Tuesday, August 31, 2010

Buffet RM23 Restoran Rakyat: Makan sepuasnya: Buka hingga Moreh

Hampir setiap tahun kami mengadakan jamuan berbuka puasa untuk pekerja di Bahagian/Department kami. Kita berkongsi sumbangan dikalangan pekerja... Gaji sikit bayar sikit...gaji banyak bayar banyak...kalau tak cukup juga pengajur atau bos paling besar kena top up....Bermula dengan sekitar 5 orang beberapa tahun dulu, tahun ini bilangan yang mahu turut serta sudah meningkat lebih 50 orang .



Mahu makan dimana?... Tempat mesti luas ,selesa, tidak jauh dari tempat kerja, banyak juadah pilihan yang sedap, harga berpatutan tapi mengenyangkan.... dan bagi orang Islam; yang lebih penting lagi... lepas makan, mahu SEMBAHYANG atau SOLAT di mana. Dulu memang susah cari tempat Makan yang ada tempat solat. Kalau adapun bilik kecil atau terpaksa berkejar ke Surau berdekatan....




Alhamdulillah, tahun ini kami di Seremban sangat bertuah kerana ada Restoran Rakyat yang prihatin keperluan pelanggan. Pada 30 Ogos lalu kami meninjau tempat ini. Tempat ini boleh memuatkan sehingga 500 orang pelanggan pada satu masa! Ada beberapa khemah disediakan. Terletak di bangunan Persatuan Bolasepak N.Sembilan, di hadapan padang. Tempat ini dulunya juga terkenal dengan Restoran Nelayan (kini berpindah ke lokasi lain tetapi berdekatan). Ia berhampiran juga dengan Sekolah Keb Rahang.


Dengan RM 23 anda boleh pilih dan makan 70-80 jenis juadah. Ia berkonsepkan "SANTAI". Tidak cukup atau tidak puas makan semasa buka puasa? (..ops jangan curi-curi makan sebelum buka!), anda boleh pergi solat Maghrib dulu di surau khas yang luas dan selesa.


Kemudian sambung makan dan makan hingga masuk waktu Isyak. Menjelang Isyak Imam muda sudah menunggu pelanggan di surau dan Taukeh Restoren pun mengajak pelanggan untuk sama-sama solat Isyak dan Tarawikh. Selepas Tarawikh biasanya ada moreh, sekurang-kurangnya sedikit Teh tarik.....


....maaf ya tak da pula makan lagi waktu SAHUR!..
Restoran ini baru dibuka 4 bulan lalu. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi encik Aslam di 0136200022


Diseberang padang ada juga satu restoran (Wadi ar Raudah yang meyediakan buffet dgn 100 jenis hidangan, tetapi tidak mempunyai kawasan seluas Restoran Rakyat). Tahun lepas kami makan buka puasa di Raudhah...


Bagaimana pula makanan di Restoran Rakyat?....makanan rakyatlah. Macam-macam ada..Masakan kampung ada, Western ada, ala-Thai ada, bubur ada, kuih muih, daging panggang, ayam panggang, ulam, sambal, cencalok, masak lomak cili api... ikan bakar.....
Cuma...beringat lah sikit...jangan mkan terlalu banyak, nanti sakit perut...
...ok...jika berhajat, datanglah beramai-ramai, tempat yang luas dan selesa di samping tidak melupakan ibadah sembahyang.... .