid Anwar . Dulu lawatan biasa sekadar ingin menemui saudara seIslam.

 Kunjungan kali ini berbincang sesuatu yang lebih serius. Mereka perlukan bantuan. Sekitar 3 tahun lalu, ustz Abdul Rahman dan rakan-rakan mendapat bantuan dari beberapa individu dan pertubuhan untuk membiayai pelajar-pelajar Tahfiz  dari Vietnam yang belajar di Terengganu dan Kedah; antaranya Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM),   pekerja Malaysia di Vietnam (seperti pekerja Petronas) dan (Allayarham) Datuk Abdul Hamid Othman (Tok Mid) . (Nota: JIM dalam proses pembubaran dan bertukar kepada Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)). Kos bagi setiap pelajar sekitar RM 200-300 seorang (Hampir RM 20 ribu sebulan untuk tempoh 4 tahun). Kami berbual, sambil minum kopi ais 'kaw' Vietnam, kuih donut serta (seumpama) karipap.  Sedikit keluhan dan kerisauan Ustaz Abd Rahman... ' Sejak 2011, bantuan sudah makin berkurangan.' Awal Februari nanti ustaz datang ke Malaysia lagi.
Kami tidak dapat berbual panjang dengan Ustaz kerana beliau agak sibuk. InsyaAllah kami akan bertemu lagi. Saya menyeru kepada teman-teman untuk membantu usaha murni mereka ini.
Rumah Ustaz cuma beberapa langkah dari masjid.











Singgah sebentar di rumah ustaz Abd Rahman. Keluarga ustaz menjahit dan menjual pakaian: (maaf tak sempat 'posing' jubah ini cantik-cantik...letak di lantai je!)Jubah dengan manik-manik ini RM 45, telekong RM30, tudung bawal RM20...ini saya belum tawar.. kain sutera pun ada... murah sikit berbanding pasar Ben Thanh yang penuh dengan pelancong... Kebetulan anak dan isteri memang kirim telekung dan jubah.. Ustaz juga ada pakej pelancongan.

Nanti saya cuba kemaskini no email , telefeon dan no akaun, untuk memudahkan menyalurkan bantuan (juga untuk membeli pakaian dan menempah pakej pelancongan!)

Saya agak kurang sihat malam ini...nanti saya tulis lagi. Doakan kami di sini...Wassalam.


MASJID ANWAR DISTRICT 8 ,,, 25 Nov 2012.
"....Maghrib/isyak sdra Arifin bawa saya naik motor  ke District 8,HCM Kg Melayu-Champa.. +-300 keluarga Melayu-Champa Islam. Meriah, ada masjid 3 tingkat, agak kecil berbanding masjid Dong Du, tapi sentiasa penuh… maghrib-Isya saja dah sekitar 80 orang..belum termasuk wanita yg datang kemudian utk belajar Quran..


Susah nak cari yg pakai jean/seluar atau T Shirt macam saya… nasib baik saya bawa kopiah… Yg lain semua lengkap pakai baju kurung, kain atau jubah… sentiasa menunggu waktu solat..subhanallah.. kuat mereka menjaga iman.(maaf dilampirkan gambar yg agak kabur)

Lepas Solat isyak ada sikit tazkirah..Bahasa Champa dan bahasa Vietnam…dua-dua saya tak faham!, tapi ramai juga yg boleh bahasa Melayu @ Inggeris.

Sementara tunggu Isyak.. kami makan… 2 mangkuk besar sup atau seperti bakso dan soft drinks (2 orang)..70 ribu Dong (+- RM10), jauh lebih murah dari di Ben Thanh atau Halal Saigon, (seblum tu lunch kami 2 orang 500 ribu Dong (+-70ringgit!)

Tazkirah lepas solat Isyak di masjid Anwar. masjid ini dibangunkan pada 2006 dengan sumbangan dari Timur Tengah (Dubai jika tak silap)
Antara Landmark yg ditemui. tepi jalan sebelum masuk ke satu lorong, Masjid Anwar tidak jauh dari bangunan ini.Ha..ha..ha.. Ayam itik pun ada dekat masjid ni.

