Sunday, June 9, 2013

Masjid Kecil dan (Mantan) Duta Besar Malaysia di Vietnam

Assalamu 'alaikum dan selamat sejahtera.

Duta Besar

Maaf, agak lama saya tidak mengamaskini blog ini. Ini gambar terbaru di hadapan Masjid jalan Dong Du, (masjid terbesar di Saigaon dan paling popular di kalangan pelancong) yang dirakam sekitar jam 7 pagi tadi. Yg berkopiah itu ialah Imam Amin.. Dulu di masjid ini pernah ada 3 imam bergilir, kemudian 2 (Imam Amin dan Imam Azim), sekarang tinggal satu je.. Kesian dia, 5 waktu kena ada di masjid, susah mahu cuti. Sebelah kiri beliau, kami "Pakcik Mansor".. ini bukan sebarang Pakcik (Dato'?). Belia adalah bekas Duta besar Malaysia di Vietnam pada tahun 70an zaman perang Vietnam-US. Beliau datang semula melawat Masjid tempat solat beliau 20 tahun lalu, juga bertemu Imam Musa, kadhi Vietnam. Bagus bekas duta ini, rapat dengan ulama...
Kami tidak dapat berbual panjang kerana Pakcik Mansur mahu pulang ke Malaysia 12 tengah hari tadi.
Imam Amin yang fasih berbahasa Melayu ini maklumkan kepada saya bahawa pertengahan bulan ini ada lagi mantan orang besar Malaysia datang ke sini; Dato' Sri Abdullah hj Ahmad Badawi, mantan PM kita!.

Alhamdulillah, hampir setiah hari minggu kami 4-5 orang jamaah subuh masjid ini sempat bersarapan sekali "Pho" ataupun Nasi beras hancur special Vietnam. Oleh kerana Imam ini baik bacaan Qurannya (pernah jadi kari Vietnam ke Musabaqah), jika ada kelapangan 2-3 kali seminggu, sempat juga menyemak bacaan tajwid quran dengan beliau...sebaiknya selepas subuh (430- 5 pagi!). Alhamdulillah inilah antara sahabat rapat saya di sini.. boleh solat, belajar, main tenis, bola sepak, makan, malah masak bersama... Jika saya atau isteri datang/balik Malaysia selalu dia kirim roti canai.... mahal roti canai di sini..sekitar 40 ribu dong (RM 6) sekeping!
Bolehlah pembaca yg berminat cuba-cuba buka bisness roti canai di sini.


Masjid Kecil Tay Hoa, district 9
Sudah lebih dua bulan saya berpindah dari hotel di Distric 1 ke Apartment di hujung District 2, besempadan dengan District 9.

Jika dulu saya ke masjid 10 minit jalan kaki dari hotel. Kini saya terpaksa menaiki teksi, bas atau motosikal sjauh 8 km ke masjid Jalan Dong Du.... 8km=1jam 15 minit berjalan kaki atau 20 minit bermotosikal atau teksi menyeberangi 3 sungai. Tambang teksi sekitar 150 ribu Dong sehala. Jika Subuh sekarang pukul 415 pagi, maka selewat-lewatnya jam 4 pagi sudah bertolak dari rumah....Jika hari jumaat saya terpaksa menaiki teksi 20km untuk kemasjid ini; tambang pergi balik 600ribu-1 juta dong (dalam RM90-Rm150)...Anda di Malaysia amat bersyukur, surau-masjid dekat dari rumah, subuh pun masuk agak lewat....

Sebagai alternatif untuk solat berjamaah... saya temui sebuah masjid kecil atau surau di Distrit 9 sekitar 2km sahaja dari tempat tinggal sana. Ini gambar laungan azan Isyak. Sekitar 5 lelaki dan 4 wanita solat jamaah setiap waktu di sini. Ada 4 buah rumah muslim berdekatan. Jarang sekali pelancong datang kesini, kecuali mereka yang memang punya misi mencari masjid seperti kami yang tinggal/bekerja di sini ataupun jamaah Tabligh atau kumpulan Islam lain. Ada solat Jumaat di sini, tetapi tidak cukup 40 orang; jadi ditambah solat zohor selepas solat Jumaat. Bahasa...oops ..khutbah dalam bahasa Vietnam dan Cham. Imam dan semua makmum tadi pula tidak boleh berbahasa Melayu atau Inggeris... Terpaksalah guna 1-2 patah perkataan Vietnam yg saya belajar sedikit+Champa+Enggeris+Melayu atau kami datang dengan 'penterjemah'.
Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment