Monday, August 24, 2009

Promosi daging segar Brahman





Rakan dan Taulan,Bersempena dengan Ramadhan dan Syawal.. saya ingin promosikan daging brahman untuk kegunaan masakan untuk berbuka puasa atau sahur dan juga lauk pauk untuk idilfitri.kalau tuan nak bersedekah, kami ambil serta hantarkan ke alamat yang berkenaan.Kesemuanya adalah daging segar dan disejuk dingin(chilled). Kalau nak buat satay, saya syorkan daging potongan slice. Penghantaran boleh diuruskan dengan bayaran yang amat minima, Klang Valley, N9 dan sehingga Melaka Tengah. Johor-Kluang dan Segamat. Kalau nak bawa balik, kami akan bungkuskan untuk perjalanaan. Jangan risau..Amat mudah, tidak payah berebut-rebut untuk dapatkan daging yang bermutu pada harga yang terbaik.sekian,



wassalam.






amirhamzah karim [ktps@rocketmail.com]

Tanam stump gaharu lebih mudah tumbuh











Satu lagi cara yang agak murah untuk mendapatkan benih gaharu ialah menanam "stump" atau pangkal gaharu. Stump adalah anak gaharu (dalam contoh dalam gambar sudah berusia 2 tahun) yang dicabut, potong sekitar 15cm panjang, buang daun dan bersihkan tanah dari akar. Ini hampir sama dengan pokok yang kita cabut di hutan dan tanam semula. Cuma bezanya dipotong pendek dan dibuang akar untuk mudah di pos/eksport. Kemudian peladang menanam semula dalam beg poly/plastik. Tutupan atau serkup plastik itu adalah untuk mengekalkan kelembapan agar daun cepat tumbuh semula. Dibiarkan dalam serkup selama 2 bulan. Satu kelebihan stump ini ialah ia dijangka lebih cepat berhasil, kerana ia telah berusia 2 tahun...cuma kalau nak jual semula benih ni mungkin orang tak percaya sebab pendek/rendah sangat..he..he.

SETAHUN KEMUDIAN... (updated 11 Sept 2010)...
Nampak subur kan... Satu lagi projek pertanian tepi rumah....

Sepatutnya saya dah lama tanam pokok gaharu ni....tapi kesempatan waktu dan aral melintang, pokok-pokok ini masih ada di semaian, Setinggi antara 1-2 kaki.

Ada juga kawan beli dalam 10-20 pokok..

Ada cadang nak ditanam di kampung (tanah keluarga) di Selangor atau Kedah...pun ada saja yg tak kena...
Tak pasti...dari 1000 pokok...berapa yg masih hidup...mungkin 500...
OK...sesiapa berminat nak beli anak benih ni boleh email kat saya (misri_on@yahoo.com)
Harga...Rm 3- 4 ringgit setiap satu... boleh runding. Jika di Seremban saya boleh terus hantar..




















Thursday, August 20, 2009

BUKAN MUDAH TANAM GAHARU…



Assalamu'laikum dan salam sejahtera.

Selamat menyambut Ramadahn yang mulia. saya terlebih dahulu MEMOHON AMPUN DAN MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmatiAllah S.W.T, Insyaallah.


Ramai orang bercerita tentang jutawan gaharu. Tetapi bukan mudah dan bukan murah projek gaharu. Satu pokok benih gaharu sekitar RM 8-10. Jika kita mahu tanam 1000 pokok untuk 1-2 ekar mesti ada RM lebih 10ribu utk benih saja, belum upah tanam, upah baja lagi. Nanti bila mahu suntik, itu cerita lain 5 tahun akan datang..Setiap poko RM500-1000, maka jika ada 1000 pokok kita perlu RM 500 ribu ke SATU JUTA RINGGIT (Ikuti tulisan Dr Rusli Yakob; Gaharu-duit ada di atas pokok)


Oleh itu kepada rakan-rakan yang inign menceburkan diri dalam projek gaharu ini, berhati-hatilah. Cuba cari jalan untuk mengurangkan kos, jadikan ia semurah mungkin. Contohnya jika orang mencari benih gaharu yang dah 4 kaki (RM8-10), kita cuba cari "Biji benih gaharu". Memang kawasan tropika spt Malaysia, India, Thailand dan Borneo banyak pokok gaharu. Pokok gaharu hutan memang sudah berkurangan, tetapi anak benih tentu masih ada.

Biarlah saya mulakan dengan menyemai biji gaharu di tepi rumah, bila dah banyak nanti baru pindah ke kebun. Alhamdulillah saya dapat setengah kilo (sekitar 1500) biji dari kawan yang import dari Thailand, jenis sub integra. 1500 biji ni pun kami kongsi 5 orang. Hasilnya seperti gambar berikut.