Tuesday, January 15, 2013

Vietnam: Masjid Besar, jamaa subuh 10 orang saja

Alhamdulillah, Allah beri kekuatan dan hidayah utk kami sabar, bermusafir dan bermukim di bandar pelancongan yang hanya mempunyai kurang dari 1% Muslim. Banyak juga cabaran...Dalam perjalanan ke masjid, kiri kanan jalan...wanita-wanita jelita berpakain seksi..."massage sir"... Hotel, bar merata-rata..Allahu akbar...ya Allah peliharalah mata dan iman kami...

Subuh pertama selepas cuti tahun baru, dari jauh terdengar suara bacaan Quran dari masjid di jalan Dong Du bersebelahan hotel Sheraton. Seperti di Surau-surau dan masjid lain, biasanya suara ini datang dari rakaman kaset atau CD dari Qari terkenal.... Opps saya silap. Rupanya Tuan Imam Amin yang membaca ayat-ayat suci itu dengan suara yang merdu memecah keheningan subuh jam 445 pagi. Walaupun ini masjid terbesar di kota Ho Chi Minh ini, namun jamaah subuh tidak sampai satu saf atau kurang dari 10 orang. Pernah juga sekali-sekala jika ada pelancong istimewa dari Qariah masjid atau surau dari Malaysia datang utk solat berjamaah dengan jumlah mencecah 30 orang....adalah sekali dua dalam setahun... husnu dzan..ramai pelancong solat jamaah di Hotel...

Bilangan yang sedikit berjamaah ada juga hikmahnya. Kami kenal hampir semua ahli jamaah subuh. Mr Muhaidin (Vietnamese Revert) yang paling ceria, saban subuh beliau sentiasa tersenyum menyambut 2-3 orang ahli jamaah yang datang dari luar masjid. Saya datang naik Se Om (teksi motor) dgn tambang 30ribu dong sementara 1-2 orang rakan sya dari Petronas spt Hj Hadi dan Hj Arshad pula datang naik teksi 50 ribu Dong (100ribu utk pergi balik).  Pak Imam Azim datang menaiki motor dengan isteri. Dia bergilir menjadi imam dengan imam muda Amin. Saya tidak pasti berapa elaun imam.... tidak banyak. Contohnya  Qari Vietnam Imam Amin belum berpeluang naik haji walaupun sudah beberapa tahun menjadi imam dan menjadi Qari vietnam ke Musabaqah peringkat antarabangsa di Malaysia.... saya pernah bergurau dengan dia..'Tunggu PM Najib atauSyeikh Haramain Saudi' beri bantuan khas....lalu beliau menjawab.."Ada bantuan utk orang Vietnam..tapi.. kadang-kadang tak sampai pada yang benar-benar berhak"..

Biasanya Mr Muhaidin yang akan azan dengan 'slang' Vietnamnya. Apa nak buat, itu yang suara terbaik yang boleh diungkapkan dari seorang 'muallaf'. Bilal yg baik suaranya pun tidak muncul-muncul...
Subuh tadi saya diberi penghormatan untuk azan subuh. Saya jarang azan. Suarapun ... cuma baik sikit dari Mr Muhaidin Muallaf!
Semoga Allah terus beri kekuatan kepada kami utk mengimarahkan rumah Allah, dan semoga Allah membuka hati-hati hambanya utk meramaikan rumah Allah...amiiinn.

Saturday, January 5, 2013

Nasi tin Lipton, masak nasi guna cerek air dalam bilik hotel

(5 Jan 2012)Ini lawatan saya yang ke ke berapa ya... 5 atau 6. Tempoh masa tinggal di vietnam semakin panjang. Lawatan pertama cuma 5 hari, lawatan ke dua 10 hari, kemudia 18 hari... dan lawatan kali ini lebih sebulan. Saya belum dapat rumah atau tempat tinggal yang tetap. Masih tinggal di hotel yang sama tetapi bilik berbeza. Pening juga bila  selalu bermusafir dan tidur bertukar-tukar tempat. Bila bangun pagi kadang-kadang 'confius' apakah saya di Malaysia atau Vietnam. Utara selatan dan arah kiblat juga selalu bertukar; Ada mengarah ke depan pintu atau membelakang pintu..bila dah pening, tergesa-gesa dan sudah hampir luput waktu solat...boleh jadi solat membelakangkan Kaabah.

