Banyak berita kematian pada hujung dan awal tahun ini.
Minggu lalu semsa bergembira meraikan kejayaan PMR, rakan sekerja saya meninggal dunia di Kuala Pilah.
Kemudian Gus Dur atau Abdurrarhman Wahid bekas Presiden (Reformasi) Indonesia meninggal
Kemudian bekas menteri Penerangan Malaysia, Tok Mat pula meninggal.
Semalam saya menziarahi kawan sekolah lama, anak sulung mereka meninggal...
Banyak peringatan dan tazkirah keinsafan pada tahun baru ini...
Namun.."La Tahzan" jangan bersedih, dont be sad.
Kita ambil pengajaran dari mereka yang telah meninggalkan kita,
dan kita terus berjuang dengan segala kudrat yang ada.
(kita puji yang baik saja.. tak guna ungkit yang tidak baik, merek sudah tiada peluang untuk membela diri)
Gus Dur, dalam keadaan kesihatan yang kritikal dan penglihatan yang sangat lemah, beliau masih mampu dan dipilih menjadi Presiden.
Tok Mat pula datang dari keluarga susah dengan 17 adik beradik, beliau pernah menjual kuih untuk membantu kehidupan keluarga.
Anak kawan saya yang meninggal kerana mengalami komplikasi sakit saraf, keluar masuk hospital, masih mampu meneruskan pelajaran hingga dipanggil Allah semasa di UIA, Gombak.
Kita bagaimana...
Kamran Afshar Naderi
1 hour ago
No comments:
Post a Comment