1993; Pertama kali saya ke Singapura – Keretapi Tanah Melayu/KTM terus ke Tanjung Pagar.. Urusan kerja bersama kawan Melayu yang berasal dari Singapura. Kawan saya ini masih mempunyai ibu dan rumah (ingat flat tingkat 10++) di Holland Ave.
1994. ke 2; Malaysian Airline. juga urusan kerja bersama seorang Saintis dari Jerman.
2004::..24 Dis …Ini saya tak lupa, sehari sebelum Hari Natal/Christmas.. sungguh meriah suasana memebeli belah di Orchard Street . Namun 26 Dis 2004, Tsunami Melanda... teringat kembali kisah Singapura dilanggar todak.
Selepas itu, hampir tak pergi langsung....
Tetapi ejak Sept 07, hampir setiap bulan saya menyeberang Tambak Johor, sama ada dgn bas ke Arab Street atau Keretapi Tanah Melayu. Dulu pernah juga menaiki MAS tapi belum cuba tambang murah Air Asia.
Biasanya keretapi mengambil masa 8 atau 9 jam. Bertolak 11 malam di Seremban dan sampai 8 pagi di Tanjung Pagar. Boleh mandi dan minum pagi di Stesen..dan terus jalan-jalan dan selesaikan urusan. Lewat malam ambil kereta api KTM lagi untuk pulang ke Seremban.
Suatu hari nasib kurang baik. Ada ganguan landasan tergelincir...bertolak 11 malam ini...3 petang esok baru sampai..sejak itu saya tak naik keretapi lagi..
Antara tempat yang suka dilawati ialah Masjid lama lagi popular iaitu Masjid Sultan. Di sekitarnya terdapat banyak kedai makan muslim, juga menjual pakaian serta cenderamata
Suara Azan Zohor Masjid Sultan masih jelas berkumandang kedengaran semasa menikmati Nasi Bryani di Victoria Street.. . Jika ingin mencuba masakan Melayu carilah Restoran Hjh Fatimah, juga tidak jauh dari Msjid Sulatan... Jalan Pisang kalau tak silap.
Jika mahu shopping sampai pagi..pergilah ke Gedung Mustafa Center di Little india..
Ada 2 jalan agak pelik bunyinya...satu bernama Jalan Kerbau dan satu lagi Buffalo Rd....jalan yang berlainan.
2 Oktbr08 @ 2 Syawal 1429 Hijrah saya ke S'pura lagi. 2 hari sebelum itu (30 Sep 08) S'pura kehilangan S Jayaratnam 82, satu-satunya insan yg benar-benar berani menentang 'diktator? PAP' Lee Kwan Yew 85 yg sdg sakit tenat. Aku dan otak kiri kananku kembali mengecamukkan "antara 'demokrasi terhad' Singapura yg maju vs demokrasi 'total' Mayasia, Thailand, Indonesia, Filipina atau India yg bekecamuk tercari-cari erti sebenar demokrasi yg kurang membawa kemajuan'.
Ketika menyusuri pagar Masjid An Naem Huagong dlm samar lampu jalanan menjelang Subuh, kelihatan deretan bendera kecil berlambang bulan sabit di samping lima bintang berbucu lima menghiasi masjid, mungkin sempena sambutan Syawal. Kusangka itulah bendera Islam atau bendera khas Masjid.
Namun bila hari semakin cerah, baru ku sedar bendera itu adalah bendera Singapura: berlatar merah putih bagai bendera Rep Rakyat China. Tidak apa: mungkin bulan dan 5 bintang itu juga ada pengaruh Islam. Ya al kisah hikayat di zaman Wali Songo pernah menyebut Raja Singapura yg sombong telah membunuh seorang Ulama atau wali Allah, ...lalu Allah mengutus todak melanggar pulau Temasik/Singapura itu...tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Pulau kecil ini pernah mejadi sebahagian Negara Islam Melaka, Johor dan sebahagian dari jajahan takluk Khilafah Uthmaniyah Turki. Tidak mustahil, berkat kesungguahan aktivis dakwah di sana, insya Allah pulau Temasik yg maju ini akan kembali kepangkuan Islam.
Saya pernah bebrapa kali berbuka puasa Ramadhan di masjid seperti Masjid Kasim bersama masyarakat Melayu atau Islam. Masih meriah..kadang-kadang lebih meriah dari di Malaysia. Tidak banyak masjid malaysia yang mengadakan majlis buka puasa setiap hari.. kalau adapun jika ada jemputan YB atau menteri ...
