Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera, Ini (Dis 2012) sudah lawatan ke empat saya ke Ho Chi Minh City.
Penduduk muslim di Vietnam tidak sampai 1%. Soal makan dan Ibadat adalah persoalan biasa yang selalu diajukan kepada saya dan rakan-rakan Muslim yang mahu datang ke Vietnam (atau negara bukan Islam lain).
Semasa hari pemeriksaan kesihatan, kami di suruh 'berpuasa'. Selepas selesai pemeriksaan, mereka ajak pergi jamuan tengah hari di tempat kerja. Saya jangkakan ada set makanan istimewa atau buffet seperti tempat kerja di Malaysia. Sangkaan kami meleset. Cuma ada set 'vegitarian' untuk muslim seperti saya dan seorang rakan yang memang vegitarian. Walau tak lalu makan, kami cuba telan juga. Untuk menambah selera, ada kicap dan cili api... sebenarnya bukan tambah selera, cuma cili api itu terlalu pedas... jadi saya terpaksa makan banyak nasi untuk menghilangkan pedas! Syukur, malam itu boss belanja kami makan di Restoran Malaysia "De Nyonya".
Alhamdulillah, semakin lama saya di sini, semakin Allah permudahkan. Di tempat kerja ada makanan percuma, tapi tiada tanda halal. Selalunya mereka carikan sea food atau vegetarian untuk saya. Kadang-kadang saya bawa mee segera atau rendang segera, makan dengan nasi putih yang masih panas. Alah bisa tegal biasa. Saya tanya surau, memang tiada, tapi mereka carikan juga bilik yg tiada gangguan. Memang banyak pilihan makanan disini dengan citarasa pelbagai negara. Jika ada bajet, atau syarikat benarkan anda buat tuntutan... cuba sajalah asalkan halalan toyyiban.
Saya rasa makanan di sini agak mahal terutama di Pusat Bandar seperti District 1, tempat ramai pelancong datang, termasuk orang Malaysia. Nasi goreng cendawan pun dah 100 ribu Dong (RM 15), Buffet di kedai India Muslim Taj Mahal, Ali Baba atau Bombay pun sekitar 120-150 ribu dong (RM 18-22).... Saya selalu sebut, anda bayangkan makan dgn standard Dol Tom Yam atau Kedai Mamak Azhar Maju, tapi bayar dengan standard kedai Nasi Arab Damsyik atau Secret Recipe. Di Emporium Parkson tingkat 4 ada satu kedai Indian Halal. Agak murah. Banyak menu yang kurang dari 100 ribu Dong. Nasi goreng Vegi baru 50 ribu (RM7.50), teh tarik (popular di sini)dalam Rm 4-5 (di Malaysia anda boleh dapat 3-4 cawan!)
Biasanya di mana ada masjid, di situ atau banyak gerai muslim. Jika di Masjid Muslimun jalan Dong Du... very high standard...Expensive...oh ya ..baru dapat vocab baru..'Mak wa' dalam bahasa vietnam bermaksud 'mahal'...memang mahal 'mak wa' kat sini!...dont play-play! Antara kedai Halal yg paling mahal ialah restoran Turki "Pashah". Makan 2 orang dah dekat 1 juta Dong!(RM150). Pelik sikit kedai 'halal' Turki ni... daging halal ada, arak pun dijual juga... macam hotel di Malaysia..oh macam Malaysian Airline juga.
Saya teringin nak makan murah, di gerai tepi jalan, meja kecil, kerusi kecil, tapi susah mahu jumpa yang Muslim atau yakin halal-haram. Sesekali saya berjalan jauh sedikit utk mencari tempat sebegini. Tadi saya ke Masjid Rahim (www.angelfire.com/vt/vietnamesemuslims/masjidList.html Ho Chi Minh city / District 1. Masjid. Ar-Rahim. 45 Nam Ky Khoi Nghia. Built in 1885 by Malaysian-Indonesian muslims )dekat Ben Thant Market dan Saigon Squre. Disini ada gerai Muslim tepi jalan. Nasi goreng udang baru 25ribu Dong (dlm RM3.50)...banyak tak larat makan sorang, kecuali anda memang lapar atau berpuasa. Satu lagi(lebih jauh) ialah Masjid Anwar di District 8, ramai keluarga Islam-Melayu-Champa berkampung di sini. Banyak kedai makan dan kuih muih halal dijual.
Tadipun kami jalan-jalan cari rumah untuk tinggal lebih lama. Jika ada rumah, bolehlah masak sendiri...
Tadipun kami jalan-jalan cari rumah untuk tinggal lebih lama. Jika ada rumah, bolehlah masak sendiri...
OK... tepuk perut, seluk poket, tepuk dada, tanya selera, tanya iman... anda mahu makan atau mahu kena makan...
Esok, ada cikgu-cekgi dari Senawang datang jalan-jalan..look and see..jumpa lagi
Esok, ada cikgu-cekgi dari Senawang datang jalan-jalan..look and see..jumpa lagi
No comments:
Post a Comment