Wednesday, September 30, 2009

Cendawan YB Subur di tepi rumah


Kenapa saya sebut cendawan ini cendawan YB?
Sebelum Pilihanraya Umum (PRU)ke 12 yang lalu kami belajar sedikit sebanyak tentang cendawan terutamanya jenis Tiram Kelabu. Mula-mula cuba 5 bongkah atau botol. Kemudian tambah 30, susun dalam bekas kecil dan tutup dengan kain. Alhamdulillah hidup subur. Buat kecil-kecilan di bawah 'pourch'/awning atau kaki lima rumah. Tak perlu belanja tinggi buat bangsal beribu-ribu.
Memandangkan tempat dan masa yang agak terhad kami memilih untuk membeli bongkah atau botol cendawan yang sudah siap yang agak mudah didapati dari pengusaha/pembekal sekitar Seremban.
Kemudian menjelang PRU12 kami bercadang untuk menambah bilangan stok cendawan. Saya lihat banyak sepanduk dan papan tanda lambat dibuka atau dileraikan. Lalu saya menawarkan diri untuk tolong merobohkan sepanduk dan papan tanda ini. Bendera dan Poster saya hantar ke Markas dan kayu-kayu saya ambil percuma. Bumbung dan lantai simen memang sudah ada, cuma beli plastik jaring hitam saja untuk menambah kegelapan. Begitulah seturusnya, sedikit demi sedikit kami menambah bilangan rak menggunakan kayu-kayu 'recycle'. Rak-rak dan bangsal cendawan kami boleh memuatkan sehingga 2000 bongkah, tetapi setakat kami kekalkan sekitar 500 bongkah saja kerana kesuntukan masa untuk memasarkan. (Semasa memulakan projek dulu banyak cuti/shutdown zaman sedikit gawat). InsyaAllah jika ada kelapangan dan permintaan kami akan menambahkan lagi stok cendawan kami.
Cendawan segar dibungkus dan dijual dalam packet 200g. / RM2
Setakat ini jual pada rakan dan jiran sahaja. Boleh but penghantaran sekitar Ampangan dan Senawang/Paroi.

Tentang Khasiat Cendawan. Di sini saya rujuk pada pautan http://cendawanglobal.blogspot.com/2007/12/khasiat-cendawan-tiram-kelabu.html
Setiap 100g Cendawan Tiram Kelabu Segar mengandungi:
(rujuk carta warna hijau)

Kebaikan makan cendawan ..
Tiada bahan kimia
Tiada buangan haiwan
100% organik
Taman tertutup
Amalan kebersihan dalam penanaman
Khasiat tinggi
Pemakanan sihat
Sesuai untuk diet sayur
Disukai kanak-kanak
Masakan cendawan:
Kami dah banyak cuba. Nasi cendawan, kari, sup, goreng, masak lemak, tumis dgn bawang putih+lada hitam dll..
Masa malam raya kami buat jamuan goreng cendawan lepas Takbir Raya..kumpul 2-3 keluarga.
Malam tadi saya buat cendawan panggang dalam oven letak cheese...ini resipi segera orang bujang!
Kalau sempat boleh tulis/publish resipi...

Buat sikit-sikit lah mana yg mampu...
Kita sama-sama berkongsi pengalaman. Seperti cendawan yang terus subur, bakti kita kepada masyarakat pun kita suburkan.

H1N1 getting out of control?

H1N1 getting out of control? Less new cases or death reported.

My son had a flu on 1st day of Hari Raya Eid Fitri. It was 8pm. We went to several private panel clinics including those with '24hrs' sign; All closed, doctors, nurses and PATIENTS are on holidays? No more worry of H1N1

Going to private hospital without GL or Med Card will make your pocket 'extra leak'.

We went to GH at midnight. Surprisingly it was smooth and pleasant visit; Not crowded, only RM 1@2 charge, my teenage son like the polite beautiful (even in mask) doctor, had blood sample and some medication...1/2 hour we are out of GH to enjoy Char Kuey Tiow and watch FA Cup match at crowded Mamak Stall

Last weekend I met one government very senior doctor; According to him, H1N1 virus is every where!, including those die due to road accident also has H1N1!. In certain state we had 20 cases but only 2 were reported . Why?