Menjelang petang, tiba masa utk pulang, di Stesen Bas Qween Street sempat saya bertemu salah seorng aktivis /Ustaz yg gigih itu. Dia akan melanjutkn pelajran peringkat Master di UK..Semoga sekembalinya beliau nanti dakwah akan semakin rancak dan jalinan ukhuwah Nusantara fillah ini berterusan ...Aminn.
10 Dis09
Aku datang lagi ke Pulau ini.. Sinar mentari 8pagi menyahut ku di LT Changi. LTerbang lama tentntunya tak secantik KLIA, tapi lebih 'utuh' brbandinng LCCT. Hijauan pepohon tersusun kemas meliputi segala ruang yg mampu dpenuhi..celah tiang, pagar,tembok, tingkap, veranda..di gunting, dianyam mengalun senada ombak Selat Melaka menuju ke Pulau B Putih. Bangunan 2 putih simpel bak kotak kiub brsaing ketinggian antara pepohon hijau khatulistiwa: Pinang,kelapa, jati, palma, . Tidak cukup tinggi bangunan... Ditambah lagi tingkat demi tingkat.. Tidak cukup tinggi melangit, lalu dikorek ke dasar kerak bumi, atau ditambak hingga ke JB atau Pulau Belakang Mati(P Sentosa).
Menyusuri Bukit Timah Rd ke Hotel Shang Ri La, Seskali terlihat juga lori dipenuhi pekerja 'Bangla' memenuhi ruang blakang. S'pore maju dengan keringat 'pendatng' atau rakyat persekitrn. Bukan saja pekerja buruh, pekerja profesianal juga digamit datang. "we welcome out side brain" .. Itu kurang lebih ungkapan Mentor Ministor LKY.
The Sand Casino Las Vegas Casino dijangka siap pada 2010...mereka tidak perlu ke Genting Lagi...sama-sama bersaing menghabiskan wang. Jika gempa atau ombak Tsunami melanda lagi..tidak pasti mana yang akan runtuh dulu; Genting Malaysia atau The Sand Singapura...
Semasa mencari kedai cendera mata di Lucky Plaza, Orchard road, terlihat pula satu kedai besar " House of Condom". Mereka semakin bebas dan terbuka .model "Sex Shop" dan "redlight district" spt di Holland dan Thailand sudah dianggap biasa. JB dan Bukit Bintang... Apa kurangnya. Bezanya... Di kota Singa ini:Tiada pencegah maksiat....na'udzubillah
'See them in different Light' Night Safari... Itu saja tempat utk hidupan liar 'beristirehat'..
Honda Bon Sew Building di kiri jalan..lambang kejayaan kaum pendatang?... Siapa pendatang?. Cina, Melayu atau India? Parameswara dari Indonesia.
Apakh aku pendtg atau Melayu Asli Malaya? Di kalangan keluarga kita, ada yang berasal dari Seberang, ada yang keturunan Cina, India dll dan bermastautin di Malaysia atau Singapura.
Semua kita pendatang, semua kita musafir. Bumi ini milik Tuhan. Singapura ini milik Tuhan. Sepatutnya dunia tanpa sempadan?, Pulau tanpa sempadan? Dulu tiada sempadan, kenapa sekarang ada?. Semakin maju, semakin banyak sempadan, semakin banyak kawalan, semakin takut pada bayang-bayang sendiri. ... Perjalanan kita masih jauh.. Ke alam azali..alam tanpa sempadan.
Di dewan persidangan Pelajar dan Pensyarah Nanyang Tech U Singapura(antara U terbaik Asia, jauh ke depan berbanding U Malaysia? begitu brsemangat mempersembhkan hasil kajian. S'pura bukan pilihan utama peljr Mal. Tidk ramai pelajar Malaysia di sini kecuali mereka memang bekerja atau bermastautin di sini. Dr M&Dr S Hasmh pernah bljr di S'pura. Mungkin Dr M blajr banyak dari LKY. Utk maju, kurangkan demokrasi, banyakkan kuku besi.. Pak Lah lebih demkrtik dr Dr M... Namun Pak Lah tertidur dlm mimpi demokrasi, hingga hilang 5 Negeri!
