Waktu subuh di sini sekitar jam 4.40 pagi. Anda harus bersiap seawal 4pagi!.Jarak dari hotel tempat saya menginap ke Masjid 'India' jalan Dong Du sekitar hampir 10 minit berjalan kaki. Setelah 4 kali datang ke Ho Chi Minh, baru saya berani naik " xe om " atau teksi motosikal (membonceng). Motosikal di sebut xe máy atau xe Honda dalam bahasa Vietnam... banyak sangat motor Honda di sini. Jika saya terlewat sedikit bangun utk solat subuh, saya beranikan diri panggil teksi motor disimpang yang setia menunggu 24 jam... Sebut masjid atau Mosque, dia tidak berapa faham... saya suruh hantar hotel Sheraton (dekat masjid) pun dia hantar hotel lain... Alhamdulillah dua subuh ni dia dah cam ke mana saya mahu pergi, kebetulan pula saya memakai baju melayu dan kopiah. "Pagoda ? " ujar empunya motor bila sampai depan masjid.. saya senyum saja sambil membayar 20 ribu Dong (Rm3 shja)... Begitulah 'ketidak fahaman dan ketidak fasihan' mereka terhadap agama Islam dan Bahasa Inggeris. Tadi saya terkeliru antara tambang motosikal 'thirteen' dan 'thirty'.. ingatkan 13 ribu..murah..rupanya 30 ribu! ..bila dia sebut " ba mươi " (30 atau tiga sepuluh).. saya faham sikit, begitu juga mươi ba (13 atau sepuluh tiga).. Saya kena cepat-cepat belajar Bahasa Vietnam.. boleh dapat 5-10 perkataan sehari pun OK...
Bukan saja pemandu teksi tidak pandai bahasa inggeris, dikalangan engineer/jurutera profesional pun lemah bahasa inggeris. Berbalik pada masjid tadi... jika yang pandai sikit Inggeris, dia akan sebut "Muslim Temple" Tak apalah..apa pun perkataan yang mereka sebut, asalkan saya dapat solat tanpa gangguan. Dulu saya sangkakan ada sekatan solat di negara Komunis ini. Tidak,... tiada sekatan.. ada kebebasan beragama di sini, asalkan jangan bergaduh dan membuat huru-hara. Ada orang Islam Vietnam memberitahu saya, masalah umat Islam Vietnam bukan dengan bukan Islam atau Pemerintah, tetapi masalah sesama umat Islam. Ada yang tidak amanah terutama dalam urusan kewangan. Saya masih mencari "kebenaran" akan tuduhan atau kenyataan ini. Tidak adil utk saya membuat rumusan dalam tinjauan yang sangat singkat.
OK, cukup dulu.. lusa saya kan balik sekitar 10 hari di Malaysia, sebelum datang semula untuk tinggal lebih lama. Saya akan naik máy bay ('mesin terbang' atau kapal terbang) Vietnam Airline.
Draft:Death Note Killer Within
49 minutes ago
No comments:
Post a Comment