Saya baru dapat maklumat, ada sekitar 70 orang pelajar tahfiz muslim vietnam yang belajar di Malaysia iaitu di Terengganu dan Kedah. Alhamdulillah, zuhur tadi saya sempat menemui ustaz Abdul Rahman dan timbalannya Hj Musa di Masjid Anwar, District 8, Ho Chi Minh. Sebenarnya ini kunjungan saya yang ke dua ke Masjid Anwar. Dulu naik motor, kali ini naik bas dari Pasar Ben Thanh.. 6000 Dong saja (90sen)..murah sangat berbanding teksi. 10 minit sudah sampai.
Kunjungan pertama pada 26 Nov 2012 bersama saudara Arifin (Orang Champa Vietnam yang bisa Bahasa Indonesia).. di bawah/hujung tulisan ini sidikit coretan yang saya emailkan pada teman-teman tentang masjid Anwar . Dulu lawatan biasa sekadar ingin menemui saudara seIslam.

Kunjungan kali ini berbincang sesuatu yang lebih serius. Mereka perlukan bantuan. Sekitar 3 tahun lalu, ustz Abdul Rahman dan rakan-rakan mendapat bantuan dari beberapa individu dan pertubuhan untuk membiayai pelajar-pelajar Tahfiz dari Vietnam yang belajar di Terengganu dan Kedah; antaranya Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), pekerja Malaysia di Vietnam (seperti pekerja Petronas) dan (Allayarham) Datuk Abdul Hamid Othman (Tok Mid) . (Nota: JIM dalam proses pembubaran dan bertukar kepada Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)). Kos bagi setiap pelajar sekitar RM 200-300 seorang (Hampir RM 20 ribu sebulan untuk tempoh 4 tahun). Kami berbual, sambil minum kopi ais 'kaw' Vietnam, kuih donut serta (seumpama) karipap. Sedikit keluhan dan kerisauan Ustaz Abd Rahman... ' Sejak 2011, bantuan sudah makin berkurangan.' Awal Februari nanti ustaz datang ke Malaysia lagi.
Kami tidak dapat berbual panjang dengan Ustaz kerana beliau agak sibuk. InsyaAllah kami akan bertemu lagi. Saya menyeru kepada teman-teman untuk membantu usaha murni mereka ini.
Rumah Ustaz cuma beberapa langkah dari masjid.
Singgah sebentar di rumah ustaz Abd Rahman. Keluarga ustaz menjahit dan menjual pakaian: (maaf tak sempat 'posing' jubah ini cantik-cantik...letak di lantai je!)Jubah dengan manik-manik ini RM 45, telekong RM30, tudung bawal RM20...ini saya belum tawar.. kain sutera pun ada... murah sikit berbanding pasar Ben Thanh yang penuh dengan pelancong... Kebetulan anak dan isteri memang kirim telekung dan jubah.. Ustaz juga ada pakej pelancongan.
Nanti saya cuba kemaskini no email , telefeon dan no akaun, untuk memudahkan menyalurkan bantuan (juga untuk membeli pakaian dan menempah pakej pelancongan!)
Saya agak kurang sihat malam ini...nanti saya tulis lagi. Doakan kami di sini...Wassalam.
MASJID ANWAR DISTRICT 8 ,,, 25 Nov 2012.
"....Maghrib/isyak sdra Arifin bawa saya naik motor ke District 8,HCM Kg Melayu-Champa.. +-300 keluarga Melayu-Champa Islam. Meriah, ada masjid 3 tingkat, agak kecil berbanding masjid Dong Du, tapi sentiasa penuh… maghrib-Isya saja dah sekitar 80 orang..belum termasuk wanita yg datang kemudian utk belajar Quran..
Susah nak cari yg pakai jean/seluar atau T Shirt macam saya… nasib baik saya bawa kopiah… Yg lain semua lengkap pakai baju kurung, kain atau jubah… sentiasa menunggu waktu solat..subhanallah.. kuat mereka menjaga iman.(maaf dilampirkan gambar yg agak kabur)
Lepas Solat isyak ada sikit tazkirah..Bahasa Champa dan bahasa Vietnam…dua-dua saya tak faham!, tapi ramai juga yg boleh bahasa Melayu @ Inggeris.
Sementara tunggu Isyak.. kami makan… 2 mangkuk besar sup atau seperti bakso dan soft drinks (2 orang)..70 ribu Dong (+- RM10), jauh lebih murah dari di Ben Thanh atau Halal Saigon, (seblum tu lunch kami 2 orang 500 ribu Dong (+-70ringgit!)
Tazkirah lepas solat Isyak di masjid Anwar. masjid ini dibangunkan pada 2006 dengan sumbangan dari Timur Tengah (Dubai jika tak silap)
Antara Landmark yg ditemui. tepi jalan sebelum masuk ke satu lorong, Masjid Anwar tidak jauh dari bangunan ini.
Ha..ha..ha.. Ayam itik pun ada dekat masjid ni.