1) There is a major change in ‘reporting line’. Previously, the report was done by the state Health Exco (political appointment), but now all H1N1 reporting can only be done by Health Director or Ministry of Health.

2) They don’t want people to be panic.

3) H1N1 is just like normal flu, low mortality rate (H5N1 bird flue is much more dangerous), unless you are in the risk group (pregnant, older than 65, below 5, lung problem etc).

So its is rather difficult to classify either the sickness or death is due to H1N1 or due to other sickness (hart attack, pneumonia, lung problem etc..).

So. Most important. Stay healthy. Hopefully you can fight whatever virus that come to attack…

What is H1N1… below Wikipedia and Govt h1n1 link has detail.. but lets play fun with alphabet;


H1N1: Hisab1= Neraka1 or 1 Penalty point = 1 Hell fire point.

We've enjoy Bonus points from discount card, we forget the penalty points.

Even we beat the speed limit/red light we can get a way; Either the police didn't notice or we got much money to pay the fine.



So..its a way that God give a reminder to us… our ene my are everywhere; the virus and the Satan are the unseen enemy. No way that you can 100% protect yourself.

Despite all the gadget and medical high tech that we have, we fail to defeat this enemy, because we forget that our enemy is also created by God the mighty Allah.

We try our best to be His servant but most important We are hoping the mercy from God.

I saw this writing on a car wind screen 'Ya Allah ampuni dosaku dan kedua ibu bapaku'.(O God forgive my sin and my parent's sin)

Let’s seek His forgiveness, Guidance and Protection



REFERENCE

http://en.wikipedia.org/wiki/File:Influenza_subtypes.svg#filelinks



“Influenza A (H1N1) virus is a subtype of influenzavirus A and the most common cause of influenza (flu) in humans. Some strains of H1N1 are endemic in humans and cause a small fraction of all influenza-like illness and a large fraction of all seasonal influenza. H1N1 strains caused roughly half of all human flu infections in 2006.[1] Other strains of H1N1 are endemic in pigs (swine influenza) and in birds (avian influenza).

In June 2009, World Health Organization declared that flu due to a new strain of swine-origin H1N1 was responsible for the 2009 flu pandemic. This strain is often called "swine flu" by the public media…..

Influenza A virus strains are categorized according to two proteins found on the surface of the virus: hemagglutinin (H) and neuraminidase (N). All influenza A viruses contain hemagglutinin and neuraminidase, but the structures of these proteins differ from strain to strain, due to rapid genetic mutation in the viral genome

The Spanish flu, also known as La Gripe Española, or La Pesadilla, was an unusually severe and deadly strain of avian influenza, a viral infectious disease, that killed some 50 million to 100 million people worldwide over about a year in 1918 and 1919. It is thought to be one of the most deadly pandemics in human history. It was caused by the H1N1 type of influenza virus.

The 1918 flu caused an unusual number of deaths, possibly due to it causing a cytokine storm in the body.[5][6] (The current H5N1 bird flu, also an Influenza A virus, has a similar effect.)[7] The Spanish flu virus infected lung cells, leading to overstimulation of the immune system via release of cytokines into the lung tissue. This leads to extensive leukocyte migration towards the lungs, causing destruction of lung tissue and secretion of liquid into the organ. This makes it difficult for the patient to breathe. In contrast to other pandemics, which mostly kill the old and the very young, the 1918 pandemic killed unusual numbers of young adults, which may have been due to their healthy immune systems mounting a too-strong and damaging response to the infection.[





http://h1n1.moh.gov.my/

Jumlah Kematian : 77 28SEP09

Sunday, September 27, 2009

Bagan Pinang: bukan seperti pinang dibelah dua


Bagai pinang dibelah dua, jika pinang hijau maka kedua-dua belah akan berwarna hijau,
begitu juga seterusnya jika yang dibelah itu pinang merah ataupun pinang tua. Pinang
dibelah dua menggambarkan pasangan pengantin yang benar-benar sepadan dari segi
kedudukan dan paras rupa, namun bagaimana pula suasana pilihanraya kecil (PRK) Bagan
Pinang, Negeri Sembilan?. Isu pengundi pos dan calon 'veteran' bekas Menteri Besar, Tan Sri Isa Samad sudah cukup mengundang banyak kontrovesi dan perdebatan.