Ini biji benih gaharu jenis Sub integra yang saya semai sebulan yang lalu. Saya tabur 400 biji, malangnya hanya 3 pokok yang bercambah hidup, atau tak sampai 1% . Rakan-rakan saya yang lain pun mengalami nasib yang sama. Mungkin kami simpan benih dalam peti ais terlalu lama atau tanah semaian yang tidak sesuai..he..he

Saya mengadu kepada penjual benih dan melawat tapak semaian beliau. Nampaknya semaian beliau lebih baik dan lebih subur, dengan peratusan tumbuh lebih tinggi seperti gambar berikut.

Pembekal ni menggunakan tanah campuran sabut yang lebih lembut.
Kelihatan juga dalam gambar, biji benih gaharu berwarna hitam yang tidak atau belum tumbuh.

Khabarnya jika menggunakan sekam padi, hasil akan lebih baik... namun biasanya sukar melebih 50% percambahan.
Jadi kepada pembaca yang ada stok bekalan biji gaharu atau mahu berkongsi membeli dan mencuba menanam biji benih, bolehlah sama-sama kita berkongsi pengalaman.

Wallahu'alam, kita akan terus belajar dan mencuba di samping berdoa sehingga berjaya.

Sekali lagi, Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina.

Wednesday, August 19, 2009

Gambar-gambar sekitar Expo di ambang Ramadhan


Gerai-gerai jualan.

Gambar Jumaat Malam sabtu 14 Ogos 2009. Tayangan video Palestin. Wanita dan kanak-kanak menonton sambil santai berehat dan bermain di kolam air pancut Dataran senawang.




Ini pula gambar pada hari Ahad Malam 16 Ogos. "Teater Menunggu Kata Dari Tuhan Dari Hadis Muslim" Dilakonkan Oleh Sabri Yunus, Diiringi Gesekan Biola Oleh Sani Sudin (Kopratasa). Juga dipaparkan melalui layar besar.

Thursday, August 13, 2009

Expo diambang Ramadhan bermula Lepas Jumaat 14Ogos


Seremban, 13 Ogos2009.Expo diambang Ramadhan akan bermula Lepas Jumaat 14Ogos.
Para peniaga&Peserta Expo akan mula memasuki gerai petang 14 Ogos selepas solat Jumaat.
Demikian SMS yang saya terima dari En Husaini, Urusetia Expo.
Ini bermakna Para pengunjung sudah boleh mula datang petang atau malam esok.

ATURCARA PROGRAM adalah seperti berikut
JUMAAT 14 OGOS 2009
9.00PM -11PM TAYANGAN VIDEO PALESTIN
SABTU 15 Ogos 2009
* KHIDMAT NASIHAT GUAMAN Percuma 9 am – 4 pm
* Pertandingan BOLASEPAK JALANAN 9 am - 11 am
* Pertandingan Rekacipta ROKET AIR 11 am – 12 pm
* KURSUS KELUARGA CEMERLANG 9 am – 1 pm
* KURSUS PELAJAR BISTARI 2 pm – 6 pm
* TAZKIRAH CINTA bersama Radhi Ex-Vokalis Rock Band Melissa yang popular dengan lagu “Cinta Untuk Nabila”
* SOLAT MAGHRIB , QASIDAH : Briged Amal Islami Gemencheh 7 – 9 pm
•FORUM PERDANA 9 – 12 pm Ramadhan : Hadirmu Dinanti, Pergimu Ditangisi
(Ust. Khusairi, Ustazah Nik Norseha Nik Mat & Ust. Norazman)
AHAD 16 Ogos 2009
* PEMERIKSAAN KESIHATAN Percuma 9 am – 1 pm
* PERTANDINGAN HAFAZAN 9 am – 1 pm
* PERTANDINGAN BUSANA MUSLIM 9 am – 1 pm
* PERTANDINGAN MEWARNA 9 am – 1 pm
* KURSUS RAWATAN ALTERNATIF 10 am – 1 pm
Kursus mengesan dan rawatan alternatif: Herba, senaman, urutan accupressure dll (DIY - Do it yourself) penyakit kritikal
* EXPLORACE MINDA 10 am – 11 am
* PERTANDINGAN MOTOSIKAL PERLAHAN 5 pm – 6 pm
*Teater Menunggu Kata Dari Tuhan Dari Hadis Muslim. Dilakonkan Oleh Sabri Yunus (Diiringi Gesekan Biola Oleh Sani Sudin (Kopratasa). * Konsert Nasyid “Malam Seribu Bintang” 9 pm – 12 pm