Jika dikira, jumlah hari tinggal di hotel, sudah melebihi sebulan. Makanan pula agak mahal di District 1 ini. Ia seperti kawasan Bukit Bintang. Teh Tarik RM5 dan Nasi Goreng Kampung RM 13. Teringin juga beli periuk nasi utk mask/tanak nasi di hotel. Tapi, semakin banyak barang, semakin susahlah untuk bermusafir, berpindah-pindah... Lagipun ..WHY PAY MORE..macam Iklan Mydin supermarket..
Satu idea (..lucu ke?... isteri dan anak-anak ketawa macam nak pecah perut...) ialah masak nasi dalam bekas air minuman. Sya guna bekas minuman teh Lipton..(kita Boikot Coca Cola yg sokong Israil..he..he)...  jika minat nak tiru... boleh email saya misridollah@gmail.com  Tapi tiada insuran dan tiada jaminan..do it at your own risk.
Masukkan 1/4 beras..basuh... masukkan air hingga 1/2 bekas tin. Masukkan dalam cerek air, tetapi biarkan penutup cerek terbuka (jika tidak, cerek akan berhenti/OFF bila air sudah mendidih). Pastikan sentiasa ada air didalam cerek, tetapi jangan banyak sangat hingga melimpah atau banyak memercik ke dalam 'periuk nasi teh Lipton'. Anda mesti sentiasa menunggu, memerhati sehingga air mulai kering (macam biasa tanak nasi).. sekitar 5 minit. Jika takut loceng keselamatan berbunyi, buka tingkap bilik. Bila nasi sudah mula kering (boleh juga gaul sikit, tapi AWAS/PANAS), tutup periuk teh lipton, dan tutup cerek air. Biarkan dalam 10 minit... jika tidak cukup masak, panaskan air hingga menggelegak lagi..selamat mencuba...

--------------------------------------------------------------------------------------
Updated 26 jan 2012
OK, ini 'improved version' kepada Nasi Tin Lipton. Gelas tahan panas mengganti Tin Aluminium. Lebih kemas, lebih bersih insyaAllah.

Monday, December 17, 2012

Solat di "Pagoda" atau "Temple"

Waktu subuh di sini sekitar jam 4.40 pagi. Anda harus bersiap seawal 4pagi!.Jarak dari hotel tempat saya menginap ke Masjid 'India' jalan Dong Du sekitar hampir 10 minit berjalan kaki. Setelah 4 kali datang ke Ho Chi Minh, baru saya berani naik " xe om " atau teksi motosikal (membonceng). Motosikal di sebut  xe máy atau xe Honda dalam bahasa Vietnam... banyak sangat motor Honda di sini. Jika saya terlewat sedikit bangun utk solat subuh, saya beranikan diri panggil teksi motor disimpang yang setia menunggu 24 jam... Sebut masjid atau Mosque, dia tidak berapa faham... saya suruh hantar hotel Sheraton (dekat masjid) pun dia hantar  hotel lain... Alhamdulillah dua subuh ni dia dah cam ke mana saya mahu pergi, kebetulan pula saya memakai baju melayu dan kopiah. "Pagoda ? " ujar empunya motor bila sampai depan masjid.. saya senyum saja sambil membayar 20 ribu Dong (Rm3 shja)... Begitulah 'ketidak fahaman dan  ketidak fasihan' mereka terhadap agama Islam dan Bahasa Inggeris. Tadi saya terkeliru antara tambang motosikal 'thirteen' dan 'thirty'.. ingatkan 13 ribu..murah..rupanya 30 ribu! ..bila dia sebut " ba mươi " (30 atau tiga sepuluh).. saya faham sikit, begitu juga  mươi ba (13 atau  sepuluh tiga).. Saya kena cepat-cepat belajar Bahasa Vietnam.. boleh dapat 5-10 perkataan sehari pun OK...

