Alhamdulillah, Allah beri kekuatan dan hidayah utk kami sabar, bermusafir dan bermukim di bandar pelancongan yang hanya mempunyai kurang dari 1% Muslim. Banyak juga cabaran...Dalam perjalanan ke masjid, kiri kanan jalan...wanita-wanita jelita berpakain seksi..."massage sir"... Hotel, bar merata-rata..Allahu akbar...ya Allah peliharalah mata dan iman kami...
Subuh pertama selepas cuti tahun baru, dari jauh terdengar suara bacaan Quran dari masjid di jalan Dong Du bersebelahan hotel Sheraton. Seperti di Surau-surau dan masjid lain, biasanya suara ini datang dari rakaman kaset atau CD dari Qari terkenal.... Opps saya silap. Rupanya Tuan Imam Amin yang membaca ayat-ayat suci itu dengan suara yang merdu memecah keheningan subuh jam 445 pagi. Walaupun ini masjid terbesar di kota Ho Chi Minh ini, namun jamaah subuh tidak sampai satu saf atau kurang dari 10 orang. Pernah juga sekali-sekala jika ada pelancong istimewa dari Qariah masjid atau surau dari Malaysia datang utk solat berjamaah dengan jumlah mencecah 30 orang....adalah sekali dua dalam setahun... husnu dzan..ramai pelancong solat jamaah di Hotel...
Bilangan yang sedikit berjamaah ada juga hikmahnya. Kami kenal hampir semua ahli jamaah subuh. Mr Muhaidin (Vietnamese Revert) yang paling ceria, saban subuh beliau sentiasa tersenyum menyambut 2-3 orang ahli jamaah yang datang dari luar masjid. Saya datang naik Se Om (teksi motor) dgn tambang 30ribu dong sementara 1-2 orang rakan sya dari Petronas spt Hj Hadi dan Hj Arshad pula datang naik teksi 50 ribu Dong (100ribu utk pergi balik). Pak Imam Azim datang menaiki motor dengan isteri. Dia bergilir menjadi imam dengan imam muda Amin. Saya tidak pasti berapa elaun imam.... tidak banyak. Contohnya Qari Vietnam Imam Amin belum berpeluang naik haji walaupun sudah beberapa tahun menjadi imam dan menjadi Qari vietnam ke Musabaqah peringkat antarabangsa di Malaysia.... saya pernah bergurau dengan dia..'Tunggu PM Najib atauSyeikh Haramain Saudi' beri bantuan khas....lalu beliau menjawab.."Ada bantuan utk orang Vietnam..tapi.. kadang-kadang tak sampai pada yang benar-benar berhak"..
Biasanya Mr Muhaidin yang akan azan dengan 'slang' Vietnamnya. Apa nak buat, itu yang suara terbaik yang boleh diungkapkan dari seorang 'muallaf'. Bilal yg baik suaranya pun tidak muncul-muncul...
Subuh tadi saya diberi penghormatan untuk azan subuh. Saya jarang azan. Suarapun ... cuma baik sikit dari Mr Muhaidin Muallaf!
Semoga Allah terus beri kekuatan kepada kami utk mengimarahkan rumah Allah, dan semoga Allah membuka hati-hati hambanya utk meramaikan rumah Allah...amiiinn.
Kamran Afshar Naderi
1 hour ago
No comments:
Post a Comment