Thursday, August 20, 2009

BUKAN MUDAH TANAM GAHARU…



Assalamu'laikum dan salam sejahtera.

Selamat menyambut Ramadahn yang mulia. saya terlebih dahulu MEMOHON AMPUN DAN MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmatiAllah S.W.T, Insyaallah.


Ramai orang bercerita tentang jutawan gaharu. Tetapi bukan mudah dan bukan murah projek gaharu. Satu pokok benih gaharu sekitar RM 8-10. Jika kita mahu tanam 1000 pokok untuk 1-2 ekar mesti ada RM lebih 10ribu utk benih saja, belum upah tanam, upah baja lagi. Nanti bila mahu suntik, itu cerita lain 5 tahun akan datang..Setiap poko RM500-1000, maka jika ada 1000 pokok kita perlu RM 500 ribu ke SATU JUTA RINGGIT (Ikuti tulisan Dr Rusli Yakob; Gaharu-duit ada di atas pokok)


Oleh itu kepada rakan-rakan yang inign menceburkan diri dalam projek gaharu ini, berhati-hatilah. Cuba cari jalan untuk mengurangkan kos, jadikan ia semurah mungkin. Contohnya jika orang mencari benih gaharu yang dah 4 kaki (RM8-10), kita cuba cari "Biji benih gaharu". Memang kawasan tropika spt Malaysia, India, Thailand dan Borneo banyak pokok gaharu. Pokok gaharu hutan memang sudah berkurangan, tetapi anak benih tentu masih ada.

Biarlah saya mulakan dengan menyemai biji gaharu di tepi rumah, bila dah banyak nanti baru pindah ke kebun. Alhamdulillah saya dapat setengah kilo (sekitar 1500) biji dari kawan yang import dari Thailand, jenis sub integra. 1500 biji ni pun kami kongsi 5 orang. Hasilnya seperti gambar berikut.

Ini biji benih gaharu jenis Sub integra yang saya semai sebulan yang lalu. Saya tabur 400 biji, malangnya hanya 3 pokok yang bercambah hidup, atau tak sampai 1% . Rakan-rakan saya yang lain pun mengalami nasib yang sama. Mungkin kami simpan benih dalam peti ais terlalu lama atau tanah semaian yang tidak sesuai..he..he

Saya mengadu kepada penjual benih dan melawat tapak semaian beliau. Nampaknya semaian beliau lebih baik dan lebih subur, dengan peratusan tumbuh lebih tinggi seperti gambar berikut.

Pembekal ni menggunakan tanah campuran sabut yang lebih lembut.
Kelihatan juga dalam gambar, biji benih gaharu berwarna hitam yang tidak atau belum tumbuh.

Khabarnya jika menggunakan sekam padi, hasil akan lebih baik... namun biasanya sukar melebih 50% percambahan.
Jadi kepada pembaca yang ada stok bekalan biji gaharu atau mahu berkongsi membeli dan mencuba menanam biji benih, bolehlah sama-sama kita berkongsi pengalaman.

Wallahu'alam, kita akan terus belajar dan mencuba di samping berdoa sehingga berjaya.

Sekali lagi, Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina.

2 comments:

  1. assalamualaikum sahabat, selamat menyambut RAMADHAN KARIM...
    memang banyak kemungkinan yang timbul bila cuba mendapatkan biji benih gaharu sampai menanamnya dan menunggu hasilnya,,, banyak pendapat mengatakan ia tergantung pada rezeki seseorang. persediaan awal mesti membuat kajian dulu, biji benih gaharu biasanya dikumpul mengikut musim (disember) kalau biji benih yang sudah jauh dari musimnya, tidak mustahil akan rosak. ini pendapat dr hasil pengalaman saya http://gaharulimbang.blogspot.com
    moga dapat berkongsi maklumat gaharu pada masa akan datang. wassalam

    ReplyDelete
  2. penyelesaian dalam masalah penanaman biji gaharu, penanaman gaharu tanpa tanah dalam polybag, pengiraan inokulan untuk pokok gaharu, dapatkan info percuma di http://gaharusarawak.blogspot.com

    atau call saya mr adi 0138494242

    ReplyDelete