Bukan saja pemandu teksi tidak pandai bahasa inggeris, dikalangan engineer/jurutera profesional pun lemah bahasa inggeris. Berbalik pada masjid tadi... jika yang pandai sikit Inggeris, dia akan sebut "Muslim Temple" Tak apalah..apa pun perkataan yang mereka sebut, asalkan saya dapat solat tanpa gangguan. Dulu saya sangkakan ada sekatan solat di negara Komunis ini. Tidak,... tiada sekatan.. ada kebebasan beragama di sini, asalkan jangan bergaduh dan membuat huru-hara. Ada orang Islam Vietnam memberitahu saya, masalah umat Islam Vietnam bukan dengan bukan Islam atau Pemerintah, tetapi masalah sesama umat Islam. Ada yang tidak amanah terutama dalam urusan kewangan. Saya masih mencari "kebenaran" akan tuduhan atau kenyataan ini. Tidak adil utk saya membuat rumusan dalam tinjauan yang sangat singkat.

OK, cukup dulu.. lusa saya kan balik sekitar 10 hari di Malaysia, sebelum datang semula untuk tinggal lebih lama. Saya akan naik máy bay ('mesin terbang' atau kapal terbang) Vietnam Airline.

Sunday, December 16, 2012

Vietnam: Masjid 4 tingkat vs masjid tingkat 4

 (Gambar saudara Arifin sedang menikmati bihun sup. Arifin bisa bahasa Indonesia pak)

(Suasana gerai tepi jalan, masjid di tingkat 4)
Kriiinnnggg...Kriiinnnggg...Kriiinnnggg.
Pukul 5.20 petang waktu tempatan, sedang kami menikmati bihun sup di tepi lorong celahan bangunan, kedengaran loceng berbunyi dari tingkat 4. Kring..kring..kring.. loceng panjang seperti zaman persekolahan menandakan waktu sekolah bermula atau berakhir.  Bukan, itu bukan loceng sekolah, tetapi loceng dari masjid atau surau di tingkat 4 sebuah rumah pangsa tua. Loceng berbunyi 20 minit sebelum waktu maghrib. Jika di masjid Anwar, Daerah 8 mereka masih ada 'beduk' atau tabuh...(ingat lagu Raihan..tabuh berbunyi memecah alam sunyi...waktu subuh). Azan dan Quran lantang tidak dibenarkan, jadi mereka gantikan dengan loceng berdering. Masjid Nurul Islam, Daerah 2, di flat usang tingkat 4 saya kira masjid paling kecil dan paling dhaif yang saya temui di Ho Chi Minh City. Masjid terletak di tingkat 4, naik tangga tanpa lif. Aduh .. 2 kali turun naik sudah 'macet'/letih...meminjam kata-kata rakan Vietnam saya, Ariffin yang pernah 2 tahun belajar sekolah pesantren indonesia.. Ada 3-4 orang menumpang di masjid kecil ini. Ada kesan rekahan di dinding kerana pernah berlaku gempa bumi di daerah ini.
Saya datang ke sini bersama seorang pemuda Vietnam (yg baru masuk Islam kurang dari setahun) yang selalu saya temui di Masjid Muslimin (masjid terbesar di Ho Chi Minh) di Jalan Dong Du. Kami menaiki bas kurang 10 minit dengan tambang 4000 dong (60 sen) seorang. Jika naik Teksi mungkin 60 000 dong (RM9)...pun OK.. Dari jalan besar kami melalui lorong kecil yang boleh muat sebuah kereta sahaja, dan menyeberang sungai yang penuh sampah.
Dari masjid di tkt 4 ini kelihatan beberapa apartment dan bangunan mewah. Semoga Allah murahkan rezeki utk kami memiliki atau mendiami apartment mewah ini. Bolehlah keluarga  teman-teman selalu datang melawat.
(susana dalam masjid.. not bad..ada aircond!)