Masjid Al Falah Ochard/Bideford Rd . Untuk solat Zuhr dan Asr saya ke masjid ini. Pemandu Nyonya pun tahu..tambang S6.30, tetapi jika jalan kaki 15-20minit saja dari Shang Rila Hotel . Terlihat juga Wanita brskirt pendek masuk asuk solat. Masjid terlatak Sebaris kedai 7-11, itu perkara biasa. Kebanyakan masjid berada dlm bangunan yg sama dgn hotel. Penggunaan tanah dan bangunan disusun seoptima mungkin.
Dari masjid Al Falah, (sengaja tidak menaiki teksi untuk membiasakan semula dengan MRT yang sudah agak lama tidak dinaiki). MRT atau Komuter di Stesyen Somerset...ke Dhoby Ghaut...Little India Farrer Park." Don't Play play Let me come out first".. Pua Chu Kang Raja lawak Singapura memberi peringatan di muka pintu MRT....Tambang S2.10 -S1 deposit(jadi S1.10 saja..murah kan!).
Menyusuri Balestier Rd, Jalan Kemaman, hingga ke Quality Hotel, di kiri jalan ada Chinese, Indian dan Ceylonese Recreation club. Tidak pula ku jumpa Malay@Muslim Rec Club!.
Begitu juga kedai Makan. Terjumpa 'Malay Barber' dan Restoran Mamak, Puas aku dan rakan Cina(yang bersekolah Melayu/Kebangsaan) mencari kedai makan Melayu... Balestier Rd Bukan kawasan Melayu. Akhirnya kami makan saja di Restoran Mamak...ok gak. jika ke atas sikit dekat Masjid Kasim baru ada banyak kedai Melayu/Muslim.
Hari kedua kami ke Lucky Plaza Ochard Rd.. menjamu selera Ojo Lali (jangan lupa--Bahasa Jawa)
Restoran Halal Ayam Bakar..
Terlihat Beca atau basikal roda tiga, bukan membawa penumpang seperti di Melaka, tetapi mengtutip sampah di jalanan..satu inisiatif cinta alam sekitar yang boleh dicontohi.
Nota (kemudian pada Jun 2010 banjir pula melanda kawasan membeli belah Orchard Road..http://theonlinecitizen.com/2010/07/singapore-flood/)
Ambil Teksi lagi untuk ke L.Terbang Changi..Tidak banyak pilihan, beratur, apa jua teksi yang berhenti...naik..Pemandu Taxi wanita lagi semalam Nyonya 50+, hari ini wanita China late 30s...kalau saya naik teksi lagi mungkin pemandunya wanita 20+ ?.. macam ni, naik teksi mesti bawa isteri!......4Xnaik texi 2Xpemandu wanita 50% chance!...dikatakan ada 5% woman taxi driver di Singapura. Saya suka sembang dengan pemandu teksi. Saya selalu tanya mereka soalan biasa tentang pelancong, kerata hingga ke soalan sensitif tentang L Kuan Yew, Demokrasi Singapura. Ada sekali tu pemandu teksi yang pernah kerja di Australia; jadi dia banyak bandingkan 'kemunduran' Demokrasi Singapura berbanding negara maju lain. Katanya; Di singapura ni semuanya Pte Ltd....negara ini adalah sebuah syarikat perniagaan...LKY jadi Bos atau penasihat besar..mana ada Demokrasi?...ada buruk ada baiknya, bergantung kepada Bos atau ketua negara... Demokrasipun pening juga... selalu tukar kerajaan macam di Perak, Malaysia...pening rakyat!.... Kita rindu sistem keadilan Islam zaman Nabi saw dan Khulafa ur Rasyidin.
Bila taxi sudah dekat L terbang kami melalui bawah flyover.Ini baru batul flyover,
ada kapalpal terbang lalu atas flyover dari Terminal 1 ke Terminal 2
Untuk solat ada Multi Religion prayer room ..semua agama boleh sembahyang di sini.
Bila ke kedai buku atau baca surat khabar, masih terbaca; Mentor Minister LKY masih aktif membantu pemerinthn anak beliau Lee Hsien Long
Ada buku: From 3rd world to 1st: The S'pore story 1965-2005(Memoir of LKY)
Kita di Malaysia bagaimana?
Template:Białystok
2 hours ago
No comments:
Post a Comment