Dua hari hujung minggu saya sekeluarga ronda tiga negeri, lawat anak di Shah Alam, ulang alik ke K.Pilah melawat anak seorang lagi, kemudian terus melalui Tampin untuk ke Kota Melaka bawa anak kecil jalan-jalan. Teringin sangat anak yang tahun satu naik beca.
Sepatutnya singgah di Taboh Naning untuk cari benih ikan, tetapi balik dulu ke Senawang hantar keluarga yang sudah keletihan.
Bila dah hilang penat sekitar 330 petang..barulah patah balik ke Taboh Naning,Melaka.
Kenapa ke Taboh naning Melaka?
Dah lebih 2 tahun saya cuba membiakkan lintah bersama rakan-rakan dalam persatuan Pelintah, ... namun makin banyak lintah yang mati dan hampir tidak kedengaran lagi suara penternak lintah di Malaysia.
Sayapun bersihkan kolam dan lupuskan saki baki lintah yang sedia ada.
Tetapi apa nak buat dengan kolam konkrit tepi rumah? Adakah akan dibuat rumah cendawan dalam kolam...pelik sungguh.
Setelah membuat sedikit perbincangan dan 'survey'... saya mahu letakkan beberapa ekor anak ikan tilapia... Begitulah yang membawa saya melawat atau mencari benih di tapak projek en Amir Asran seperti Blog dan sedikit maklumat di bawah.
Tidak jadi saya membeli benih tilapia kerana benih masih terlalu kecil dan En Amir nasihatkan agar beljar lebih lanjut dahulu.....Dia dah 16 tahun berkecimpung dalam perikanan Air tawar, modal cuma RM18....tapi dengan keazaman dan tanah 5 ekar, beliau berjaya.... Tak pe... saya cuba usahakan tanah "corner lot" sekitar taman perumahan...
Nak hadir kursus? Belum berkesempatan...mungkin lepas April.
http://sempadangemilang.blogspot.com/
amirasran@yahoo.com
Akuakultur Sempadan Gemilang
Menternak, Membekal Benih dan Menyediakan Kursus Asas Ikan Air Tawar
NOTA TIDAK DISEDIAKAN.
PESERTA KURSUS : 10-15ORANG SAHAJA PADA SATU-SATU MASA
TALIAN KAMI : 019-6348017/012-2428380(EN AMIR ASRAN)
JADUAL KURSUS terdekat: 29-31hb JANUARI 2010
Rm450/org
(atau kumpulkan 10 orang, dan bincang masa yang lebih sesuai)
Kamran Afshar Naderi
1 hour ago
No comments:
Post a Comment