Selepas maghrib kami bertemu seorang American bangsa Champa yang baru sehari melangsungkan perkahwinan dengan gadis Champa tempatan(Vietnam). Berumur lepih 40 tahun dan khabarnya bertemu gadis Champa-Vietnam ini melalui 'internet'. (Timbul juga rasa 'syak' nakal di hati ...betul ke dia bujang!.Jangan bersangka buruk pada saudara seislam.. anda pun "bujang" /tanpa keluarga di sini!..) Dia lari turun ke tingkat 1 di bawah untuk ambil 'bussiness card'..Sr Engineer di California dan menjadi Presiden persatuan Champa Muslim di California, USA. Dia mengingatkan kembali zaman saya belajar di California dengan masjid dan surau di Pasadena, Orange County, Los Angeles, San Diago dan seumpamanya. Suatu hari nanti mungkin saya kembali ke sana..

Saya selalu 'lepak' di Masjid Muslimin/atau masjid India jalan Dong Du. Ramai pelawat  terutama dari Malaysia, Indonesia dan Singapura datang ke Masjid ini. Tidak ketinggalan non Muslim. Masjid ini terletak berhampiran hotel Sheraton, District 1, antara kawasan paling mahal di sini. Malah dimaklumkan bahawa tanah Hotel Sheraton itu juga asalnya milik masjid. Terfikir juga untuk membantu masjid ini menjadi 'penyambut tetamu' dan pemberi maklumat kepada para pengunjung ini.. 

Biasanya pelancong datang waktu siang atau paling lewat waktu Isyak. Subuh tadi saya terkejut kerana terlalu ramai pelancong datang solat subuh. Mereka adalah pelawat dari beberapa masjid di Singapura, dengan seoarang ustaz bersama mereka. Antara tazkirah ustaz; mengingatkan niat amal..jika datang Vietnam utk sopping...dapatlah barang murah, jika datang Vietnam utk melawat saudara seIslam...masyaAllah alangkah besar ganjarannya...

Saya juga dikejutkan dengan pertemuan dengan guru-guru sebuah sekolah di Sri Menanti, Kuala Pilah. saya bertemu rakan lama, sdra Azrai yang menyertai rombongan tersebut...kecil dunia ini.

Saya bandingkan masjid Nurul Iman Daerah 2 dengan masjid Anwar, Daerah 8 kerana ada sedikit persamaan dari segi lorong-lorong kecil yang dilalui sekitar masjid-masjid ini. Begitu juga, berdekatan masjid-masjid ini ada makcik Muslim yang menjual bihun sup dengan harga sekitar 20 ribu dong (RM 3 sahaja) semangkuk.
Beza antara dua masjid ini ialah Masjid terpencil Nurul Islam di tingkat 4 tetapi Masjid Anwar (yg meriah) itu 3 atau 4 tingkat !
Begitu juga masjid Rahim dekat Ben Tanth market, pun 4 tingkat dan sering dikunjungi pelancong.

Friday, December 7, 2012

VIETNAM: Makan dan kena makan, Mak Wa pun mahal..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera, Ini (Dis 2012) sudah lawatan ke empat saya ke Ho Chi Minh City. 
Penduduk muslim di Vietnam tidak sampai 1%. Soal makan dan Ibadat adalah persoalan biasa yang selalu diajukan kepada saya dan rakan-rakan Muslim yang mahu datang ke Vietnam (atau negara bukan Islam lain).
Semasa hari pemeriksaan kesihatan, kami di suruh 'berpuasa'. Selepas selesai pemeriksaan, mereka ajak pergi jamuan tengah hari di tempat kerja. Saya jangkakan ada set makanan istimewa atau buffet seperti tempat kerja di Malaysia. Sangkaan kami meleset. Cuma ada set 'vegitarian' untuk muslim seperti saya dan seorang rakan yang memang vegitarian. Walau tak lalu makan, kami cuba telan juga. Untuk menambah selera, ada kicap dan cili api... sebenarnya bukan tambah selera, cuma cili api itu terlalu pedas... jadi saya terpaksa makan banyak nasi untuk menghilangkan pedas! Syukur, malam itu boss belanja kami makan di Restoran Malaysia "De Nyonya".