Dari sekitar 14 ribu pengundi, 5 ribu atau lebih 1/3 adalah pengundi pos yang sekian lama dianggap sebagai undi 'bonus' kepada Barisan Nasional.
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta SPR menilai kembali sistem pengundian pos kerana sistem tersebut sudah ketinggalan zaman
“.. Undi pos digunakan pada masa zaman menentang komunis di mana anggota tentera berada dalam hutan ketika pilihan raya”.
“Sekarang mereka tak masuk hutan lagi. Lagi satu,... anggota keluarga dan isteri tentera juga mengundi pos. Sepatutnya tak boleh dianggap pengundi pos. Kadang-kadang anggota tentera mempunyai dua tempat daftar kerana memiliki kad tentera dan kad pengenalan”.

Walaupun undi pos boleh membantu BN tetapi jangan lupa pada PRK Teluk Kemang (Bagan
Pinang juga dalam Parlimen Teluk Kemang) tahun 2000 antara Roslan Kasim(Keadilan) dan
S Sothinathan(BN), walaupun BN menang, buat pertama kali dalam sejarah, undi pos telah menyebelahi pembangkang (Keadilan). Ramai pengundi pos sebenarnya tidak perlu
"mengeposkan" undi mereka lebih awal kerana mereka memang berada di Bagan Pinang pada hari pengundian. Itu yang berlaku pada tahun 2000, mereka tidak mengundi pos tetapi mengundi seperti biasa kerana tidak yakin dengan ketelusan undi pos. Apakah suasana ini akan berulang?

Awal-awal lagi Umno Telok Kemang sudah melobi mencalonkan 'veteran' yang juga mantan
Menteri Besar, merangkap ketua bahagian, Tan Sri Isa Samad .Kenyatan akhbar diadakan bersama Menteri Besar Dato Seri Mohamad Hasan untuk menunjukkan sokongan padu BN Negeri Sembilan kepada Tan Sri Isa Samad . Apakah benar begitu? Apakah Dato Seri Mohamad Hasan tidak tercabar dengan kehadiran semula Tan Sri Isa Samad?, lebih-lebih lagi dalam suasana kebangkitan Pakatan Rakyat yang telah menghilangkan kuasa 2/3 BN di Dewan Undangan Negeri Sembilan. Satu penulis blog menyebut ".. Ada orang kata kalau Tan Sri Isa Samad bertanding di Bagan Pinang dan menang , mudah untuk menyingkirkan Mohamad Hasan dari kerusi Menteri Besar. Undi tidak percaya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri dari 4 ADUN BN , 10 ADUN DAP , 4 ADUN PKR dan 1 ADUN PAS sudah cukup untuk Negeri Sembilan mendapat seorang Menteri Besar yang baru.Tidak semestinya Menteri Besar tersebut Tan Sri Isa Samad sendiri , asalkan ianya dipersetujui oleh majoriti ADUN".

Tan Sri Isa Samad mendakwa beliau telah bebas dari hukuman politik wang. "Jika mereka
yang dipenjarakan pun boleh bertanding dan menang, kenapa tidak saya!" begitulah lebih kurang ungkapan beliau dalam satu sidang akhbar. Persoalannya; Apakah boleh disamakan mereka yang dikenakan tindakan disiplin atau dipenjara kerana memperjuangkan keadilan dengan Tan Sri yang digantung kerana politik wang?. Malah beberapa pimpinan tertinggi UMNO, termasuk mantan Presiden, Tun Mahathir menegaskan bahawa pencalonan Tan Sri Isa Samad, walaupun akan menang tetapi ia tidak baik untuk imej dan masa depan UMNO dan BN. "Orang UMNO Teluk Kemang memang sokong dia, tetapi belum tentu pengundi akan sokong dia" ujar ahli MT UMNO, Dato' Noh Omar pula.

