Saturday, September 11, 2010

Apa khabar projek Gaharu?

Setahun dua dulu memang heboh tentang potensi gaharu yang boleh menghasilkan pulangan jutaan ringgit..Apakah benar setiap pokok boleh menghasilkan pulangan RM1000 - 5000? (Jika 1 ekar 400pokok bermakna RM40K-200K). Saya kurang pasti bagaimana sekarang. Yang pasti, anak dan biji gaharu semakin mudah diperolehi. Harga biji gaharu masih sekitar RM600-700 sekilo, tetapi harga anak gaharu dah agak murah. Specis Sub integra dan Malacensis yand dulu berharga sehingga RM20, kini anda boleh dapat kurang dari RM10 atau kurang dari RM5 bergantung ketinggian anak pokok dan dari mana asalnya...
Mungkin pengusaha gaharu agak senyap sekarang kerana 'tempoh menunggu', 5 atau sepuluh tahun sehingga gaharu di ladang membesar dan boleh di 'enoculate' utk menghasilkan gaharu sebenar.

Jika bekalan anak dan biji gaharu sudah semakin mudah didapati, berlainan pula bekalan inokulan. Masih banyak perbincangan, versi, sumber dan cara penghasilan dan harga inokulen.. Belum ada standard, paten atau piawaian... Apakah racun yang diguna? atau takuk/rosakkan sedikit pokok, gerudi dan masukkan 'bakteria' atau ragi dll... masih menjadi tanda tanya.. Jika RM1000 diperlukan untuk inokulasi setiap pokok... ini masih terlalu mahal... namun khabarnya banyak syarikat yang menawarkan perkongsian dgn kos inokulasi ditanggung syarikat dan hasil dikongsi bersama dgn nisbah tertentu....mungkin ini pilihan terbaik bagi pengusaha baru atau kekurangan modal...

Kita bagaimana?.... minat juga gaharu, tapi minat tanam/semai je... belum berani/sempat tanam di kebun...apatah lagi memproses utk menghasilkan minyak gaharu...
Imbas kembali beberapa eksperimen anak dan benih gaharu setahun lalu..

1) Gaharu dari biji.. Cara yang paling murah.. RM600 utk sekitar 1500biji atau sekitar 40sen sebiji... Tapi bagi saya, ini cara yang paling susah.
Rujuk kembali posting saya pada Ogos 2009
http://chemistryagro.blogspot.com/2009/08/bukan-mudah-tanam-gaharu.html

Dari 300biji, tak sampai 10 biji yang hidup... dan setelah setahun, hanya satu saja yang masih hidup.. itupun agak bantut seperti gambar di sebelah ini
















2)Cara kedua ialah melalui stump gaharu.

Agak murah (sekitar RM2/pokok). Seronok kerana kami berjaya menumbuhkan semula pokok yang telah dicabut dan dibersihkan daun dan akar.
Gambar tunas bertutup plastik ini diamil pada Ogos 2009, stump sudah mula
tumbuh daun. Ini jenis Malacenses berasal dari perkataan "Malaca" atau Melaka. Specis ini banyak tumbuh di Semenanjung dan sumatra. Saya dapat stump ini dari 'seberang'.

Penjagaan agak rumit tapi hasilnya membanggakan. Rujuk kembali posting saya dlm link di bawah pada Ogos 2009

http://chemistryagro.blogspot.com/2009/08/tanam-stump-gaharu-lebih-mudah-tumbuh.html






Beberapa bulan kemudian, ia kelihatan begitu subur.... cuma belum kesempatan untuk tanam di ladang....





3) Cara yang paling mudah ialah beli benih yang dah tinggi 3 atau 4 kaki dan terus tanam saja diladang. Ini cara yang paling mahal. Dulu benih 3 atau 4 kaki sekitar RM15, kemudian turun kepada RM8, mungkin sekarang boleh dapat sekitar RM5 atau 6. malah sekarang sudah ada banyak specis, ada specis hybrid yang dijangka mengeluarkan hasil yang lebi baik.
Setahun dulu saya cuba tanam beberapa pokok jenis Sub integra di tepi rumah.





Setahun dulu ia sekitar 3-4 kaki...Sekarang (Sept 11, 2010), di kiri sekali tu, yang paling subur, sekitar 7kaki tinggi, tanam di bawah keredupan pokok mangga. Belah kanan ok juga dah 6kaki tinggi, sikit kurang, tanam di luar pagar yang panas. Seterusnya yang ketiga sebelah pokok palma itu pula masih sekitar 4 kaki. Pokok ini saya biarkan beberapa bulan dalam polybag, mulanya hidup paling subur,..tapi malang, saya lupa utk siram beberapa hari, banyak daun dan pucuk yang kering layu... susah sikit nak pujuk dia hidup semula dengan baik walaupun dah dipindahkan di tanah biasa. Dan yang akhir sekali (yang ada 2 pacak kayu) paling rendah ni, dulunya 3 kaki, tapi pemotong rumput majils Perbandaran terlebih rajin...dia sudah mesin dan potong pangkal pokok ini...Saya biarkan tunas tumbuh kembali...tapi entah berapa lama ia akan naik seperti kawan-kawan dia yang sebelah kiri....

Ini baru cerita semaian anak gaharu... belum lagi inokulasi dan pemprosesan pokok serta penghasilan minyak... kita tunggu 5-7 tahun lagi bila pokok-pokok ni besar.... sekarang fikir dulu mana nak tanam anak-anak pokok ini...



No comments:

Post a Comment