Saturday, September 11, 2010

Apa khabar projek Gaharu?

Setahun dua dulu memang heboh tentang potensi gaharu yang boleh menghasilkan pulangan jutaan ringgit..Apakah benar setiap pokok boleh menghasilkan pulangan RM1000 - 5000? (Jika 1 ekar 400pokok bermakna RM40K-200K). Saya kurang pasti bagaimana sekarang. Yang pasti, anak dan biji gaharu semakin mudah diperolehi. Harga biji gaharu masih sekitar RM600-700 sekilo, tetapi harga anak gaharu dah agak murah. Specis Sub integra dan Malacensis yand dulu berharga sehingga RM20, kini anda boleh dapat kurang dari RM10 atau kurang dari RM5 bergantung ketinggian anak pokok dan dari mana asalnya...
Mungkin pengusaha gaharu agak senyap sekarang kerana 'tempoh menunggu', 5 atau sepuluh tahun sehingga gaharu di ladang membesar dan boleh di 'enoculate' utk menghasilkan gaharu sebenar.

Jika bekalan anak dan biji gaharu sudah semakin mudah didapati, berlainan pula bekalan inokulan. Masih banyak perbincangan, versi, sumber dan cara penghasilan dan harga inokulen.. Belum ada standard, paten atau piawaian... Apakah racun yang diguna? atau takuk/rosakkan sedikit pokok, gerudi dan masukkan 'bakteria' atau ragi dll... masih menjadi tanda tanya.. Jika RM1000 diperlukan untuk inokulasi setiap pokok... ini masih terlalu mahal... namun khabarnya banyak syarikat yang menawarkan perkongsian dgn kos inokulasi ditanggung syarikat dan hasil dikongsi bersama dgn nisbah tertentu....mungkin ini pilihan terbaik bagi pengusaha baru atau kekurangan modal...

Kita bagaimana?.... minat juga gaharu, tapi minat tanam/semai je... belum berani/sempat tanam di kebun...apatah lagi memproses utk menghasilkan minyak gaharu...
Imbas kembali beberapa eksperimen anak dan benih gaharu setahun lalu..

1) Gaharu dari biji.. Cara yang paling murah.. RM600 utk sekitar 1500biji atau sekitar 40sen sebiji... Tapi bagi saya, ini cara yang paling susah.
Rujuk kembali posting saya pada Ogos 2009
http://chemistryagro.blogspot.com/2009/08/bukan-mudah-tanam-gaharu.html

Dari 300biji, tak sampai 10 biji yang hidup... dan setelah setahun, hanya satu saja yang masih hidup.. itupun agak bantut seperti gambar di sebelah ini
















2)Cara kedua ialah melalui stump gaharu.

Agak murah (sekitar RM2/pokok). Seronok kerana kami berjaya menumbuhkan semula pokok yang telah dicabut dan dibersihkan daun dan akar.
Gambar tunas bertutup plastik ini diamil pada Ogos 2009, stump sudah mula
tumbuh daun. Ini jenis Malacenses berasal dari perkataan "Malaca" atau Melaka. Specis ini banyak tumbuh di Semenanjung dan sumatra. Saya dapat stump ini dari 'seberang'.

Penjagaan agak rumit tapi hasilnya membanggakan. Rujuk kembali posting saya dlm link di bawah pada Ogos 2009

http://chemistryagro.blogspot.com/2009/08/tanam-stump-gaharu-lebih-mudah-tumbuh.html






Beberapa bulan kemudian, ia kelihatan begitu subur.... cuma belum kesempatan untuk tanam di ladang....





3) Cara yang paling mudah ialah beli benih yang dah tinggi 3 atau 4 kaki dan terus tanam saja diladang. Ini cara yang paling mahal. Dulu benih 3 atau 4 kaki sekitar RM15, kemudian turun kepada RM8, mungkin sekarang boleh dapat sekitar RM5 atau 6. malah sekarang sudah ada banyak specis, ada specis hybrid yang dijangka mengeluarkan hasil yang lebi baik.
Setahun dulu saya cuba tanam beberapa pokok jenis Sub integra di tepi rumah.





Setahun dulu ia sekitar 3-4 kaki...Sekarang (Sept 11, 2010), di kiri sekali tu, yang paling subur, sekitar 7kaki tinggi, tanam di bawah keredupan pokok mangga. Belah kanan ok juga dah 6kaki tinggi, sikit kurang, tanam di luar pagar yang panas. Seterusnya yang ketiga sebelah pokok palma itu pula masih sekitar 4 kaki. Pokok ini saya biarkan beberapa bulan dalam polybag, mulanya hidup paling subur,..tapi malang, saya lupa utk siram beberapa hari, banyak daun dan pucuk yang kering layu... susah sikit nak pujuk dia hidup semula dengan baik walaupun dah dipindahkan di tanah biasa. Dan yang akhir sekali (yang ada 2 pacak kayu) paling rendah ni, dulunya 3 kaki, tapi pemotong rumput majils Perbandaran terlebih rajin...dia sudah mesin dan potong pangkal pokok ini...Saya biarkan tunas tumbuh kembali...tapi entah berapa lama ia akan naik seperti kawan-kawan dia yang sebelah kiri....

