Banyak masjid mengadakan Solat Gerhana awal pagi 1 Januari, terutama di Indonesia dan beberapa masjid di Malaysia.
Rujuk http://waghih. blogspot. com/2009/ 12/jom-solat- gerhana-sedekah- malam-tahun. html
Sejak Tsunami 2004 Tahun baru disambut agak sederhana. Bukan saja timbul sedikit keinsafan pasca Tsunami, keadaan ekonomi yang tidak menentu juga membuatkan penduduk dunia lebih prihatin. Ini dihantui pula dengan filem 2012...Kiamat hampir tiba?. Apakah kita akan menyambut Tahun baru 2010 untuk menantikan tahun depan yang semakin muram dan meninggalkan zaman gemilang dan terbilang.
Dulu kita dihimpit dengan harga minyak yang melangit tinggi. Kemudian harga minyak menjunam jatuh seiring pasaran saham. Industri minyak Petronas yang selama ini menjadi penyumbang besar bujet negara kini mengalami penyusutan keuntungan secara mendadak, sehingga bujet 2010 yang dibentang nyaris tertolak di Parlimen.
Semua kekalutan ini menjadi latar belakang yang sangat kompleks tahun baru 2010. Kita belum lagi bercerita tentang berkecamuknya dunia, kerakusan kuasa besar tentera dan ekonomi, Penindasan rakyat Palestin, Afghanistan dan Iraq. Dan yang terdekat di Asia Tenggara: pembunuhan di Wilayah Islam Selatan Thai dan Mindanau serta bencana alam gempa bumi dan letupan gunung berapi.
Itu belum lagi memikirkan gejala sosial seperti jenayah ragut, rogol, culik dan samun yang tidak dapat diselesaikan dengan pemasangan cc TV atau tambahan anggota polis di setiap negeri.
Apakah ini semua sekadar putaran sejarah seperti teori biologi: Ketamadunan seperti hidup manusia, lahir, membesar, berjaya,tua lalu mati.... apakah tamadun dunia sudah berada pada fasa tua menanti mati.
Bagi Muslim: ini semua adalah Sunnatullah, ketentuan Allah, jika manusia mengikut sunnah atau peraturan Allah, insya Allah keamanan dan rahmat akan turun. Sebaliknya jika kita mahu melawan ketentuan dan peraturan Allah, merosak dan mencemar alam serta membuat kerosakan... tunggulah balasan Allah.
Kita pun sedar banyak larangan Allah yang kita langgar dan banyak suruhanNya yg kita tinggalkan. Betulke begitu?
Begitu agaknya Allah memberikan pengajaran kepada kita: Gerhana bulan sempena Tahun Baru 2010, bukan sekadar untuk ditakuti tetapi untuk diinsafi.
No comments:
Post a Comment