Bagaimana pula calon dari PAS atau Pakatan Rakyat (PR). Antara yang disebut-sebut ialah Dr Rosli Yaakob, pakar ekonomi yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.
Beliau pernah bertanding di DUN Linggi dan tewas ditangan Tan Sri Isa samad pada
PRU1999. Beliau juga pernah bertanding dan tewas di DUN Paroi dan Parlimen Jempol (2004). Bagaimana pula peluang Pesuruhjaya Pas Negeri sekarang Zulkefly
Mohamad Omar yang sudah 3 kali tewas di DUN Lenggeng, Yang Dipertua PAS kawasan
Ramli Ismail dan bekas Ketua Dewan Ulama PAS negeri, Ustaz Kassim Tahir. Apakah
mereka boleh menggugat kewibawaan dan popularitu Tan Sri Isa.

Kepada pengundi Bagan Pinang, kepada gadis/teruna yang bakal menerima suami/isteri,
kepada makcik-pakcik yang bakal menerima menantu; ingatlah Hadis berikut bila mahu
memilih calon suami/isteri;
Dari Abu Hurairah r.a. katanya:
"Wanita itu dikahwini kerana 4 perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana
kecantikannya dan kerana agamanya maka utamakanlah kerana agamanya nescaya engkau
bahagia"-Sahih Muslim

Bertuahlah penduduk Bagan Pinang jika mendapat menantu dan pemimpin yang berharta,
dari keturunan yang mulia, segak, cantik dan beragama seperti Nabi Yusuf a.s. yang
dikisahkan dalam al Quran surah Yusuf Ayat 54 -55; .... berkatalah raja kepadanya:
"Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf), seorang yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai di kalangan kami ". Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya".

Kita lihatlah sendiri, bila tiba majlis perkahwinan 11 Oktober nanti 'Aku nikahkan dikau......dengan.....dengan maskahwin 14000 pengundi..tunai" siapakah
"dikau" yang akan terpilih menjadi pasangan bertuah gadis/teruna Bagan Pinang; Apakah
pinang hijau atau pinang merah. Kami rakyat jelata sekadar berdoa semoga pasangan
Bagan Pinang akan berbahagia, bukan sekadar sampai ke anak cucu...malah akan terus
berbahagia dengan keridhaan Ilahi di dunia dan akhirat. Bagi calon yang tewas atau hajat tidak kesampaian, bersabarlah, belum sampai jodoh; bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. PRK juga seperti perkahwinan; ia bukanlah akhir perjuangan. Keadilan mesti terus diperjuangkan dan hukum Tuhan mesti ditegakkan.

