Thursday, October 21, 2010

LAPORAN BENGKEL HALATUJU PERNIAGAAN PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR BERSAMA SHUZAM SDN BHD


Dalam kesibukan kerja...sempat juga 'melarikan diri' dari kesibukan hiruk pikuk bunyi mesin di tempat kerja, untuk menghadiri bengkel ini.

Kebanyakan peserta yang hadir adalah penternak yang telah menjalakan projek perikanan tetapi menghadapi pelbagai masalah seperti ikan yang tidak membesar seperti yang dijangkakan, masalah harga dan pemasaran...

Saya..tak de masalah, sebab sekadar menternak sedikit tilapia dan keli ditepi rumah utk makanan sendiri,, (berbanding peserta lain yang sudah berbelanja puluhan ribu RM ..malah ada yang sudah membelanjakan RM100 ribu ).

Saya datang utk menimba ilmu, melihat industri perikanan air tawar dengan lebih dekat.. buat sikit-sikit dan bincang dengan kawan-kawan untuk langkah seterusnya..


Shuzam sdn Bhd ( maaf setakat ini website yang diberi tak boleh buka… www.shuzam.com.my , tapi bila buat carian google, ada iklan Shuzam dalam mudah.com, mencari operator utk kilang Feedmill).

Menarik juga latar belakang Shuzam ini. Syarikat baru beraoperasi 3 tahun lalu. Lembaga pengarah ada 4 orang; antaranya Dr Syukur, Nizam, Zaki. Dr Syukur adalah Dr bedah sementara Nizam dan Zaki bekas jurutera di syarikat petrolium. Pejabat Syarikat ini terletak berhampiran pasaraya Jusco di Seremban 2.


Mereka hanya mampu membekalkan 1.3tan ikan keli seminggu utk hotel, sekolah, hospital dll (berbanding permintaan sekitar 4 tan).

Mereka mempunya kolam ternakan dan pembenihan di Kuala Pilah dan dalam proses membuat kilang makanan ikan sendiri dengan kerjasama MPOB (Malaysia Palm Oil Board?) sebagai alternatif kepada makan ikan sekarang (yang diragui keHalalannya kerana banyak menggunakan tulang haiwan).

Shuzan menawarkan khidmat nasihat kepada penternak kecil dan membeli semula hasil ikan keli dengan harga pasaran. (Ikan keli diutamakan kerana pasaran yang lebih luas). Industri ikan air tawar (terutama keli) juga menjadi semakin penting kerana sumber ikan laut sudah semakin pupus dan ramai pengusaha ikan air tawar sudah hilang minat.


Dalam sesi perbincangan, peserta, pihak Mara dan Shuzan bercadang untuk mengadakan kursus pembenihan ikan keli pada masa akan datang.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


RUJUKAN:

Bengkel Halatuju Perniagaan Penternakan Ikan Air Tawar Tarikh : 21 Oktober 2010 (Khamis) Tempat : Bilik Kuliah Pusma, Aras 3, Bangunan MARA Seremban Plaza , Jalan Dato' Muda Linggi, Seremban Yuran : RM 10 Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pusat Usahawan MARA (PUSMA) di talian 06-7626088 Sumber : http://pusman9.blogspot.com/2010/10/bengkel-halatuju-perniagaan-penternakan.html


http://www.mudah.my/Operator+needed-6735587.htm

Kekosongan jawatan:- - 3 orang sebagai Operator - 1 orang sebagai driver di Shuzam Feedmills Sdn Bhd, Greentech Park, Seremban 2 - minimum spm - gaji RM600 Bagi sesiapa yang berminat, sila hubungi saya, Nur Amirah di talian 06-601 2069 atau sila hantar resume diamirah.jaaffar@shuzam.com.my terima kasih, Amira Shuzam Group