Monday, August 24, 2009

Tanam stump gaharu lebih mudah tumbuh











Satu lagi cara yang agak murah untuk mendapatkan benih gaharu ialah menanam "stump" atau pangkal gaharu. Stump adalah anak gaharu (dalam contoh dalam gambar sudah berusia 2 tahun) yang dicabut, potong sekitar 15cm panjang, buang daun dan bersihkan tanah dari akar. Ini hampir sama dengan pokok yang kita cabut di hutan dan tanam semula. Cuma bezanya dipotong pendek dan dibuang akar untuk mudah di pos/eksport. Kemudian peladang menanam semula dalam beg poly/plastik. Tutupan atau serkup plastik itu adalah untuk mengekalkan kelembapan agar daun cepat tumbuh semula. Dibiarkan dalam serkup selama 2 bulan. Satu kelebihan stump ini ialah ia dijangka lebih cepat berhasil, kerana ia telah berusia 2 tahun...cuma kalau nak jual semula benih ni mungkin orang tak percaya sebab pendek/rendah sangat..he..he.

SETAHUN KEMUDIAN... (updated 11 Sept 2010)...
Nampak subur kan... Satu lagi projek pertanian tepi rumah....

Sepatutnya saya dah lama tanam pokok gaharu ni....tapi kesempatan waktu dan aral melintang, pokok-pokok ini masih ada di semaian, Setinggi antara 1-2 kaki.

Ada juga kawan beli dalam 10-20 pokok..

Ada cadang nak ditanam di kampung (tanah keluarga) di Selangor atau Kedah...pun ada saja yg tak kena...
Tak pasti...dari 1000 pokok...berapa yg masih hidup...mungkin 500...
OK...sesiapa berminat nak beli anak benih ni boleh email kat saya (misri_on@yahoo.com)
Harga...Rm 3- 4 ringgit setiap satu... boleh runding. Jika di Seremban saya boleh terus hantar..




















No comments:

Post a Comment