Ini baru cerita semaian anak gaharu... belum lagi inokulasi dan pemprosesan pokok serta penghasilan minyak... kita tunggu 5-7 tahun lagi bila pokok-pokok ni besar.... sekarang fikir dulu mana nak tanam anak-anak pokok ini...



Friday, September 10, 2010

Ikan tilapia tepi rumah

Ini sedikit gambar dari kolam ikan saya berukuran sekitar 6' x 12' dan 3.5' tingi... dulu projek lain dalam kolam ni...pernah juga jadi sweming pool utk anak-anak...
Pada Feb2010 saya masukkan 100 ekor dan pada bulan Jun saya buat partisan jaring, tambah 300 ekor lagi... Bila tambah 300 ekor, ada masalah banyak mati...mungkin kurang oksiken.. Lalu saya tambah 1 lagi pam air dan 1 pam angin/oksigen... Alhamdulillah dah tak mati lagi..sihat wal 'afiat... cuma tunggu membeasar... tapi kalau nak makan juga...boleh saja sauk dan goreng..mmmm...manis...sedaap...

Friday, September 3, 2010

Kemana anda pada 10 akhir Ramadhan



Kemana dan di mana anda menjelang 10 akhir Ramadhan...

Saf masjid makin ke depan?
Bazar Ramadhan semakin lengang?
Pasaraya semakin penuh.
Pasar malam(sampai pagi) .. semakin dikunjungi.
Namun, jiwa-jiwa yg suci terus istiqamah mencari Lailatul Qadar. Kita bagaimana?
Ada yang iktikaf berterusan dari hari 21 - 29....masyaAllah..
Antara masjid yang menjadi tumpuan Iktikaf di Seremban ialah Masjid Bandar Baru Senawang dan Masjid Klana Petra Sendeng Jalan Jelebu. Khabarnya Masjid Negeri pun ada tapi belum kesempatan ke sana...
Di masjid Bandar Baru Senawang Pertubuhan IKRAM Negeri sembilan beriktikaf; berbuka dan bersahur di sana. Seronok juga jika makan sahur ramai-ramai, ditambah masakan gulai ikan dan ulam sambal belacan....jika tiada caterer yg sanggup masak, boleh saja membeli juadah di restoran arab, mamak atau tomyam yang dibuka hingga awal pagi atau 24 jam di Senawang...
Ada juga masjid dan surau yang mengadakan Qiamul lail dan solat Tasbih bermula dari pukul 3 atau 4 pagi seperti di Seremban Selatan dan Surau Taman Tuanku Jaafar...... Saya tidak pasti apa yang berlaku di Masjid Tuanku Jaafar... mungkin ada sedikit rakan tabligh beriktikaf di sana.
Dulu Masjid kampung Paroi menjadi tumpuan, tetapi ia dalam proses naik taraf.
Gambar di atas dan di sebelah ini menunjukkan bagaimana penduduk Iskandariah Mesir bersembahyang malam hingga memenuhi segenap ruang termasuk jalan... Kenderaan berhenti solat jamaah bersama...subhanallah...
Marilah kita isi sedikit baki Ramadhan yang masih ada....





Nota: sumber/terjemahan gambar:
Gambar yang mengejutkan dunia
Tempat: Iskandariah Mesir
Imam: Imam Hatim
Masjid: masjid al-Qaid Ibrahim hayyu Syatibi mahattah Raml.
Jumlah : 1 juta pesolat
Gambar ini mengejutkan Marine Amerika

Tuesday, August 31, 2010

Buffet RM23 Restoran Rakyat: Makan sepuasnya: Buka hingga Moreh

Hampir setiap tahun kami mengadakan jamuan berbuka puasa untuk pekerja di Bahagian/Department kami. Kita berkongsi sumbangan dikalangan pekerja... Gaji sikit bayar sikit...gaji banyak bayar banyak...kalau tak cukup juga pengajur atau bos paling besar kena top up....Bermula dengan sekitar 5 orang beberapa tahun dulu, tahun ini bilangan yang mahu turut serta sudah meningkat lebih 50 orang .