Alhamdulillah, semakin lama saya di sini, semakin Allah permudahkan. Di tempat kerja ada makanan percuma, tapi tiada tanda halal. Selalunya mereka carikan sea food atau vegetarian untuk saya. Kadang-kadang saya bawa mee segera atau rendang segera, makan dengan nasi putih yang masih panas. Alah bisa tegal biasa. Saya tanya surau, memang tiada, tapi mereka carikan juga bilik yg tiada gangguan. Memang banyak pilihan makanan disini dengan citarasa pelbagai negara. Jika ada bajet, atau syarikat benarkan anda buat tuntutan... cuba sajalah asalkan halalan toyyiban. 

Saya rasa makanan di sini agak mahal terutama di Pusat Bandar seperti District 1, tempat ramai pelancong datang, termasuk orang Malaysia. Nasi goreng cendawan pun dah 100 ribu Dong (RM 15), Buffet di kedai India Muslim Taj Mahal, Ali Baba atau Bombay pun sekitar 120-150 ribu dong (RM 18-22).... Saya selalu sebut, anda bayangkan makan dgn standard Dol Tom Yam atau Kedai Mamak Azhar Maju, tapi bayar dengan standard kedai Nasi Arab Damsyik atau Secret Recipe. Di Emporium Parkson tingkat 4 ada satu kedai Indian Halal. Agak murah. Banyak menu yang kurang dari 100 ribu Dong. Nasi goreng Vegi baru 50 ribu (RM7.50), teh tarik (popular di sini)dalam Rm 4-5 (di Malaysia anda boleh dapat 3-4 cawan!) 

Biasanya di mana ada masjid, di situ atau banyak gerai muslim. Jika di Masjid Muslimun jalan Dong Du... very high standard...Expensive...oh ya ..baru dapat vocab baru..'Mak wa' dalam bahasa vietnam bermaksud 'mahal'...memang mahal 'mak wa' kat sini!...dont play-play! Antara kedai Halal yg paling mahal ialah restoran Turki "Pashah". Makan 2 orang dah dekat 1 juta Dong!(RM150). Pelik sikit kedai 'halal' Turki ni... daging halal ada, arak pun dijual juga... macam hotel di Malaysia..oh macam Malaysian Airline juga. 

Saya teringin nak makan murah, di gerai tepi jalan, meja kecil, kerusi kecil, tapi susah mahu jumpa yang Muslim atau yakin halal-haram. Sesekali saya berjalan jauh sedikit utk mencari tempat sebegini. Tadi saya ke Masjid Rahim (www.angelfire.com/vt/vietnamesemuslims/masjidList.html Ho Chi Minh city / District 1. Masjid. Ar-Rahim. 45 Nam Ky Khoi Nghia. Built in 1885 by Malaysian-Indonesian muslims )dekat Ben Thant Market dan Saigon Squre. Disini ada gerai Muslim tepi jalan. Nasi goreng udang baru 25ribu Dong (dlm RM3.50)...banyak tak larat makan sorang, kecuali anda memang lapar atau berpuasa. Satu lagi(lebih jauh) ialah Masjid Anwar di District 8, ramai keluarga Islam-Melayu-Champa berkampung di sini. Banyak kedai makan dan kuih muih halal dijual.

Tadipun kami jalan-jalan cari rumah untuk tinggal lebih lama. Jika ada rumah, bolehlah masak sendiri...

OK... tepuk perut, seluk poket, tepuk dada, tanya selera, tanya iman... anda mahu makan atau mahu kena makan...
Esok, ada cikgu-cekgi dari Senawang datang jalan-jalan..look and see..jumpa lagi