Tuesday, August 11, 2009

Bekam lintah dari PELINTAH Negeri Sembilan



Bekam lintah dari PELINTAH dan KUAT(Koperasi Usahawan Asas Teknologi Negeri Sembilan)
TEMUI KAMI di Expo di Ambang Ramadhan, Dataran Senawang, Seremban
(Belakang Restoran Mc Donald, dekat Giant) 14-16 Ogos 2009
PERSATUAN USAHAWAN INDUSTRI LINTAH MALAYSIA (PELINTAH) 1909-08-WKL
D/A : NO. 28, ARAS 1, JALAN S2 D39, SEREMBAN 2 CITY CENTRE, 70000 SEREMBAN 2, NEGERI SEMBILAN
NO. TEL / FAX : 06-6016146 EMAIL : pelintahN9@gmail.com

Jenis Jenis Penyakit Yang Boleh Dibekam
Resdung, Stress, Gout,
Darah Tinggi, Darah Rendah,
Kencing Manis, Sakit Lutut/Sendi,
Bengkak Anggota Badan,
Barah Buah Dada, Senggugut,
Kebas Kebas Anggota Badan,
Sakit Belikat, Sakit Betis,
Sakit Lutut, Bengkak, Bisul,
Buang Darah Kotor, Sakit Kusta
Jerawat Muka & Badan







Sunday, August 9, 2009


TERAPI LINTAH SEMPENA EXPO DI AMBANG RAMADHAN
Maklumat Lanjut Hubungi Nordin 017-2934482

Tarikh : Sabtu – Ahad , 14 - 16 Ogos 2009
Tempat : Dataran Senawang

JANGAN LUPA..terapi lintah dari PELINTAH Negeri Sembilan

Dari http://yam-ns.blogspot.com/
JUGA
PELABAGAI ACARA MENARIK – Semua Dijemput Hadir

* Teater dari Hadith Nabi bersama pelakon Sabri Yunus
* Forum Perdana
* Persembahan Nasyid
* Tazkirah CINTA
* Kursus Keluarga Cemerlang
* Kursus Pelajar Bistari
* Kursus Rawatan Alternatif
* Pemeriksaan Kesihatan Percuma
* Khidmat Nasihat Guaman Percuma
* Rawatan Alternatif (Bekam & Refleksologi)
* Explorace Minda
* Pertandingan Bolasepak Jalanan
* Pertandingan Rekabentuk Roket Air
* Pertandingan Motosikal Perlahan
* Pertandingan Hafazan Pra Sekolah
* Pertandingan Busana Muslim Pra Sekolah
* Pertandingan Mewarna Pra Sekolah
* Gerai dan Pameran
* Jualan Amal

Anjuran Bersama :
1. Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com/
2. Pusat Khidmat Dun Paroi http://mohdtaufek.blogspot.com/
3. Jamaah Islah Malayisa N.Sembilan http://www.jim.org.my/
4. PASTI Negeri Sembilan http://www.pastin9.net/
5. Unit Amal Negeri Sembilan http://unitamaln9.blogspot.com/
6. Kelab AMAL NS http://amal-ns.blogspot.com/
7. Surau Taman Alamanda

Chemistry and Agriculture

Assalamu'laikum and Salam sejahtera.

I've been working in Electronic company, but I'm a chemistry back ground and working in the Chemical section of the company. With the up down yo yo of the electronic bussines, I'm starting to re-learn agriculture which I used to do when I was a kid. Furthermore my son has started going to College and have difficulties to get scholarship.
Now I have a small "Leech pond", small Mushroom house and the latest 1000 small agarwood trees. I'ts more on experimental.
My Leeches are still alive, but I havent sell any!Some growing and some are dying.
The mushrooms are rather easy..Now I can have fresh 'grey oyster' every day and my family only eat self grown mushroom. If there are extra mushroom we could sell it at Rm10/kg..rather good price, but we only have small stock about 2-3kg/week.
My Agarwood/Gaharu..just started about a month. I got some agarwood 'stumps' and replanting in polybag...now small leavs start to come up. Havent really decided either to sell these seed or plant it in my family land in Kampung/village. The problem is...who can take care in the Kampung...200km away! My brothers and sisters(though living in Kampung) but there are, teacher, mechanic and small bussinesman/women...not really interested in agriculture...
A bit funny...I'm in Town with very small piece of land but very interested in going back as a farmer. But my siblings with a lot of 'unutilised' land ..they don't like farming...what a strange world.