Sunday, December 16, 2012

Vietnam: Masjid 4 tingkat vs masjid tingkat 4

 (Gambar saudara Arifin sedang menikmati bihun sup. Arifin bisa bahasa Indonesia pak)

(Suasana gerai tepi jalan, masjid di tingkat 4)
Kriiinnnggg...Kriiinnnggg...Kriiinnnggg.
Pukul 5.20 petang waktu tempatan, sedang kami menikmati bihun sup di tepi lorong celahan bangunan, kedengaran loceng berbunyi dari tingkat 4. Kring..kring..kring.. loceng panjang seperti zaman persekolahan menandakan waktu sekolah bermula atau berakhir.  Bukan, itu bukan loceng sekolah, tetapi loceng dari masjid atau surau di tingkat 4 sebuah rumah pangsa tua. Loceng berbunyi 20 minit sebelum waktu maghrib. Jika di masjid Anwar, Daerah 8 mereka masih ada 'beduk' atau tabuh...(ingat lagu Raihan..tabuh berbunyi memecah alam sunyi...waktu subuh). Azan dan Quran lantang tidak dibenarkan, jadi mereka gantikan dengan loceng berdering. Masjid Nurul Islam, Daerah 2, di flat usang tingkat 4 saya kira masjid paling kecil dan paling dhaif yang saya temui di Ho Chi Minh City. Masjid terletak di tingkat 4, naik tangga tanpa lif. Aduh .. 2 kali turun naik sudah 'macet'/letih...meminjam kata-kata rakan Vietnam saya, Ariffin yang pernah 2 tahun belajar sekolah pesantren indonesia.. Ada 3-4 orang menumpang di masjid kecil ini. Ada kesan rekahan di dinding kerana pernah berlaku gempa bumi di daerah ini.
Saya datang ke sini bersama seorang pemuda Vietnam (yg baru masuk Islam kurang dari setahun) yang selalu saya temui di Masjid Muslimin (masjid terbesar di Ho Chi Minh) di Jalan Dong Du. Kami menaiki bas kurang 10 minit dengan tambang 4000 dong (60 sen) seorang. Jika naik Teksi mungkin 60 000 dong (RM9)...pun OK.. Dari jalan besar kami melalui lorong kecil yang boleh muat sebuah kereta sahaja, dan menyeberang sungai yang penuh sampah.
Dari masjid di tkt 4 ini kelihatan beberapa apartment dan bangunan mewah. Semoga Allah murahkan rezeki utk kami memiliki atau mendiami apartment mewah ini. Bolehlah keluarga  teman-teman selalu datang melawat.
(susana dalam masjid.. not bad..ada aircond!)

Selepas maghrib kami bertemu seorang American bangsa Champa yang baru sehari melangsungkan perkahwinan dengan gadis Champa tempatan(Vietnam). Berumur lepih 40 tahun dan khabarnya bertemu gadis Champa-Vietnam ini melalui 'internet'. (Timbul juga rasa 'syak' nakal di hati ...betul ke dia bujang!.Jangan bersangka buruk pada saudara seislam.. anda pun "bujang" /tanpa keluarga di sini!..) Dia lari turun ke tingkat 1 di bawah untuk ambil 'bussiness card'..Sr Engineer di California dan menjadi Presiden persatuan Champa Muslim di California, USA. Dia mengingatkan kembali zaman saya belajar di California dengan masjid dan surau di Pasadena, Orange County, Los Angeles, San Diago dan seumpamanya. Suatu hari nanti mungkin saya kembali ke sana..

Saya selalu 'lepak' di Masjid Muslimin/atau masjid India jalan Dong Du. Ramai pelawat  terutama dari Malaysia, Indonesia dan Singapura datang ke Masjid ini. Tidak ketinggalan non Muslim. Masjid ini terletak berhampiran hotel Sheraton, District 1, antara kawasan paling mahal di sini. Malah dimaklumkan bahawa tanah Hotel Sheraton itu juga asalnya milik masjid. Terfikir juga untuk membantu masjid ini menjadi 'penyambut tetamu' dan pemberi maklumat kepada para pengunjung ini.. 

Biasanya pelancong datang waktu siang atau paling lewat waktu Isyak. Subuh tadi saya terkejut kerana terlalu ramai pelancong datang solat subuh. Mereka adalah pelawat dari beberapa masjid di Singapura, dengan seoarang ustaz bersama mereka. Antara tazkirah ustaz; mengingatkan niat amal..jika datang Vietnam utk sopping...dapatlah barang murah, jika datang Vietnam utk melawat saudara seIslam...masyaAllah alangkah besar ganjarannya...

Saya juga dikejutkan dengan pertemuan dengan guru-guru sebuah sekolah di Sri Menanti, Kuala Pilah. saya bertemu rakan lama, sdra Azrai yang menyertai rombongan tersebut...kecil dunia ini.

Saya bandingkan masjid Nurul Iman Daerah 2 dengan masjid Anwar, Daerah 8 kerana ada sedikit persamaan dari segi lorong-lorong kecil yang dilalui sekitar masjid-masjid ini. Begitu juga, berdekatan masjid-masjid ini ada makcik Muslim yang menjual bihun sup dengan harga sekitar 20 ribu dong (RM 3 sahaja) semangkuk.
Beza antara dua masjid ini ialah Masjid terpencil Nurul Islam di tingkat 4 tetapi Masjid Anwar (yg meriah) itu 3 atau 4 tingkat !
Begitu juga masjid Rahim dekat Ben Tanth market, pun 4 tingkat dan sering dikunjungi pelancong.

No comments:

Post a Comment