Mahu makan dimana?... Tempat mesti luas ,selesa, tidak jauh dari tempat kerja, banyak juadah pilihan yang sedap, harga berpatutan tapi mengenyangkan.... dan bagi orang Islam; yang lebih penting lagi... lepas makan, mahu SEMBAHYANG atau SOLAT di mana. Dulu memang susah cari tempat Makan yang ada tempat solat. Kalau adapun bilik kecil atau terpaksa berkejar ke Surau berdekatan....




Alhamdulillah, tahun ini kami di Seremban sangat bertuah kerana ada Restoran Rakyat yang prihatin keperluan pelanggan. Pada 30 Ogos lalu kami meninjau tempat ini. Tempat ini boleh memuatkan sehingga 500 orang pelanggan pada satu masa! Ada beberapa khemah disediakan. Terletak di bangunan Persatuan Bolasepak N.Sembilan, di hadapan padang. Tempat ini dulunya juga terkenal dengan Restoran Nelayan (kini berpindah ke lokasi lain tetapi berdekatan). Ia berhampiran juga dengan Sekolah Keb Rahang.


Dengan RM 23 anda boleh pilih dan makan 70-80 jenis juadah. Ia berkonsepkan "SANTAI". Tidak cukup atau tidak puas makan semasa buka puasa? (..ops jangan curi-curi makan sebelum buka!), anda boleh pergi solat Maghrib dulu di surau khas yang luas dan selesa.


Kemudian sambung makan dan makan hingga masuk waktu Isyak. Menjelang Isyak Imam muda sudah menunggu pelanggan di surau dan Taukeh Restoren pun mengajak pelanggan untuk sama-sama solat Isyak dan Tarawikh. Selepas Tarawikh biasanya ada moreh, sekurang-kurangnya sedikit Teh tarik.....


....maaf ya tak da pula makan lagi waktu SAHUR!..
Restoran ini baru dibuka 4 bulan lalu. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi encik Aslam di 0136200022


Diseberang padang ada juga satu restoran (Wadi ar Raudah yang meyediakan buffet dgn 100 jenis hidangan, tetapi tidak mempunyai kawasan seluas Restoran Rakyat). Tahun lepas kami makan buka puasa di Raudhah...


Bagaimana pula makanan di Restoran Rakyat?....makanan rakyatlah. Macam-macam ada..Masakan kampung ada, Western ada, ala-Thai ada, bubur ada, kuih muih, daging panggang, ayam panggang, ulam, sambal, cencalok, masak lomak cili api... ikan bakar.....
Cuma...beringat lah sikit...jangan mkan terlalu banyak, nanti sakit perut...
...ok...jika berhajat, datanglah beramai-ramai, tempat yang luas dan selesa di samping tidak melupakan ibadah sembahyang.... .

Thursday, February 25, 2010

US will collapse by 2012?





This is not to scare you…
It might be just a simplistic view … but lets get some history and facts.
The Soviet union invaded Afghanistan for 10 years… They fight the Mujahideen. They gave up. Then the Soviet Union collapse; Now Soviet Union become divided state of Russia, Chechnya, Kazakstan, Turkminstan etc.
Now the United State of America has been in Afghanistan for 8 years, after the infamous 911 2001 blamed on Osama bin Laden, al Qaeda and the Taliban. Had the US won the war?. Already 8 years, 2 more years to go!… Win or loose? Survive or collapse?.
Barak Hussain Obama will have 30,000 more troops to be deployed within six months to strengthen their positions in Afghanistan.
Don’t forget, US still facing credit and financial crisis back home since Nov 2008. There is also growing disapproval on the additional budget and troops to fight in Afghan and Iraq.
US also must take care their ‘blue eye boy’ Israel which continue loosing war with Hizbollah and Hamas in Gaza and southern Lebanon.
US is working closely with the Middle East corrupted leaders especially Mahmod Abbas (PLO) and Hosni Mubarak(Egypt). Unfortunately the PLO had been severely beaten by HAMAS during the internationally monitored Palestine election. If there were a fair election in Egypt, Mr president Mubarak would also lost his seat to the ‘ban’ Muslim Brotherhood…
Now, more and more Europian leaders ( such as British MP George Galloway who lead Viva Palestina convoy http://vivapalestina.org/) are supporting Hamas in Gaza.

Remember the movie 2012Doomsday event scenarios plunging the world into chaos. Ranging from Los Angeles falling into the Pacific Ocean, cataclysmic earthquakes wreaking havoc around the globe

The movie is just a science fiction directed by Roland Emmerich. Its hard to predict that the world would be in such disaster by 2012.
But the US credit crunch is not over yet. US may heading toward Great Depression worst than 1930.
How long US can support the war on terror. How long can US spoon feed Israel fighting the Hamas and Hizbollah.
How much money can US ‘print’ to support the ailing giant automaker GM, banks and other waiting to collapse banks.

