Jika orang orang Arab bertanya:
Hal Anta Misri? Ia boleh membawa dua makna... Adakah anda orang Mesir atau Adakah anda bernama Misri,
... Kita boleh jawab ... Naam ana Misri (Ya saya dari Mesir) atau boleh jadi Betul Saya (bernama) Misri.
Boleh juga jawab... Laa ana min Malizi ...atau ana min Jawwi (Saya dari Malaysia atau Saya dari Jawa)
Hal takallam 'arabiyy... (adakah anda boleh berbahasa Arab?) 'Arabiyy Masri? (Bahasa Arab Mesir?) ... Qaliilan (sdikit) atau ' Shuai- Shuai' (sedikit-sedikit dalam slang Arab Mesir)..
(maaf jika sedikit bahasa Arab itu tidak betul kerana memang saya tidak pandai Bahasa Arab)
Itu sedikit sebnyak kelucuan orang yang bernama Misri tetapi bukan dari Mesir...
Saya tidak pernah ke Mesir...paling dekat pun ke Saudi Arabia. Tapi sedikit sebanyak ada juga berkawan atau berjumpa orang Mesir atau pelajar Malaysia di Mesir.
Memang sebagai orang Islam kita sangat digalakkan belajar Bahasa Arab.. tapi masih merangkak lagi, belum benar-benar serius memahami bahasa al Quran ini.
Saya menulis ini, sebagai mengenang, simpati, berdoa dan menyokong saudara-saudara seagama atau seketurunan(Adam) yang menghadapi dugaan, berhadapan dengan Presiden Hosni Mubarak yang belum enggan meletak jawatan.
Alhamdulillah sejak akhir-akhir ini manusia semakin berani menentang pemimpin yang zalim, walaupun pemimpin tersebut mendapat sokongan Amerika dan Israil. Apa yg berlaku di Negara Arab sebulan dua ini, bermula dengan kejatuhan Ben Ali di Tunisia dan sekarang di Mesir. Begitu juga berlaku demonstrasi di Jordan dan Yaman. Kita diberi peluang memahami lebih dekat apa yang berlaku di negara-negara umat islam itu.
Baru kita tahu 40% rakyat Mesir hidup di bawah kemiskinan dengan pendapatan kurang dari US 2 (RM6) sehari... Kenapa begitu miskin sekali negara Mesir, sedangkan ia mempunyai bumi yang sangat subur di Lembah Sungai Nil?... kenapa Mesir sangat mengharap bantuan Amerika untuk "survive" dengan bantuan makanan (gandum)... Kenapa setelah perjanjian damai Camp David (1979?) petani Mesir lebih banyak menanam kapas dari gandum?
Mesir menutup sempadan Rafah yang menghubungkan Gaza di Palestin dan membiarkan saudara Islam ditindas Israel...
Bukan saja suara Islam spt Ikhwanul Muslimun(IM)/Muslim Brotherhood (MB) mereka tekan, ulama ditangkap dan dipenjarakan, lebih dari itu suara Demokrasi (yang diagungkan barat) pun ditiadakan... Pilihanraya hanyalah wayang.
Malah awal-awal lagi Washington telah memberi amaran..."Kita tidak mahu islamist"...Pilihanraya bebas akan memenangkan Islamist, sebagaimana Pilihanraya bebas telah memenangkan Hamas di Palestin dan FIS di Algeria. Amerika bukan saja membekal makanan malah membekalkan senjata dan bantuan ketenteraan kepada Mesir (sebagai balasan atas keakraban Mesir dengan Rejim Zionis Israil).
Mereka tidak mahu golongan Islam menguasai Terusan Suez di utara Africa; Sudan,Tunisia, Mesir, Turki, Libya, Somalia, Iran.... Apa akan jadi jika laluan perdagangan ini semuanya dikuasai olah pemimpin dan Negara yang tidak mahu tunduk kepada agenda Amerika dan Israil?....
Berbalik kepada isu Makanan dan Ekonomi. Ini menjadi pengajaran kepada kepada umat Islam, agar tidak terlalu bergantung kepada import atau bantuan makanan dari musuh. Seharausnya negara kita mempunyai bekalan makanan yg mencukupi. Amerika dan Jepun memberikan subsidi yg tinggi kepada petani utk mengusahan ladang gandum dan sawah padi.
K'jaan Malaysia dan negara lain juga memberi subsidi baja... tetapi hasil beras negara kita masih tidak mencukupi. Keluasan sawah pula makin berkurangan, diganti dengan kawasan perumahan atau diganti dengan tanaman sayur dan 'buah Naga!'...
Kebun sawit dan getah kita gantikan dengan kilang Coca Cola...
Lagu Blues Gang...Motong gotah..apo nak dikato.. pun dah kurang relevan....kerana 'kobun gotah dah buek kilang Coca-cola'..
Keduanya, isu kefahaman Islam dan keimanan... Orang Palestin di Gaza memberi sokongan penuh kepada Hamas walaupun hidup mereka susah. Kenapa? ... kerana mereka pentingkan keimanan.. Semakin ramai hafiz Quran di sana. Mereka seronok tinggal di Gaza, berhadapan dengan Israil kerana mudah mendapat 'syahid' di jalan Allah....
kita bagaimana?
Ma'as salamah..Ila liqa.. semoga bertemu lagi..
Hal anta Misri?...Laa ana min malizi, wa laa kin ismi Misri
No comments:
Post a Comment