Sunday, November 28, 2010

Kunjungan ke MAHA 2010

MAHA International 2010 (26 nov-5 dis )

MAEPS, Serdang, boleh lawati secara maya di http://www.mahaexpo2010.com/


Saya berkesempatan melawat singkat semalam 27Nov, sekitar jam 2-6pm.

Parkir/parking.. memanglah masalah, parkir sebelah highway, jalan jauh..tapi alhamdulillah ada bas dan tram untuk pergi dari satu tempat ke tempat lain.

Antara laluan teduh yang menarik dengan buah-buah petola, labu, gambas dll bergantungan.

Cuaca mulanya panas tapi hujan sekitar 3pm... susah jugalah nak jalan-jalan ditempat terbuka, terpaksa cari payung...

Saya cuba cari info tentang ikan... malangnya agak kurang 'gerai ikan'. Lihatlah 3 gambar di bawah..lengang kan? tak cukup pengunjung atau tak cukup ikan.. Ikan keli pun tak jumpa.. yang adapun tengah dihidangkan atau dibungkus sebagai keli salai!













Yang banyak ada ialah ikan hiasan dan ikan dalam sangkar/tasik.











Juga beberapa contoh produk berasaskan ikan..sadin, keropok, bebola ikan...









Seronok pula tengok sistem pelihara ikan RAS: guna bio filter, ozon cleaner dan seumpamanya yg menjimatkan tempat dan air...cuma kos permulaan agak tinggi sekitar RM30-90 ribu utk kawasan seluas 20 X 70 kaki.










Sayapun baru tahu tentang sistem RAS ni... Ini macam kilang ikan (hidup), tak perlu tanah yang luas...Boleh ternak di rumah kedai atau tepi rumah. Pekerja pun tak perlu ramai... tapi anak(ikan) memang ramai/banyak dan padat...

Utk maklumat lanjut tentang sistem RAS dan pembersihan ozon ni boleh rujuk antaranya...
http://wakleleonline.blogspot.com/ ,




Ikan keli, ikan sembilang atau 'iwak lele' masih belum kutemui, malah pegawai perikanan yang mengendali sistem RAS ini mengatakan anak benih "Ikan keli" tidak sesuai guna sistem RAS kerana ikan keli hidup baik sekitar 6 inci hingga 1 kaki sahaja. Sistem RAS ni dalamnya sehingga 3 kaki menyebabkan anak ikan keli akan lemas... Ikan air tawar seperti tilapia amat sesuai kerana ia suka 'aliran air' walaupun tangki yang dalam asalkan air bersih dan cukup oksigen... ikan tilapia tidak suka duduk diam! ... ok... cari buku, balik rumah belajar lagi..


Seperti biasa anak benih seperti orkid sentiasa mendapat perhatian. Tetapi kerana cuaca yang tidak menentu dan kesuntukan masa... tidak sempat untuk beli walau sekuntum atau sepasu..


Expo di Dewan A,B,C menawarkan pelabagai masakan, rempah, kek, coklat dll. Juga pertunjukan mesin pertanian..boleh rasa sampel makanan sampai kenyang; air buah, kek lapis Sarawak, coklat, keropok dll..



Sempat juga berkunjung ke rumah-rumah negeri: K'tan dan Negeri Sembilan.. Di rumah Negeri Sembilan berjumpa dgn en Yusoff drai Jabatan perikanan Port Dickson yg kebetulan tinggal se Taman (perumahan)di Seremban. Insya Allah nanti boleh boncang lagi tentang perikanan...


Bagi yang belum berkunjung, jangan lepaskan pelung (2 tahun sekali) ini... Maaf itulah sedikit yg sempat saya kongsikan...

No comments:

Post a Comment