Saya mengikuti satu kuliah Sirah Nabi Muhammad s.a.w. semalam oleh ustaz/Dr Azhar. Antara perbincangan menarik ialah soalan yang pernah dilontarkan kepada Ustaz tentang bagaimana Nabi menyara kehidupan setelah berhenti kerja dan pertapa di Gua Hira pada usia 37tahun dan seterusnya menjadi nabi pada usia 40 tahun.
Nabi tak bekerja ke?
Jawapan mudah adalah dengan mengaitkan dengan "Allah menjaga rezeki Nabi". Namun beliau belum lagi menerima wahyu atau menjadi Nabi pada masa beliau berhenti kerja pada usia 37 tahun!
Oh.. Nabi kahwin dengan janda kaya..jadi tak perlu kerja?.. pun kurang tepat...ini satu contoh yang kurang senang didengar kerana dalam banyak Hadis Nabi, beliau menggalakkan kahwin "sekufu" dan tidak menggalakkan kahwin untuk mencari yang cantik dan berharta semata-mata.
Lalu saya teringat buku Robert Koyasoki..Poor Dad Rich Dad dan Retire Rich Retire Young. Dalam siri buku-buku ini, Koyasoki menggalakkan agar kita mencapai Financial Freedom sebelum mencapai umur 40 atau sebelum bersara!.. Apakah Robert Koyasoki lebih faham Sirah Nabi berbanding kita orang Islam?
Ust/Dr Azhar lebih bersetuju kepada pandangan yang kedua ini (Financial Freedom).
Nabi mula menyertai misi perdagangan antarabangsa ke Syam pada usia semuda 12 tahun.
Nabi mula menceburkan diri dalam dunia perniagaan dan penternakan kambing sejak usia 15 tahun.
Pada Usia 25 tahun ia berkahwin. Ada kisah yang mengatakan beliau menyediakan 100 ekor unta sebagai hantaran utk mengahwini Siti Khadijah...Berapa harga seekor unta?..jika seekor RM10 ribu, maka 100 ekor bersamaan RM 1 juta. Ya, kemungkinan besar beliau atau keluarga beliau memang memiliki harta sebanyak itu hasil perniagaan "antara bangsa" beliau dan projek penternakan kambing. Kemudian ditambah dengan kekayaan dan perkongsian perniagaan bersama Siti Khadijah. Berapakah harta sepencarian mereka?..tentu banyak.
Tidak hairan, jika Pada usia 37 tahun beliau tidak lagi bekerja dan menyendiri di Gua Hira' sehinggalah turun wahyu kenabian pada usia 40 tahun. Beliau telah menjadi pendakwah sepenuh masa/full time pada usia ini sehinggalah beliau wafat. Ini seperti pilihan bersara awal anggota tentera setelah berkhidmat 20 tahun. Tentu tidak sama pesara bergaji rendah dengan pesara ahli perniagaan dan penternak muda yang berjaya, yang sudah mempunyai RM 1 juta pada usia perkahwinan 25 tahun.
Adapun kisah bagaimana beliau wafat tanpa meninggalkan harta, itu berlaku setelah wang dan harta benda Nabi dan Khadijah serta para sahabat habis dikorbankan semasa pemboikotan ekonomi di Mekah dan misi dakwah serta peperangan yang mereka lalui.
Di sini jawapan yang pertama lebih relevan; "Allah menjaga rezeki para nabi dan para pejuang di jalan Allah"
Perlu diingat juga mereke telah mencapai financial freedom sepenuhnya bila Negara Islam Madinah Terbentuk...Negara dengan keadilan kehakiman, kewangan dan perlaksanaan syariat Allah sepenuhnya.
Pengajaran kepada kita ialah, jika mahu menjadai usahawan berjaya, agar memulakan dari peringkat awal.
Kebanyakan kita (termasuk saya yang dah lebih 40)... lebih suka makan gaji sampai pencen.. mungkin kita boleh didik anak-anak kita atau murid-murid kita dengan kefahaman ini.
Didik jenerasi baru agar berjinak dengan perniagaan seawal usia 12 tahun.
Begitu juga, jika ingin menjadi pendakwah berjaya kita hendaklah mengatur strategi kewangan sebaik-baiknya, namun jika Allah uji dengan kemiskinan kita tetap redha dengan ketentuan Allah....
Ini baru sebahagian pengajaran Sirah yang dikutip semalam... banyak lagi yang kita perlu pelajari.
Yang baik dari Allah.. yang silap dari kelemahan diri saya sendiri.
Patti Hale
1 hour ago
Subhanallah.. Detail anta punya nota. Boleh ana guna utk ulangkaji nanti.. :) Jazakallahu khaira atas usaha, harap teruskan. Ana add blog anta kat link blog ana, harap diberi permisi.. Akram
ReplyDeleteInsyaAllah sama-sama berkongsi.
ReplyDeleteSaya pun boleh linkkan Akram punya blog.
Alhamdulillah,
sama-sama berkongsi ilmu...
Kebetulan: bab Jutawan ni memang ramai suka baca...
Assalamu 'alaikum, Pak Cik!
ReplyDeleteSalam taaruf. Ana Rais, suami Salma. Malam tadi Salma cakap nak baca entry ni kat blog Pak Cik. Ana pun tumpang baca sekali. :)
Kebetulan ana pernah tulis entry yang berkaitan dengan entry Pak Cik ni. Ni link entry yang ana maksudkan tu.
http://hikmahgroup.blogspot.com/2009/11/bisnis-dan-entrepreneurship-rasulullah.html
Jemput baca ye! :)