Mohd Misri
Seremban

Tuesday, September 22, 2009

Raya di rumah pusaka; ada 'batok' ditangga

















JAWI... kenapa disebut tulisan Jawi? Tak sebut tulisan Arab atau tulisan Melayu.... ini ada sedikit kredit pada orang Jawa. Orang Arab (malah sehingga kini) ada yang memanggil gugusan Nusantara ini sebagai ”Jawiyyun” atau rantau orang Jawa...kerana suatu masa dulu kerajaan Jawa Majapahit menguasai Nusantara. Begitu juga tulisan jawi...dari perkataan ”jawa”.
Bila ditukar dari Jawi ke Rumi, orang Islam tentu bersedih, kerana tulisan jawi lebih dekat dengan Al Quran.
Dalam satu ceramah di Tmn Tasik Jaya, Seremban, Dr Hafidzi menyebut dua perkataan yang ’salah eja’ atau salah sebut @ salah makna bila dirumikan. Agak kelakar...tapi itulah yang kita banggakan..tulisan Rumi..
a)Melepas ”batuk” ditangga.... cuba fikir balik bagaimanakah kita melepaskan ’batuk’ ditangga? Ejaan jawi asal ialah ’ba’ ’alif’ ta’ ’wa’ ’qaf’. Boleh jadi ’batuk’ atau atau ”batok”. Maksud asal ialah ”batok” (bahasa Melayu lama atau bahasa Jawa bermaksud tempurung kelapa atau pencedok air). Ingat filem-filem lama, pahlawan Melayu tak pakai kasut, bila nak naik rumah, basuh kaki, ada air kat tempayan dan gunakan pencedok air atau ’batok’...bila nak naik rumah maka dilepaskan saja ’batok’ itu di tangga atau campak saja dalam tempayan..
Lihat Gambar-gambar di atas. Ini saya rakamkan semalam semasa berhari raya di Kuala Pilah. Beberapa rumah 'Pusako' yang meriah di hari raya, tetapi banyak juga yang telah ditinggalkan. Lihat betul-betul di setiap tangga ada kolah atau takungan air dan pencedok atau 'batok' untuk basuh kaki.
b)Merah ’padam’ ’pa’ ’alif’ ’dal’ ’mim’...apa bunyinya? Padam atau PADEMA?. Sebenarnya Merah PADEMA bukan ”merah PADAM”. Takkan dah merah mnyala kemudian padam pulak!...Padema nipun bahasa lama, susah nak cari makna..tetapi ia berkaitan warna merah seperti ikan padema(ikan merah?) atau buah saga berwarna merah (cuba cari lagi....)

Kesimpulannya Melayu ini mulia dengan Islam,...Melayu tanpa Islam jadilah seperti “Melayu” Sokothai (Bangkok sekarang) atau Jawa/Melayu pulau Bali...





Saturday, September 19, 2009

Dah berhenti mencari Lailatul Qadar? Dah Raya dah



Seperti dalam kuliah dan Khutbah ustaz Khusairi di surau Tasik Jaya dan Seremban Selatan..walaupun ada pendapat mengatakan Lailatul qadr jatuh pd malam tertentu, namun amalan kita janganlah habis/berhenti pada malam itu juga.

Beramallah bersungguh sungguh hingga akhir Ramadhan. Ada saranan hadis di mana kita disaran beramal sepanjang Ramadan dan akan diganjari oleh Allah sebagaimana pekerja menerima gaji dengan menyempuranakan kerja hingga selesai pekerjaannya di hujung bulan.


Lailatul Qadar adalah untuk mereka yang berterusan beramal dan Allah tambahkan ganjaran amal pada malam tersebut.





Ada juga Ulama menyebut bahawa ada lagi hari atau malam yang lebih baik dari Lailatul Qadar...iaitu malam atau hari kelahiran baginda Nabi Muhammad s.a.w sendiri....Bayangkan jika Nabi Muhammad s.a.w. tidak diutuskan dan kita terus dalam kegelapan. Betapa besarnya nikmat Allah...





Begitu juga setelah tamat Ramadhan...teruskan beramal, teruskan solat jamaah di Masjid (ingatan terutama pada diri saya)


Ulama (Syh Qardawi kalau tak silap saya) menyebut; "Jadilah kita Rabbaniyyun dan bukan Ramadhaniyyun" maknanya kita beramal kerana Rabb/Allah bukan beramal kerana Ramadhan,.....lebih malang lagi kalau kita puasa sebab semata-mata nak raya...Raya sebulan sebab Puasa Sebulan!.





Semoga Amalaan kita diterima dan dikuatkan iman.


Selamat Hari Raya Maaf Zahir batin,


Minal a'idin wal faizin


kullu Amm wantum bikhair.








Wallahu 'alam

Monday, September 14, 2009

Atau mungkinkah Lailatul Qadar Malam 25 (15Sep09)

Salam,
kami masih lagi beriktikaf di masjid Ampangan Jalan Jelebu..

