Sunday, March 20, 2011

Ketenangan di tepi tasik dan kolam

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera.

Pertamanya saya ucapkan takziah kepada rakan-rakan, insan dan segala makhluk di Jepun yang baru dilanda gempa bumi dan Tsunami. Di Malaysia pun jangan rasa selamat sentiasa.
Kita dan Jepun berada di bumi dan Pinggan atau 'Plate' (Tektronik atau apa nama??) yang sama dengan Jepun. Jepun berada di pinggir pinggan atau dataran yang berjiran dengan dataran lain.
Jika keliling dataran ini telah bergegar di Jepun, New Zealand, Indonesia.. dan dijangka akan datang California USA , Malaysia yang berada di tengah padang/dataran/pinggan suatu masa akan terasa juga gegaran atau tempiasnya...sama ada dalam bentuk gempa, tsunami, ribut, banjir dan juga kesan ekonomi... Allah maha kuasa. Kita hanya disuruh beramal, taat pada perintah Allah... Malikat Maut boleh saja mencabut nyawa di Malaysia atau di Jepun.
Rujuk kemusnahan di...http://www.abc.net.au/news/events/japan-quake-2011/beforeafter.htm

Kembali kita ke kolam ikan...

TERNAK IKAN DALAM BOTOL
Kecil-kecil dulu bela ikan laga. Cari di celah sabut kelapa yang terendam atau celah pohon nipah....Simpan dalam botol.


AKUARIUM

Kemudian bela ikan emas dll dalam aquarium dan kolam ikan koi di halaman rumah... Anak kecil saya selalu tanya kenapa ikan 'emas' tak betul-betul warna emas.. susah juga nak jawab. Ikan emas ada juga warna emas. nanti kalau ditanya kenapa pisang emas tidak berwarna emas... jawab saja 'Pisang emas sudah dibawa berlayar'..


KOLAM KELI 5 X 10'

'Advance' sikit..kita cuba ternak ikan dalam kolam tepi rumah... Mula dengan tilapia merah yang cantik. Ada yang sempat makan dan jual sikit... dan banyak mati bila saya campur dengan ikan keli...cobaan.

Keli pun OK juga...saya cuba 200 ekor.... hampir semua hidup dan dapat sekitar 20kg dgn harga RM6.50/kg (l.kurang sama dgn harga di Pasaraya)..jual terus/hantar pada kawan-kawan.






LAWATAN (dan beli benih) KE KOLAM TERNAKAN IKAN DI ALOR GAJAH

Sekarang masuk pusingan ke dua keli. Saya masukkan 2000 ekor. lebh mencabar kerana saya ambil benih keli kecil 1-2 " . Memang murah, tapi sensitif...Biasanya bagi pellet. Ada sekali cuba bagi roti "Gardenia"...ops banyak mati..tercekik kot... Sekarang dah masuk sebulan, alhamdulillah, makin stabil. Saya dapat benih dari Alor Gajah. Seorang penternak ikan ketutu, keli dan tilapia. Ikan ketutu di kolam konkrit sementara tilapia dan keli di kolam tanah seperti gambar-gambar yang saya ambil di bawah...












Tengok rumah pusaka ni... tepi dan bawah rumah pun penuh dengan kolam ikan.
Saya tumpang gembira dengan kejayaan pengusaha wanita muda yang gigih ini.
Setakat ini saya hanya penternak 'hobi' dan sampingan yang masih belajar, semoga suatu hari nanti dapat berjaya seperti mereka...



SANGKAR DAN BEKAS LOMBONG...
Semalam saya melawat projek ternakan ikan dalam sangkar di bekas lombong. Tuan tanah pernah menjalankan projek ini sekitar tahun 80an. Ikan dalam sangkar dan kolam memancing tidak dapat diteruskan kerana harga ikan yang rendah kos tinggi ketika itu.
Kini dalam proses membangunkan semula sangkar di lombong ini sedikit demi sedikit.














Cantik dan nyaman kawasan sekitar bekas lombong ini. Air sentiasa jernih, tidak pernah kering..ada mata air...subhanallah.. Alangkah baiknya jika projek ini berjaya. Kita tumpang bersyukur dan gembira...