The US 'superpower' is forcing the military mighty power to the world...but the sincere 'Mujahideen' are united with ALLAH's the God, the Almighty the Most powerful...
Lets see, be prepared... who will win and who will collapse in 2012.

Thursday, February 11, 2010

Rampasan Minyak Pelincir, Minyak Gear,Minyak Brek – Semuanya Tiruan

RUJUK:
http://ondscene.my/2010/02/07/rampasan-minyak-pelincir-minyak-gearminyak-brek-semuanya-tiruan/

..Saya guna kereta Proton lama (lebih 18 tahun)... minyak pelincir cepat habis,.. entah kat mana bocor, jadi saya sentiasa beli Minyak Pelincir PALING MURAH... tapi beli kat Stesyen Petronas...Pernah juga beli minyak pelincir mahal dari AMWAY... tak de beza pun...
Kawan saya lagi best... dia guna minyak 'Fully organic'... minyak masak (minyak kelapa sawit)... pun ok je kreta Proton Wira dia..

Malaysia veering towards instability, says PERC

By Lee Wei Lian


KUALA LUMPUR, Feb 10 — Events since New Year’s Day have given the Hong Kong-based Political and Economic Risk Consultancy (PERC) the impression that the situation in Malaysia is becoming increasingly unstable.

In a blistering report on Malaysia released at the end of January, PERC also asserted that a group of elite minorities were dominating the national agenda to the extent that it was hurting Malaysia’s attractiveness to investors.

The consultancy, which also publishes reports on the risk ratings of other Asian countries, said it is “probable” that no other Asian country is suffering from as much bad press as Malaysia. Among the developments that caught its attention were the theft of military jet engines, detention of terror suspects from a number of African and Middle East countries following warnings that Islamic militants were planning attacks on foreigners at resorts in Sabah, renewed ethnic and religious “violence” that included arson at some churches and desecration of mosques, and controversy over the integrity of key institutions like the judicial system in the sodomy trial of opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Events of the past month give the impression that pressures are building and the entire situation is becoming much more unstable,” said PERC.

The report noted that the government is blaming the international media for exaggerated reporting and Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had argued that the focus should not be on the fringe groups that are causing problems but on the majority of Malaysians who are coming together to condemn the recent acts of violence following the ‘Allah’ controversy. But PERC maintained that the root of the problem was a vocal minority that is dominating the national agenda.

“Mr. Razak’s attempt to put the best spin on a bad situation is understandable. He is fighting for his political life and is trying to stop the erosion in confidence in Malaysia’s prospects,” said PERC. “However, he is wrong in saying that Malaysia is being defined by the way the majority of the population are coming together. It is being defined by the ability of a minority to dominate the political agenda, shaping policy and compromising the reputation of key institutions in ways that hurt Malaysia’s reputation as a stable, attractive place for foreign investors.”

The report also said that while Islamic activists which are “threatening Malaysia’s secular credentials” are getting the widest coverage, it was the Umno elites, described as “a fringe group of insiders who have been able to profit disproportionately from the policies of the ruling coalition” that deserved the most attention.

“They are threatened with a loss of political power that could also impinge directly on their substantial business interests. Malaysia’s future will be determined largely by the tactics this group of insider elites resort to in order to stay in power and the success of those tactics. Their commitment to democracy is a major question mark. If they blatantly manipulate the system in order to remain in power, the public backlash could be worse than anything Malaysia has seen in its modern history.”

PERC added Najib’s strategy is looking “increasingly unworkable” as a way to defuse pressures in the country.

“He is trying to be all things to all people, but in the end he might satisfy no one,” it noted.

Malaysia’s risk index as calculated by PERC rose slightly from 5.24 out of a possible maximum score of 10 in December to 5.4 in January. It however, remained well below the risk index in January last year which stood at 6.42. Countries that score higher on the index are deemed to have a higher level of risk.

The PERC report comes as the Najib administration is grappling with a budget deficit and is trying to formulate a new economic model in which private investment plays a bigger role in driving the economy towards developed status.

The consultancy pointed out however that even if the opposition were to be in charge come the next election, foreign investors and others would wait and see if the opposition could govern the country effectively.

“So far the only thing uniting these (opposition) parties is their opposition to the ruling coalition, not matters like dealing with Malay entitlements, the extent that there should or should not be a broader Islamisation of Malaysia, or an economic program for promoting the country’s development,” said PERC.

PERC maintained in its report that foreign investments into Malaysia have not been forthcoming, either in direct form or in the equity markets.

“Foreign companies and investors are remaining cautious until they see how Malaysia gets its own house in order,” it added.