Malam 24 - Tarawikh dan Isyak diimamkan Imam dari Mesir; Syekh Sallah.. sedap bacaan beliau, ada kala berlagu, ada kala menangis, imam khas yang dibawa oleh MB. Malam agak panas, tidak selesa, nyamuk pun banyak juga, walaupun tiada hujan. Tidurpun tidak selesa,
mudah bangun tetapi terlalu mengantuk untuk baca Quran atau solat..jamaah ramai, termasuk murid-murid sekolah agama yang turut iktikaf...memang tak boleh tidur sampai sahur 5pagi.

Malam 25- Malam tadi pun agak nyaman. Walaupun tiada hujan, tetapi sejuk, tidur lena hingga 3pagi. Pagi lepas subuh pun sejuk juga

mari kita terus mencari....

Lailatul Qadar pada malam 23 (13 Sept09)?

Assalamu’laikum,
Sonyap jo hari ni…tak do cerita aneh?... jangan tak percaya ? Atau semua khusuk menghayati hari-hari terakhir Ramadhan...Amiin.

Ada yang mengatakan lailatul Qadar telah jatuh pada malam 23 semalam (13 Sept)... kenapa?


-Malam 21. Baru nak mula iktikaf di masjid Ampangan, jalan Jelebu...Buka puasa memang ramai. meriah disini. 1 pagi baru tutup lampu...itupun susah nak lena. 3 pagi dah terjaga ramai jamaah datang semula untuk solat Tasbih



-Malam 22 Ramadhan , YB Sikamat buat majlis buka puasa dan ....YB Paroi datang bersahur kat masjid ....tak relevan?.


-Malam 23 (13 Sep09) Dua-dua imam masjid Jln Jelebu tak do...jadi adik ipar x-Mufti (yang kebetulan tumpang iktikaf disitu) jadi imam Isyak & Tarawikh.... tak relevan? Itu cerita kawan.
Sayapun sampai ke masjid ini lewat malam/awal pagi . Keletihan baru balik dari Shah Alam pukul 11 malam tiba di Seremban. Tidur dalam satu jam, alhamdulillah terjagi lalu terus ke Masjid, sampai sekitar 130 pagi. Malam in agak aneh tidak mengantuk langsung.. solat dan baca Quran.. macam ada satu kekuatan @ power walaupun dah lama tak minum "power root".Apakah ini "the night of Power" "malam al Qadar"?

- pukul 3 pagi tiba-tiba angin bertiup dan hujan turun hingga ke subuh...pagi hari tu sejuk tak sepanas sebelumnya...mungkin relevan. wallahu'alam


-Petang 23 MB N9 datang pula buka puasa di Masjid ini.... Bendera keris, kerusi meja&makanan memang banyak, tapi separuh saja penuh.....tak relevan?
....lu pikir-pikirlah sendiri...

Malam Lailatul-Qadar

From: Nor Azhar Zainal Sent: Friday, September 11, 2009
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ
Untuk perkongsian bersama… Hari ini, bermulalah detik 10 malam terakhir Ramadan. Tarikh 20.09.2009 – bersamaan dengan Malam 21 Ramadan. Yang mana terdapat di dalamnya Malam Lailatul-Qadar….iaitu Malam yang lebih baik dari 1,000 bulan dan ganjarannya pahalanya diberikan oleh Alla s.w.t pada mereka yang mendapatnya. Kenapa 1,000 bulan? Kerana 1,000 bulan itu bersamaan dengan 83 tahun….mengikut pada jangka hayat manusia. Jika kita hidup selama 83 tahun beribadat kepada Allah s.w.t, maka Malam Lailatul-Qadar itu adalah bersamaan dengan ibadat kita kepada Allah s.w.t selama kita hidup. Persoalannya, bolehkah kita hidup hingga 83 tahun ? Kebanyaakkan, dari umat manusia dalam umur 40 tahun pun sudah pergi menemui Illahi, apatah lagi …hendak menunggu hingga 83 tahun. Mengikut Hadith Nabi Muhammad S.A.W., “Carilah Malam Lailatul-Qadar itu pada Malam-Malam Ganjil” iaitu pada Malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Terdapat tiga (3) cahaya yang akan menyinari iaitu : - - Nur (cahaya) – dari Allah s.w.t, - Cahaya dari para malaikat-malaikat dan jibril yang akan melebarkan sayapnya membawa seribu kebaikkan bagi tahun-tahun yg akan datang - Cahaya fajar yang menyinar di awal pagi Oleh itu, janganlah kita melepaskan peluang ini. Berniat sahaja sudah cukup ada ganjaran serta pahala di sisi Allah S.W.T. dan ianya akan lebih baik jika kita dapat mencarinya. Kerna, yang pasti kita tidak akan tahu bila saat dan ketikanya kita akan mengadap Illahi. Mengikut Tazkirah pagi tadi bersama dgn Ustaz Wan Sohor Bani Leman, kajian yg dilakukan oleh Imam Ghazali, perkiraan beliau mengatakan bahawa pada tahun ini 1430H, Malam Lailatul-Qadar berlaku pada Malam ke – 23..iaitu pada hari Sabtu, 12.09.09 malam Ahad… Wallahu 'alam bis sawab..
hah eloklah tu ...setelah mendengar ceramah ustzh Bahiyah, Ustz Wan Akashah & Ustz Wan SOhor Bani Leman & lepas berbuka bersama2 diANA EDAR, bolehlah kita beriktikaf sebentar dimasjid berdekatan. berjalan kaki x sampai 5 minit. Begitu juga dgn email di bawah ini, apabila Awal Ramadan jatuh pada hari Sabtu, 22.08.09, maka Malam ke – 23 adalah Malam Lailatul-Qadar… Wallahu 'alam bis sawab..
Namun yang demikian, janganlah kita lupa pada Malam-Malam yang lain kerana yang pasti, Malam Lailatul-Qadar itu adalah Rahsia yang hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahuinya.


Hukum Iktikaf
Hukumnya sunat muakkadah (Yang benar-benar dituntut) pada 10 hari terakhir ramadhan kerana mengharapkan malam lailatul-qadar.
Jadual Malam Lailatul Qadar
Berkata Imam Ghazali Rahimahullah "lalilatul qadar itu ialah pada malam-malam ganjil didalam sepuluh hari terakhir ramadhan." . Beliau juga memberikan formula mendapatkannya seperti jadual dibawah:



KEADAH AWAL BULAN RAMADHAN
MALAM LAILATUL QADAR
Jika awal ramadhan, jatuh pada hari
Ahad atau Rabu .........Malam 29 Ramadhan
Isnin ............................Malam 21 Ramadhan
Selasa atau Jumaat ....Malam 27 Ramadhan
Khamis ........................Malam 25 Ramadhan
Sabtu ...........................Malam 23 Ramadhan

Berkata Sheikh Abu Hasan "semenjak aku baligh, aku tidak pernah terlepas mendapatkan malam lailatul qadar dengan kaedah tersebut"

Kaedah ini diambil dari kitab Mathlak Badraian karangan Muhammad Daud Al Fathani, Rujuk Mukasurat 65
Selamat Menempuh Malam-Malam Lailatul-Qadar. Semoga ibadat yang kita lakukan dengan Ikhlas ini mendapat keredhaan di sisiNya….Amin.
TOLONG SEBARKAN KEPADA KENALAN ANDA, moga-moga ianya berguna dalam kita meniti hari-hari terakhir ramadhan kerana mengharapkan ganjaran malam lailatul qadar itu tinggi nilainya seperti beramal 1000 bulan (Rujuk Surah Al Qadr) iaitu bersamaan 83 tahun. Kita tidak dapat yakini, adakah kita dapat lagi menemui ramadhan di tahun hadapan kerana ajal maut tidak memilah umur, masa dan tempat . Olehitu janganlah kita mendabik dada akan sempat hidup lagi dihadapan hari. Lakukanlah dalam urusan duniamu seolah-olah awak akan hidup selamanya, dan buatlah urusan akhiratmu seolah-olah awak akan mati esok hari. Wallahu 'alam bis sawab..